7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu


Muslim praying in Sujud posture Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam. Walaupun sakit dan masih sedar serta waras, solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”An-Nisa’:103
Dari situ, kita akan faham bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada “rahsia” dalam ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.
Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, “majikan” bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.
Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.
Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka Baginda menjawab: Solat di awal waktu.
(Hadis Riwayat At-Trimidzi)
Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya ialah pada awal waktu.
Insya-Allah, barulah “khasiat” solat itu akan kita perolehi. Solat awal waktu dengan di akhir waktu umpama jus buah-buahan yang diperah terus dari buah dan jus yang asli telah dicampur dengan air sehingga hilang kelazatannya. Jadi jus mana yang kita mahu?
#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.
Save segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu tabiat. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.
#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.
Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.
#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat Gunakan perisian ataupun aplikasi reminder waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian reminder waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang penggera yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.
Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.
#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.
#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.
Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh atau musafir. Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita ketika dilanda kesibukan.
#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.
Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.
#7 – Solat Berjemaah Di Masjid Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.
Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.
Rumusan Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.
Sumber: tzkrh.com  The post 7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/7-cara-mudah-menunaikan-solat-di-awal-waktu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 509 hits
Cara Solat JenazahApabila ada kematian akan dilakukan solat jenazah untuk si mati Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan sepatutnya kita sama sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk...
Cara Mudah Buat Wanpaku Sandwich

Cara Mudah Buat Wanpaku Sandwich

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 504 hits
Wanpaku Sandwich ni jadi trend sekarang ni tau Ramai yang dah terjerumus dalam trend sandwich bungkus ni Terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet atau eat clean Kalau bagi Kekny Kekny suka bawa sandwich macam ni ke office sebagai bekal M...
Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru

Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 443 hits
Cara Cepat Dan Mudah Dapat Trafik Untuk Blog Baru Blog baru adalah blog yang baru anda buat sebentar tadi baru sehari dua Bukan blogger baru tau kalau blogger baru banyak cara nak kena ambil tahu dan belajar Contohnya saya dah ada 2 blog Sa...
Cara Mudah Dan Cepat Hasilkan Headline Untuk Iklan

Cara Mudah Dan Cepat Hasilkan Headline Untuk Iklan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 453 hits
Cara mudah nak buat headline untuk kempen promosi tajuk blog post Anda nak tahu tak cara mudah nak selesaikan masalah tak ada idea untuk menulis headline yang bagus bagi menarik perhatian orang Headline ni penting terutama sekali kalau anda...
8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 354 hits
Hi berjumpa kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai cara efektif diet 8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan simak selengkapnya Banyak orang yang cecap kesulitan menurunkan beban badan padahal sebenarnya ada berbagai cara encer menurunk...
Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

Cara Mudah Menghilangkan Stress Dengan Urutan Di Brace Men Spa

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 526 hits
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan Bagi sesetangah orang banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan beban ditempat kerja masalah kesiha...
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 387 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
3 Cara Diet Mudah Dengan If Diet 5 2 Atau Eat Stop Eat Mana Pilihanmu

3 Cara Diet Mudah Dengan If Diet 5 2 Atau Eat Stop Eat Mana Pilihanmu

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 367 hits
3 Cara Diet Mudah Dapat Turunkan Berat Badan Selalu jealous tengok orang ramping aktif sihat dan dapat bergerak pantas Jadi bila keadaan dah jadi menyusahkan pulak kat tubuh badan kita takkan kita nak tunggu dan lihat je keadaan bertambah p...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp