5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mahu Khusyuk Di Dalam Solat



Artikel ini sesuai bagi individu yang memerlukan suntikan untuk menambah baik kenikmatan solat supaya solat mereka ada roh yang membuatkan mereka khusyuk setiap kali bertemu dengan Allah. Insya-Allah.
Ia adalah tip yang diberikan oleh mekanik kewangan, Abang Abu ketika saya menyertai salah satu program beliau. Walaupun dalam program itu, diajar tentang kewangan, namun alhamdulillah, kandungannya turut dikaitkan dengan kerohanian yang sebati dengan jiwa saya sebagai penulis Inspirasi KeTuhanan.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang dikurniakan kekhusyukan ketika solatnya. Yang boleh ditakrifkan sebagai kemanisan beribadah. Rasa sangat seronok di saat bertemu dengan Allah. Berikut adalah 4 perkara yang anda perlu lakukan untuk peroleh kekhusyukan dalam solat:
#1 – Bertanya Allah Dulu (BAD)
Teknik BAD adalah nama yang saya perkenalkan yang mempraktikkan konsep berdialog dengan Allah. Berapa ramai antara kita yang sebelum solat, berdoa kepada Allah, dikurniakan solat yang khusyuk, rasa begitu nikmat ketika solat?
Pasti sangat minima. Kerana kebanyakan kita bersikap endah dan tidak endah, iaitu dengan berniat sahaja ibarat sudah meminta kepada Allah dikurniakan solat yang khusyuk.
Walau Allah Maha Mengetahui, tidak sepatutnya kita take for granted untuk meminta, berdoa kepada Allah dikurniakan solat yang khusyuk terlebih dahulu sebelum solat.
#2 – Hormat, Tertib dan Takut
Bayangkan kita pergi menghadap Yang Dipertuan Agong (YDP). Bagaimana cara kita? Pasti kita sangat hormat, tunduk dan sopan menghadap beliau. Kerana kita tahu, istana ada protokol yang sangat ketat.
Dan sebagai rakyat biasa, kita tidak boleh pergi begitu sahaja. Ada cara berpakaian, tertib yang kita perlu ikut sebelum menghadap beliau. Begitu dengan solat. Kita sedang nak menghadap Allah. Pemilik alam semesta.
Namun, seringkali kita menganggap perkara itu remeh. Seperti berjumpa Allah hanya dengan pakaian kotor dan tidak kemas. Sebaiknya kita menganggap Allah lebih baik dan tertib daripada berjumpa YDP. Lebih kemas, lebih berbau wangi ketika berjumpa Allah.
Andai kita keluar, kita gosok kemeja, gosok tudung, namun mengapa kita tidak gosok telekung atau baju solat kita ketika menunaikan solat? Ia adalah refleksi bagaimana kita meremehkan pertemuan kita dengan Allah.
#3 – Benar-Benar Berharap
Dalam bacaan solat, ada antaranya ibarat doa yang boleh kita baca dan rasakan pengharapan daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Seperti dalam surah Al Fatihah ayat 6 yang bermaksud,
“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”
Rasakan kita betul-betul berharap. Dan rasa takut andai tidak dibimbing Allah. Hakikatnya kita ini manusia yang lemah tanpa Allah. Silap sedikit, kerana mengikut nafsu kita.
Adakalanya keputusan yang kita buat tidak bersandarkan Allah. Justeru penting dalam ayat seperti itu, kita rasakan dan minta Allah betul-betul bimbing kita dalam segala perkara.
Andai dihayati secara mendalam. Insya-Allah kita mampu menangis apabila kita ada perasaan mengharap kepada Dia supaya Dia sentiasa bimbing kita ke arah yang betul.
#4 – Sabar – Tukhmaninah
Air adalah antara elemen yang boleh membantu kita untuk berasa tenang. Dengan mengambil wuduk, ia akan membuat kita merendahkan gelombang beta (gelombang kabut dan huru-hara) kepada gelombang alpha (gelombang ketenangan).
Itulah hikmah di sebalik mengambil wuduk sebelum tidur, atau saranan memulihkan perasaan marah. Supaya kita mudah tidur, dan marah kita bertukar daripada gelombang beta (gelombang kabut) kepada alpha (gelombang tenang) semula.
Hanya dengan berasa tenang, kita akan peroleh kekhusyukan dalam solat. Ada suatu quote yang terkesan di hati,
“Don’t rush your solah for anything, as you’re standing in front of the one who’s in charge of whatever you’re rushing for.”
Yang merefleksi supaya kita jangan tergesa-gesa dalam solat, kerana kita sedang menghadap tuan empunya yang menguruskan apa sahaja yang kita tergesa-gesakan.
#5 – Syukur Dapat Solat
Tiap kali lepas solat, disarankan melakukan sujud syukur. Bukan sahaja kerana kita bersyukur dapat solat tetapi untuk semua nikmat Allah yang kita tidak minta pun Allah sudah beri, seperti oksigen, dan air.
Andai manusia, apabila kita gunakan barang dia tanpa minta izin, dia akan marah. Namun, adakah kita sedar, sudah berapa banyak nikmat Allah yang kita tidak minta izin tetapi kita tetap menggunakannya? Allahu akbar.
Andai kita belajar di luar negara, insya-Allah kita akan lebih menghargai solat. Kerana di sana tidak banyak surau seperti di Malaysia. Kita yang kena cari tempat yang sesuai untuk solat.
Adapun andai kita orang yang kerja di Kuala Lumpur, pasti ada situasi kadang-kadang terlepas solat Maghrib kerana kesesakan lalu lintas yang teruk. Kita hanya akan rasa nikmat apabila kita susah dapat solat. Justeru, penting bersyukur tiap kali dapat solat.
Insya-Allah apabila 5 perkara di atas digabungkan ketika menunaikan solat, kita akan peroleh kekhusyukan dalam solat.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Jika Mahu Khusyuk Di Dalam Solat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/5-perkara-yang-anda-perlu-lakukan-jika-mahu-khusyuk-di-dalam-solat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Terlupa Baca Doa Qunut Ketika Solat Subuh

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 534 hits
Ini Perkara Yang Wajib Buat Jika Tertinggal Doa Qunut ketika Solat Subuh Apakah hukum jika imam tertinggal doa qunut Subuh dan tidak melakukan sujud sahwi atau sengaja meninggalkannya adakah wajib kita sujud sahwi selepas imam memberi salam...
Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

Cara Solat Di Atas Bot Yang Betul

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 666 hits
Bagaimanakah cara solat di atas bot Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat di atas bot secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang istimewa Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai Gambar pel...
Suami Terkejut Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh

Suami Terkejut Temui Isteri Masih Bertelekung Solat Mati Dipercayai Dibunuh

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 376 hits
Seorang lelaki terkejut apabila melihat isterinya tidak sedarkan diri selepas pulang dari mengambil anak di sekolah Isterinya yang merupakan seorang guru ditemui mati dipercayai dibunuh di rumahnya dekat Kampung Banggol Jeneri Sik Kedah Ket...
Panduan Solat Fardu

Panduan Solat Fardu

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 344 hits
Ini adalah panduan solat lengkap Panduan ini ditulis khas secara lengkap dan mudah untuk menunjukkan cara mengerjakan solat fardu Perkara perkara lain yang berkaitan dengan ibadah solat juga turut disertakan bagi memudahkan urusan ibadah an...
Ironmanlangkawi 15 Jam Lumba Bila Solat Ini Jawapan Alif Satar

Ironmanlangkawi 15 Jam Lumba Bila Solat Ini Jawapan Alif Satar

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 699 hits
Menyertai aktiviti sukan lasak tidak menghalang mana mana individu daripada menunaikan ibadat mengikut agama masing masing Selepas berjaya menghabiskan cabaran Ironman di Pulau Langkawi Kedah dalam tempoh 15 jam selebriti Alif Satar diajuka...
Fadhilat Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah

Fadhilat Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 3407 hits
Fadhilat Solat Isyak dan Subuh Berjemaah Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Emai...
Solat Sunat Tolak Bala

Solat Sunat Tolak Bala

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 1969 hits
Bagaimana cara solat sunat tolak bala Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat tolak bala Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Bacaan doa juga turut disediak...
Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

Program Geng Masjid Pupuk Minat Anak Solat Jemaah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 293 hits
Oleh Mustaqim AfandiKota Putera 28 Oktober Program Geng Masjid memupuk minat kanak kanak untuk solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sema...
Panduan Solat Dalam Kenderaan Darat

Panduan Solat Dalam Kenderaan Darat

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 468 hits
Bagaimanakah cara solat dalam kenderaan darat seperti kereta api Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat dalam kenderaan darat secara lengkap mudah dan boleh difahami oleh semua orang Apa yang istimewa Anda akan dibimbing langkah d...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat