Cara Mudah Solat Jenazah Panduan Ringkas



Cara Solat JenazahApabila ada kematian, akan dilakukan solat jenazah untuk si mati. Solat jenazah ni adalah fardhu kifayah. Maknanya apabila ada kematian di sesuatu kawasan, sepatutnya kita sama-sama mengerjakan solat jenazah bagi si mati untuk meminta keampunan dari Allah swt, atas dasar saudara seagama. Ni juga cara kita bersedekah dan membuat amal kepada masyarakat setempat. 
Tapi tak ramai yang tahu cara mengerjakan solat jenazah dengan betul. Sehinggakan ia menjadi alasan untuk tidak melakukan solat jenazah. Ramai menganggap solat jenazah itu sangat rumit dan susah. Walhal ia senang sahaja untuk dilakukan. Di sini saya berkongsi cara mudah melakukan solat jenazah. 
Apabila ada imam umumkan akan dibuat solat jenazah, bangun dan dirikan saf rapat-rapat.. kalau tak tahu, folo je orang sebelah. Tak kenal jenazah? Jangan sombong.. dia saudara islam kita. Orang muslim. Kosongkan minda, niat nak dirikan solat mintak keampunan untuk dia dan diri sendiri. Dekatkan diri kita dengan kematian, baru timbul rasa insaf dalam jiwa.
PERTAMA: Niat solat jenazah dan Takbiratul Ihram
Untuk niat, perlu tahu jenazah itu lelaki atau perempuan. Biasanya imam akan memberitahu makmum jantina jenazah sebelum memulakan solat. Cara niat solat:
"Sahaja aku solat ke atas jenazah lelaki/perempuan ini empat takbir fardhu kifayah, makmum kerana Allah Taala"
Niat ketika angkat takbiratul ihram dalam hati. Kalau tahu lafaz niat, lafaz sebelum angkat takbir. Lafaz untuk tetapkan niat kita. Bukan wajib. Yang penting niat tu. Jangan time nak solat jenazah pegi niat solat Hari raya... Naya. 
Haa...tu je niatnya. Tak susah pun. Tak perlu nak niat sahaja aku solat jenazah nama sipulan bin sipulan yang aku kenal selama beberapa tahun atau tak kenal pun, bla bla bla.... Ringkas dan padat. Kalau jantina orang tu tengah-tengah macam mana ye?? Sebab tu dalam Islam melarang dari awal penukaran jantina. Banyak kemaslahatan timbul di kemudian hari. 
KEDUA: Baca Al-Fatihah
Takkan al-fatihah tak tahu kan? Jangan pula lepas takbiratul ihram tu, pegi baca " Al-faaaatihah". Baca surah Al-fatihah macam solat biasa. Lepas habis baca, angkat takbir kedua.. Allahuakbar
KETIGA: Selawat ke atas Nabi
Lepas angkat takbir kedua tadi, terus selawat ke atas nabi. Cara ringkas macam mana

"Allahumma Solliala Saiyyidina Muhammad. Waala Aali Sayyidina Muhammad"
Dah. Simple kan? Jangan bantai nasyid selawat ke atas nabi, selawat ke atas rasul... Selawat biasa je. Cuma bagi yang ingat, boleh diteruskan dengan selawat Nabi Ibrahim yang selalu dibaca ketika tahiyyat akhir tu. 
Lepas selawat ke atas nabi, angkat takbir ketiga, Allahuakbar
KEEMPAT: Doa ke atas jenazah
Doa untuk jenazah bukannya doa nak kaya, nak cantik, nak kereta bagai.... Cuma doakan mintak keampunan dari Allah

"Allahummaghfirlahu warhamhu Wa'aafihi wa'fu anhu" - Jenazah lelaki
"Allahummaghfirlaha warhamha Wa'aafiha Wa'fu anha" - Jenazah Perempuan
Maksudnya: "Ya Allah, ampunkan dosanya, rahmatilah dia, afiatkan dia, maafkan segala kesalahannya"
Dah. Habis baca tu, angkat takbir keempat. Allahuakbar

Kalau nak lebih, baru belajar doa yang lagi panjang. Untuk ringkas peringkat awal, cukup setakat tu

KELIMA: Doa selepas takbir keempat
Yang ni biasanya ramai tak tahu. Masa awal-awal dulu, ustaz ada bagitau, yang mana tak ingat doa ni, boleh sekadar diam sahaja. Tunggu imam bagi salam. Jika tahu, boleh baca doa ni:
"Allahumma La Tahrimna Ajrahu, Wala Taftinna ba'dahu, Waghfirlana walahu" - Jenazah lelaki
"Allahumma La Tahrimna Ajraha, Wala Taftinna ba'daha, Waghfirlana walaha" - Jenazah perempuan
Maksudnya: "Ya Allah, janganlah Engkau mencegah kami mendapatkan pahalanya, jangan Engkau datangkan keresahan kepada kami  sesudahnya, ampunilah kami dan si mati"
Habis baca tu, bagi salam kiri dan kanan. Tak perlu nak usap muka. Lepas tu baca doa sama-sama bersama imam. Simple? Memang mudah sahaja. Pahala mudah bagi seluruh masyarakat setempat

Masalah kita ni, benda macam ni malas nak belajar. Senang dan bermanfaat. Ramai sanggup belajar benda yang susah dan lagha. Sanggup habiskan wang dan sanggup menghabiskan masa untuk sesuatu yang tak memberi manfaat kepada masyarakat. Solat jenazah ni sesuatu yang melibatkan masyarakat. Jika ada je kematian, walaupun kita tak kenal, jom ramaikan menjadi makmum untuk solat jenazahnya dan meminta keampunan si mati dan dosa kita sendiri

Kita kena ingat, kita pun akan mati satu hari nanti. jadi buat apa nak sombong dan angkuh dengan kehidupan dunia. Sebelum jenazah ditanam di perkuburan, kan lebih baik kita sama-sama memberikan khidmat terakhir kepadanya.. Sama-sama jadi orang yang baik-baik.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wacanaku2009.blogspot.com/2019/11/cara-mudah-solat-jenazah-panduan-ringkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

7 Cara Mudah Menunaikan Solat Di Awal Waktu

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 437 hits
Muslim praying in Sujud posture Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam Walaupun sakit dan masih sedar serta waras solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal ...
Cara Mudah Buat Wanpaku Sandwich

Cara Mudah Buat Wanpaku Sandwich

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 588 hits
Wanpaku Sandwich ni jadi trend sekarang ni tau Ramai yang dah terjerumus dalam trend sandwich bungkus ni Terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet atau eat clean Kalau bagi Kekny Kekny suka bawa sandwich macam ni ke office sebagai bekal M...
8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan Cara Efektif Diet

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 399 hits
Hi berjumpa kembali sesi kali ini akan membawakan mengenai cara efektif diet 8 Cara Mudah Menurunkan Berat Badan simak selengkapnya Banyak orang yang cecap kesulitan menurunkan beban badan padahal sebenarnya ada berbagai cara encer menurunk...
Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate

Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 373 hits
Cara Mudah Dapat Kerja Selepas Graduate BAGI anda yang kini berada dihujung tahun pembelajaran tak kiralah dimana tempat anda belajar wajib baca dan kongsikan kepada semua rakan rakan anda yang baru habis belajar atau pun untuk yang masih m...
6 Tips Cara Ulang Kaji Dan Belajar Yang Mudah Masuk Otak

6 Tips Cara Ulang Kaji Dan Belajar Yang Mudah Masuk Otak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 838 hits
6 Tips Cara Belajar yang Mudah Belajar adalah salah satu aktivitas untuk memperoleh pengetahuan melalui pelajaran pelajaran yang diberikan baik dalam kelas ataupun diluar kelas didalam rumah ataupun diluar rumah Di mana pun tempat dapat jad...
Cara Menjadi Orang Yang Mudah Bangun Pagi Tips Bangun Pagi

Cara Menjadi Orang Yang Mudah Bangun Pagi Tips Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 686 hits
Hohoho selamat malam sesi kali ini akan membahas mengenai tips bangun pagi Cara Menjadi Orang yang Mudah Bangun Pagi simak selengkapnya Dalam Artikel Ini Banyak anak buah akan bilang bahwa mereka membenci anak buah yang sanggup bangun pagi ...
Panduan Menggunakan Corel Draw X3 Ilmukomputer Com Cara Belajar Corel Draw

Panduan Menggunakan Corel Draw X3 Ilmukomputer Com Cara Belajar Corel Draw

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 374 hits
Hallo selamat pagi sesi kali ini akan membawa pembahasan mengenai cara belajar corel draw Panduan Menggunakan Corel Draw X3 IlmuKomputer Com simak selengkapnya Author Corel Draw X3 melambangkan salah ahad software desain ilustratif yang ama...
Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

Cara Mudah Daftar Di Rumah Belajar Kemendikbud Go Id Cara Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 390 hits
Hi berjumpa kembali artikel ini akan membawa pembahasan tentang cara belajar di rumah Cara Mudah Daftar di Rumah Belajar Kemendikbud go id simak selengkapnya Cara Mudah Daftar dengan Login masuk di Rumah Belajar Kemendikbud go id Rumah bela...
Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1106 hits
CARA MUDAH BUAT SOS KERABU MAGGI THAI PALING SEDAP Kerabu maggi ni dah sinonim dekat kedai kedai tomyam yang ada di serata Malaysia ni Sedap atau tidak bergantung kepada cara pembuatannya Jika pembuatannya bagus maka kerabu yang dihasilkan ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean