Solat Sunat Fajar



Bagaimana cara solat sunat fajar?
Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat fajar.
Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami.
Bacaan doa juga turut disediakan.
Apa yang menarik:
Panduan solat ini juga dipermudahkan dengan bacaan bahasa rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab.

Isi Kandungan: Pengenalan Niat solat sunat fajar Cara Mengerjakan Doa Selepas Salam Adakah solat ini sama dengan solat sunat qabliyyah subuh? Kelebihan solat sunat ini Penutup Pengenalan Sebelum kita mendirikan solat fardu subuh, disunatkan mendirikan solat sunat fajar terlebih dahulu sebanyak dua rakaat.
Waktu mengerjakan solat ini adalah apabila bermulanya waktu fajar atau subuh adalah setelah terbitnya fajar yang benar (fajar sodiq) dan berakhir apabila terbitnya matahari.
 
Lafaz Niat Solat Sunat Fajar Lafaz niatnya adalah:

 Usolli sunnatal fajri rak’ataini lillahi taala 
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala”
Cara mengerjakan Tunaikanlah dua rakaat solat ini dengan cara dan tertib sebagaimana solat-solat sunat yang lain.
Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas.
Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”
 
Doa Selepas Salam Selepas memberi salam, bacalah:

Wahai yang hidup selama-lamanya, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemurahan, aku memohon kepadaMu supaya menghidupkan hatiku dengan nur makrifatMu, ya Allah, ya Allah, ya Allah, wahai yang menghidupkan yang mati, wahai kekasih yang pengasih.”
 
Adakah Solat Ini Sama Dengan Solat Sunat Qabliyyah Subuh? Secara ringkasnya, ya.
Solat sunat fajar adalah solat yang sama dengan solat sunat qabliyyah subuh.
Ikuti kupasan lanjut dari Ustaz Jafri Abu Bakar dalam video di bawah:
 
Kelebihan Mengerjakan Solat Sunat Fajar Menurut Mufti Wilayah, solat sunat yang paling dituntut antara solat-solat sunat rawatib yang lain adalah dua rakaat solat sunat fajar.
Ini kerana, padanya terdapat banyak kelebihan-kelebihan bagi sesiapa yang melaziminya.
Hal ini berdasarkan sebuah hadith:
1. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَمْ يَكُنِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيِ الفَجْرِ
Maksudnya:
Tidak pernah dilihat Nabi SAW begitu mengambil berat berkaitan solat-solat sunat sebagaimana Baginda SAW mengambil berat tentang dua rakaat fajar”. [Riwayat al-Bukhari (1116)]
2. Daripada Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Maksudnya:
Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]
Imam al-Nawawi berkata yang dimaksudkan dengan “وَمَا فِيهَا” adalah kesenangan dunia.
 
Penutup: Lakukanlah Solat Sunat Untuk Berjaya Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka”
— Surah al-Mukminun 1-2
Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.
Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.
Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.
InsyaaAllah mereka akan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.
The post Solat Sunat Fajar (Panduan Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-fajar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Sunat Qabliyah Maghrib Termasuk Sunnah

Solat Sunat Qabliyah Maghrib Termasuk Sunnah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 978 hits
SOALAN Adakah termasuk dalam sunnah solat sunat dua rakaat sebelum maghrib JAWAPAN Ya Ia adalah termasuk solat sunat rawatib Berkata Imam Nawawi Bermula solat sunat itu ada dua bahagian Satu bahagian yang tidak disunatkan berjemaah Maka set...
Solat Sunat Tolak Bala

Solat Sunat Tolak Bala

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 2138 hits
Bagaimana cara solat sunat tolak bala Ini adalah panduan mudah untuk melakukan solat tolak bala Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami Bacaan doa juga turut disediak...
Cara Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan Secara Berjemaah Sendirian

Cara Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan Secara Berjemaah Sendirian

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 549 hits
Cara Solat Sunat Istisqa Mohon Hujan Secara Berjemaah Sendirian Solat merupakan doa dan ibadat yang paling penting bagi seorang hamba Melalui solat ia dapat berhubung secara langsung dan paling hampir dengan Allah SWT Bagi sesebuah daerah a...
Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid

Dua Solat Jemaah Dalam Satu Masjid

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 482 hits
SOALAN Apakah hukumnya dua solat jemaah dalam satu masjid pada waktu yang sama JAWAPAN Gambaran dua solat jemaah dalam masa yang sama dalam satu masjid adalah satu perkara bid ah yang mendatangkan kemusykilan kepada manusia Dan hukum pada y...
Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 535 hits
SOALAN Adakah wajib melakukan solat jenazah atas bayi yang gugur JAWAPAN Apabila adalah yang gugur itu zahir atasnya tanda tanda hidup seperti bersuara ketika keluarnya atau bergerak gerak maka wajiblah solat atasnya Ada pun apabila tidak a...
Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

Hukum Membaca Surah Yang Sama Dalam Solat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 581 hits
SOALAN Apa hukum membaca surah yang sama selepas al Fatihah di kedua dua rakaat yang awal dalam solat JAWAPAN Pada asasnya membaca surah selepas bacaan al Fatihah adalah sunat walaupun pendek Disunatkan membaca surah pada dua rakaat yang aw...
Ketika Solat Bersama Suami Isteri Semai Cinta Takkan Pernah Lupus

Ketika Solat Bersama Suami Isteri Semai Cinta Takkan Pernah Lupus

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 530 hits
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri Impaknya mungkin tidak nampak terus tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagial...
Petua Mudah Bangun Subuh Amalkan Insyaallah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

Petua Mudah Bangun Subuh Amalkan Insyaallah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 574 hits
Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharian Sebenarnya mereka silap Kebahagiaan DuniaKalau orang bukan islam boleh bangun ...
Maut Disambar Petir Ketika Pulang Solat Jumaat

Maut Disambar Petir Ketika Pulang Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 426 hits
Abd Hadi Che Awang Oktober 18 2019 19 13ALOR SETAR Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai disambar petir ketika dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat di Kampung Hujung Alor Alor Setar hari ini Dalam kejadian kira kira jam 2 30 pet...
Jasad Bayi Dijumpai Dalam Lori Sampah Di Bukit Jalil

Tunjuk Parang Dalam Panggilan Video Minta Wang Pelajar Tingkatan Tiga Ditahan

Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

Teo Nie Ching Says Banning Games Like Roblox Won T Keep Children Safe Calls For Stronger In Game Protections

Attention


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konvokesyen Universiti Malaya Ke 65

Kehebatan Efootball Mobile Hari Perlawanan 2 Di Fifae World Cup 2025

Revolusi Perjalanan Ets3 Pendekkan Masa Perjalanan Kl Jb

Akmal Saleh Batalkan Hasrat Tunai Haji Serah Rm120 000 Untuk Rawatan Hati Adik Medina

Suami Uruskan 95 Hal Kahwin Erra Fazira Kongsi Momen Indah Terkejut Terima 24 Keping Dinar Emas Di Hari Majlis

Perumahan Kasih Johor 2026 Panduan Lengkap Permohonan