Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas
Apabila berlakunya kematian dalam kalangan saudara seislam, kita dituntut untuk melaksanakan solat jenazah setelah selesai menguruskannya.
Hukum solat jenazah adalah fardhu kifayah dan menjadi sunnah untuk kita meramaikan solat ke atas jenazah itu.
Sabda Rasulullah SAW:
Daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan syafaat padanya.” (Riwayat Muslim.)
Dalam hadis yang lain, Salamah bin Al-Akwa’ meriwayatkan, katanya: “Pada satu ketika kami sedang duduk dekat Nabi SAW ketika dibawa seorang jenazah, Baginda bersabda: Sembahyangkanlah sahabat kamu itu.”(Riwayat Bukhari)
Berikut adalah panduan mudah serta ringkas bagi mereka yang ingin melaksanakan solat jenazah. Tentunya bagi memudahkan mereka yang baru kali pertama atau terdetik di hatinya untuk sama-sama melakukan solat jenazah.
Rukun Solat Jenazah:
Cara mengerjakannya solat jenazah hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud. Juga tidak perlu azan dan iqamat.
1. Niat ketika takbiratul ihram.
2. Berdiri bagi yang berkuasa.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
5. Selawat ke atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah:
1. Takbir Pertama Serta Niat
Lafaz niat bagi jenazah lelaki:
Maksud :“Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
Lafaz niat bagi jenazah wanita:
Maksud :“Sahaja aku solat keatas mayat perempuan ini empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.
@ ringkasnya: “Aku solat jenazah terhadap mayat ini kerana Allah Taala.”
Berniat ketika takbirratul ihram dan seterusnya membaca Surah Al-Fatihah.
2. Takbir Kedua dan Selawat
Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas takbir yang kedua.
“allahumma solia’la saiyidina Muhammad waa’la ali saiyidina Muhammad”
Maksud :“Ya Allah, berikanlah selawat atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda Nabi Muhammad.”
3. Takbir Ketiga dan Doa
Mendoakan jenazah selepas takbir yang ketiga.
Bagi jenazah lelaki:
“allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu”
Bagi jenazah wanita:
“allahummaghfirlaha warhamha wa’afiha wa’fu’anha”
Maksud: “Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya”
4. Takbir Keempat dan Salam
Selepas takbir keempat, diteruskan dengan memberi salam seperti dalam solat fardhu dengan memalingkan muka ke kanan dan kiri, cuma dalam keadaan berdiri.
Maksud :”Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya”
Berikut ilustrasi ustaznoramin.com di bawah boleh memperjelaskan lagi panduan solat jenazah ringkas ini.
Ini pula pencerahan tentang solat jenazah ringkas oleh Ustaz Azhar Idrus.
Ini adalah cara dan panduan ringkas solat atau sembahyang jenazah khususnya untuk pemula. Bagi edisi lengkap panduan cara solat jenazah, Inshaallah akan disertakan selepas ini.
The post Panduan Lengkap Cara Solat Jenazah Ringkas appeared first on MyWaktuSolat.com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mywaktusolat.com/artikel/panduan-solat-jenazah-ringkas/