Panduan Lengkap Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil Kanak Kanak


Dimanakah tempat yang seronok untuk bercuti kat Malaysia ni? Hmmm rasanya banyak sangat tempat yang seronok kan? Almaklumlah negara kita ni memang dalam kategori cantik kot. Sebagai salah seorang yang stay dii kawasan pantai timur sudah semestinya daku sarankan pulau-pulau yang ada banyak di sekitar perairan Terengganu. Salah satu daripadanya sudah tentulah Pulau Redang. 



Percutian Ke Pulau Redang bersama keluarga adalah satu aktiviti yang patut di cuba! Serius best! Memang sangat-sangat seronok hingga tahap tak mau balik tau! Bolehkah untuk pergi bercuti di Pulau Redang tanpa pakej? Jawapannya boleh saja... cuma jika mahu segalanya berjalan dengan lancar ada baiknya hubungi mana-mana pihak yang sesuai untuk dapatkan harga pakej percutian yang sesuai. Dont worry tak semua pakej tu mahal. 

Daku sendiri alhamdulillah dah berjaya jejakkan kaki ke Pulau Redang. Bukan hanya bersama famili tapi juga dengan anak-anak sekali. Kiranya ini adalah percutian ke Pulau Redang untuk bercuti berserta dengan pengalaman sebagai ibu ayah untuk lalui pengalaman bercuti ke Pulau Redang bersama anak kecil juga. 



Keindahan Pulau Redang Tiada Siapa Boleh Nafikan
Jika dulu hanya dengar saja orang cakap Pulau Redang ni cantik! Pulau Redang ni best! Dan ternyata semua itu memang betul pun. Cuma dulu susah nak bayangkan cantiknya tu bagaimana tapi setelah pergi sendiri hmmmmm memang tak terucap dengan kata-kata. Tersangatlah cantik hanya Tuhan saja yang tahu. Air yang jernih dengan ikan cantik jinak-jinak bermain di sekeliling benar-benar membuatkan kenangan ni sangat manis untuk dikenang sampai bila-bila. 



Banyak Aktiviti Boleh Dilakukan Di Pulau Redang Bersama Anak 

Melancong ke Pulau Redang tak akan boring kerana kat sana ada banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan. Antara aktiviti paling popular sudah semestinya aktiviti snorkeling. Bercuti ke Pulau Redang tanpa melakukan aktiviti snorkeling memang tidak lengkap sama sekali. Untuk anak kecil boleh juga di bawa main air dengan penggunaan jaket keselamatan dan juga pelampung.


Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah bermain di tepi pantai bersama anak-anak. Jika nak berjemur ala mat dan minah salleh pun boleh tapi rasanya tak payahlah kot. Kan tak pasal makin hitam pulak. Kiki.... 

Memadailah teman anak bermain pasir dengan penuh rasa happy. Air kat Pulau Redang ni pun bersih dan jernih jadi tak perlu risau apa-apa. Selain dari tu boleh juga berkelah beramai-ramai, menaiki bot untuk keliling pulau dan sebagainya. 


Panduan Untuk Bercuti Ke Pulau Redang Bersama Anak Kecil & Kanak-Kanak
Disebabkan daku bercuti bersama suami dan anak-anak maka rasanya elok sangat jika daku kongsikan sekali panduan dan tips bagaimana untuk bercuti ke Pulau Redang bersama anak kecil. Semoga dengan adanya tips dan panduan ni dapatlah membantu memberi sedikit info kepada ibu dan ayah yang sedang merancang untuk bercuti ke Pulau Redang tu. 



1. Perlukan Kerjasama Penuh Secara Berjemaah 

Nak cuti dengan seronok sama-sama kan? Maka tanggungjawab untuk jaga anak kecil dan kanak-kanak perlu dilakukan secara berjemaah. Tak ada istilah ini anak kau dan ini anak aku. Sambil jaga anak sendiri prihatin juga dengan anak sahabat dan ahli famili lain yang di bawa bersama. 
Cumanya perhatian penuh sudah semestinya oleh ibu dan ayah untuk anak itu sendiri. Dalam erti kata lain suami isteri perlu sama-sama pikul tanggungjawab untuk pastikan keselamatan anak masing-masing terjaga. 
2. Bawa Makanan Ringan Sebagai Bekalan
Makanan ringan dan makanan segera elok di bawa sekali. Sebabnya selepas puas bermain di air memang akan cepat terasa lapar. Paling elok bawa roti, sandwich, bun, keropok kerepek, burger, donut, hotdog dan sebagainya. Bawa juga bekal coklat berangin seperti Hudson dan asam asam kot kot ada yang akan rasa tak sedap badan nanti. 


3. Jangan Sesekali Lupa Untuk Bawa Air Kosong
Panas tau! Jadi sangat penting untuk bawa air kosong sekali. Keadaan di pulau ni memang panas dan kering jadi air kosong adalah sangat bagus untuk pulihkan tenaga. Nak lagi best bawa satu botol minuman sendiri dengan air kosong berais. Nak bawa air yang lain pun boleh cuma jangan sesekali bawa air yang ada kandungan susu dan malt seperti milo, neslo, vico, horlick dan sebagainya. Kan tak pasal boleh muntah oiii... 
4. Jaga Anak Dan Mandi Laut Secara Bergilir
Jika anak hanya dua orang dan ke dua-duanya mahu turun sama ke laut untuk berenang dengan ikan maka bolehlah turun secara serentak tapi jika ada anak lebih dari dua orang maka lebih afdal jika turun secara bergilir. Begitu juga jika rasa tidak yakin dengan air. Kan tak pasal diri sendiri panik, anak pula yang akan jadi mangsa lemas. Daku sendiri lebih senang turun seorang dari bersama anak kerana rasa kurang yakin. Mujurlah cik suami yang pandai berenang ada maka dialah yang handle semua anak untuk aktiviti bermain dalam air begini



5. Beli Dan Pakaikan Sunblock Pada Diri Sendiri dan Anak Anak
Kat sana memang panas! Kalau tak di sapu dengan sunblock alamatnya bila balik nanti akan perasan kulit jadi berbelang macam zebra. Sini putih situ gelap! Jika memang ada impian nak kulit tan no hal tapi kalau risau kulit yang putih tu nampak terpakai jangan sesekali lupa pakai sunblock. Paling penting sapukan pada semua anak-anak yang di bawa sekali tu. Tapi awas jangan pakai banyak sangat tau sebabnya sunblock ni boleh bawa kesan tak elok untuk batu karang yang ada kat dalam air tu. 
6. Pakaikan Anak Dengan Seluar Kecil Bagi Gantikan Pampers
No pampers! Sorry ye... nak pakai sementara sampai kat sana tak apa tapi bila nak turun ke dalam air sila buka. Daku bernasib baik sebabnya ada anak dipakaikan dengan cloth diapers sebelum ni jadi bahagian luar cloth diaper yang kalis air itulah telah daku pakaikan pada Kasih yang masih kecil ni. 

7. Pakaikan Anak Dengan Baju Mandi Atau Baju Nipis Mudah Kering
Jika anak memang akan turun mandi maka pakaikan terus dengan baju mandi masing-masing dan jika anak tu masih kecil lagi maka boleh pakaikan dengan baju yang diperbuat daripada kain yang tidak terlalu tebal dan mudah serap peluh. Barulah anak akan berasa selesa dan tidak terlalu panas disebabkan penyerapan haba. 

8. Sila Bawa Sekali Nursing Cover / Sweater Berzip 
Untuk ibu yang masih menyusu badan jangan sesekali lupa untuk bawa bersama nursing cover. Nak bawa sweater berzip di bahagian hadapan juga boleh. Ia bukan saja dapat bantu semasa ingin menyusu bahkan boleh juga dijadikan bantal jika anak mahu tidur dan boleh juga diselimutkan pada anak jika anak berasa sejuk selepas bermain air. 

Boleh Juga Bawa Barangan Sampingan Lain Untuk Keperluan Sampingan Semasa Di Sana
Ada lagi barangan lain yang boleh di bawa bersama sebagai bantuan. Antaranya seperti :tuala mandibeg kalis air untuk isi handphone, dompet dan lain-lainbeg plastik untuk isi baju basahtikar boleh lipat untuk duduk di pantai
       Baca Juga : Kenangan Day Trip & Snorkeling Di Pulau Redang Dengan Alur Galley Suites


Anak Tak Muntah Ke Naik Semasa Naik Bot Ke Pulau Redang Ni?

Inilah rupa bot yang digunakan untuk ke Pulau Redang. Walaupun nampak kecil tapi alhamdulillah selesa dan tidaklah terlalu kecil bagai yang di sangka. Adakah muntah ketika naik bot ni? So far semasa kami ke sana pergi dan balik tidak ada seorang pun yang muntah. Lagipun naik bot ni udara segar akan menerpa ke muka jadi sangat-sangat best dan segar dapat bernafas dengan udara yang best dan berangin.


Cuma tak dinafikan bila bot dah berhenti tu memang rasa lah sikit bila terkena alun laut. Semasa kat sini ramai yang rasa mahu muntah kan? Tapi alhamdulillah anak-anak semuanya okay. Masing-masing tidak rasa apa-apa

 
Keputusan Bercuti Ke Pulau Redang Memang Sangat Tepat

Bercadang untuk melancong ke Pulau Redang? Jangan jadikan ianya sekadar angan-angan sebab Pulau Redang memang sangat best sekali. Pakej ke Pulau Redang juga banyak untuk memudahkan lagi urusan untuk bercuti dengan senang dan gembira tanpa sebarang masalah. 

Yang pasti, Pulau Redang adalah salah satu pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Bila tiba cuti sekolah makin ramai yang akan ke sana. Jika ada niat untuk bercuti ke Pulau Redang teruskan dan jika kebetulan pula ada anak kecil, jangan risau masih lagi boleh bercuti ke Pulau Redang bersama anak-anak. Yang penting kena bijak sediakan persiapan dengan barangan yang patut ada untuk anak berasa lebih selesa tanpa banyak ragam.



Impian Bercuti Ke Pulau Redang Dengan Anak Kecil Telah Sukses !!

Alhamdulillah, daku dah berjaya melancong ke Pulau Redang dengan anak-anak dan suami. Tiga famili pergi bersama dan masing-masing berjaya handle anak dengan penuh sukses sepanjang percutian ni. Kami tiga orang mak dara dengan anak yang masih kecil telah berjaya bercuti tanpa sebarang masalah berkat penggunaan tips dan panduan di atas.


Kalian bila lagi? Jom ke Pulau Redang walau hanya untuk sekali. InshaAllah akan rasa happy dan silap haribulan tak sabar untuk pergi lagi berulang-ulang kali selepas percutian untuk kali yang pertama. Jom bercuti!! Pulau Redang memang best!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/panduan-dan-tips-untuk-bercuti-ke-pulau-redang-bersama-anak-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Wajib Jika Bercuti Di Pulau Perhentian Kecil

Aktiviti Wajib Jika Bercuti Di Pulau Perhentian Kecil

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 605 hits
Hai alls Rasa still tak boleh move on lagi dengan percutian saya dan kengkawan ni Masih teringat lagi kecantikan pantainya dan kejernihan air lautnya Sungguh indah Wow memang best percutian ni rasa nak repeat Sebenarnya banyak aktiviti yang...
Berat Tak Naik Banyak Asal Anak Aktif Ok Penting Pemakanan Lengkap Nutrisi

Berat Tak Naik Banyak Asal Anak Aktif Ok Penting Pemakanan Lengkap Nutrisi

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 290 hits
Anak kurang berat badan berpunca daripada banyak sebab Ada yang makan banyak pun tapi berat tetap tak naik Secara asasnya adalah lebih baik jika kita dapat menumpukan kepada perubahan tingkah laku pemakanan kanak kanak secara beransur ansur...
Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Air Lautnya Jernih Membiru

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 481 hits
Pulau Perhentian Kecil here we come Kalau tahun lepas destinasi tahun ni kami ke Pulau Perhentian Kecil Kuala Terengganu Ini pertama kali tau seumur hidup saya nak snorkeling Berenang memang sumpah saya tak pandai Tapi yang bestnya kawan ka...
Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 376 hits
Anak 1 Tahun Pergi Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok Apa Relx Alpha Buat Sampai 50 000 Perokok Berhenti Merokok Pilihan Menarik dan Selamat Untuk Perokok Sebagai seorang perokok adakah anda mempunyai perasaa...
Video Budak Kecil Togok Arak Tular Ibu Dakwa Tak Sempat Kawal Anak

Video Budak Kecil Togok Arak Tular Ibu Dakwa Tak Sempat Kawal Anak

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 391 hits
Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan kanak kanak dilihat semakin membimbangkan Baru baru ini gambar seorang pelajar perempuan menghisap vape dikawasan umum berjaya dirakam Kali ini video seorang kanak kanak yang kelihatan bel...
Ada Perbezaan Antara Anak Tantrum Autism Boleh Check Ikut Panduan Ini

Ada Perbezaan Antara Anak Tantrum Autism Boleh Check Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 290 hits
Ramai yang salah faham bila anak mengamuk mulalah orang beri tanggapan negatif Bagaimanapun penjelasan ini dapat membuka minda semua orang Doktor akui sebenarnya subjek autism ini bukanlah suatu topik yang menjadi subjek favourite doktor se...
Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

Anak Masa Kecil Je Penat Nak Jaga Dah Besar Nanti Kita Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 312 hits
Menjadi seorang ibu adalah momen terindah Tidak terasa masa berlalu cahaya mata yang dulu masih kecil kini semakin membesar Menjaga dan mendidik anak yang masih kecil memerlukan komitmen tinggi Penat yang dirasakan masa anak masih kecil pas...
Aksi Lucu Anak Kecil Gelak Sakan Ketika Gunting Rambut Buat Netizen Terhibur

Aksi Lucu Anak Kecil Gelak Sakan Ketika Gunting Rambut Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 505 hits
Baru baru ini tular satu video seorang ibu dan anak kecilnya di sebuah kedai gunting rambut telah menghiburkan para netizen yang memainkan video ini di laman Facebook Mungkin bagi ibu bapa yang berpengalaman pergi menggunting rambut anak ya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025