Panduan Dan Tips Bercuti Ke Pulau Langkawi Buat Pengunjung Kali Pertama


Dekat negara kita ini ada banyak destinasi percutian yang menarik. Tak perlu sampai nak keluar negara dan berhabis sampai belasan ribu ringgit kalau nak luangkan masa bersama keluarga mahupun insan yang tersayang.
 
Bertuahnya kita di Malaysia ni, kita boleh pilih sama ada nak bercuti di tempat yang macam mana? Kalau anda rasa nak bercuti dikawasan tanah tinggi dan menikmati suasana dingin angin yang bertiup dari kawasan pergunungan, kita ada Cameron Highland di Pahang atau boleh pergi ke Kundasang di Sabah.
 
Atau kalau nak cari tempat untuk makan-makan, boleh set destinasi percutian ke negeri seperti di Penang. Kalau sebut sahaja nama Pulau Pinang, memang popular dengan tempat makan-makan.
 
Kalau mencari tempat percutian yang ada semua benda, maksud saya ada kawasan tanah tinggi yang menarik untuk dikunjungi, ada pantai yang bersih dengan air yang jernih, atau anda inginkan tempat makan yang pelbagai, Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi pelancongan yang anda patut pertimbangkan.
 
Ada beberapa cara untuk anda pergi ke Pulau Langkawi. Sama ada anda nak memandu sampai ke Jeti Kuala Perlis ataupun Jeti Kuala Kedah, dan lepas tu anda menaiki feri untuk ke Pulau Langkawi, ataupun cara yang lebih jimat masa adalah dengan menaiki pesawat penerbangan.
 
Kalau tak nak rasa penat sangat dan juga untuk jimat masa, lebih baik naik flight. Untuk ke airport, anda boleh menggunakan perkhidmatan tren KLIA Transit bagi menjimatkan masa. Ambil tren dari KL Sentral dan boleh terus sampai di airport.

Bagi pembelian tiket secara online, anda boleh terus book cheap KLIA Transit tickets melalui Traveloka. Anda tak perlu risau sebabnya tempahan melalui Traveloka cukup mudah dan straight forward.
 
Tapi incase anda  pergi berdua ke bertiga, dan malas nak drive, boleh terus book airport taxi yang ada kat web atau apps Traveloka. Simple dan cepat. Tekan-tekan terus siap.
 
Posting kali ini saya nak cerita serba sedikit tips bagaimana untuk memudahkan perjalanan dan membuat perancangan yang sesuai apabila anda ingin bercuti ke Pulau Langkawi. Saya juga akan kongsikan beberapa cadangan tempat menarik yang pada saya anda patut kunjungi sepanjang percutian tersebut.

 
Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat memanfaatkan masa anda dengan sebaik mungkin serta dapat merangka satu jadual perjalanan dan aktiviti yang sesuai.
 
[1] Tempahan tiket flight ke Pulau Langkawi Ada beberapa syarikat yang menawarkan penerbangan ke Langkawi, antaranya adalah Air Asia, Malindo Air, dan juga Malaysia Airlines. Kebiasaannya saya akan memilih syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Kalau nak naik flight Air Asia, kena ambil flight dari KLIA 2.
 
Air Asia ni juga kerap buat promosi-promosi yang menarik seperti zero fare, dan sebagainya.

Bila ada promosi seperti itu, cepat-cepatlah dapatkan tiket dan jimat dengan lebih banyak.
 
[2] Tempahan tempat penginapan Perbelanjaan untuk tempat penginapan adalah salah satu daripada belanja yang besar, yang perlu kita keluarkan apabila pergi bercuti, selain belanja untuk tiket penerbangan.
 
Kos untuk tempat penginapan akan jadi makin bertambah apabila anda menginap lebih lama disesuatu tempat percutian. Kalau anda memilih untuk menginap di hotel yang terkenal, biasanya kosnya adalah agak tinggi.
 
Sebagai alternatif, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di kediaman jenis guesthouse atau homestay. Sekarang ni tak susah untuk cara tempat penginapan jenis homestay, sebabnya anda boleh guna sahaja laman web Airbnb.
 
Apabila bercuti dalam kumpulan yang agak ramai, lebih jimat kalau menginap di homestay. Kalau masing-masing kongsi duit untuk bayar kos penginapan, akan jadi lebih jimat.
 
[3] Barangan yang perlu dibawa semasa bercuti ke Pulau Langkawi Apa yang ada dekat Pulau Langkawi? Umumnya, dekat Langkawi ni ada banyak pulau-pulau kecil yang kita boleh kunjungi, ada kawasan pantai yang bersih, ada tempat tanah tinggi, ada kawasan air terjun, ada ladang buah-buahan, zoo dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu bawa semasa bercuti, semuanya berkait rapat dengan apa aktiviti yang anda bakal lakukan. Kalau anda akan buat banyak aktiviti air, misalnya seperti nak buat Island Hopping ke pulau-pulau kecil ataupun nak buat aktiviti snorkeling di Pulau Payar, kenalah bawa pakaian yang sesuai.
 
Saya syorkan anda bawa pakaian mandi yang ada perlindungan spf (sun protection factor). Selain itu kena ada sun screen atau sun block yang mencukupi, kalau tak nak kulit muka terbakar lepas balik bercuti nanti.
 
Setengah orang merasakan hal berkaitan perancangan untuk bawa barang di hal yang remeh, tapi kalau kita perhatikan betul-betul, bila kita pack terlalu banyak barang, dan barang-barang tersebut pula adalah barang yang tak perlu, ini akan meningkatkan kos kita dari segi pembelian bagasi (check in baggage).
 
[4] Pemilihan waktu yang sesuai untuk pergi bercuti ke Langkawi Tempat percutian seperti di Langkawi ini juga ada Peak Season dan juga Low Season. Kalau anda pergi ke sini ketika peak season, macam biasa kebanyakkan harga akan jadi lebih mahal.
 
Cuba elakkan datang ke sini ketika musim cuti sekolah, musim cuti umum dan juga ketika diadakan acara besar seperti LIMA dan sebagainya. Waktu-waktu macam ni, kos untuk sewa kereta, makan dan penginapan di Langkawi akan jadi sedikit mahal.
 
Selain itu, kena alert juga dengan keadaan cuaca di Langkawi. Saya suka pergi sekitar bulan April ke September sebab pada waktu ini, cuaca biasanya baik. Tak terlalu panas, dan tidak juga hujan sepanjang hari.
 
[5] Tempat-tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi Bercerita tentang tempat menarik yang terdapat di Langkawi tu, memang ada sangat banyak. Apabila anda tiba di Airport Langkawi nanti, boleh pergi ke kaunter informasi untuk dapatkan pamplet yang mengandungi senarai tempat menarik yang anda boleh kunjungi disana.
 
Ini antara senarai tempat menarik yang anda boleh kunjungi sepanjang percutian tu nanti
Langkawi Sky Bridge Skytrex Adventure Underwater World Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise Pantai Tanjung Rhu Skytrail Jungle Trekking Crocodile Adventureland Langkawi Zipline Adventure Langkawi Cable Car Gunung Raya Langkawi Arts in Paradise 3D Museum Pantai Cenang Teluk Datai Pantai Kok Pulau Payar Marine Park Air terjun Telaga Tujuh Air Hangat Village Taman Lagenda Langkawi Kilim Karst Geoforest Park Air terjun Temurun Pantai Tengah Pantai Tengkorak Makam Mahsuri Laman Padi Galeria Perdana Pulau Beras Basah Pantai Pasir Hitam Cenang Mall Air terjun Durian Perangin Medan Selera Nelayan Bukit Malut HIG Kompleks MARDI Agrotechnology Park  
Banyaknya tempat nak pergi? Sempat ke kalau nak pergi semua ni kalau cuma bercuti 3 hari 2 malam? Kalau ikut pengalaman saya sendiri, memang tak sempat kalau nak pergi semua tempat ini.
 
Jadi anda kena rancang betul-betul percutian anda, sebab ada beberapa tempat yang saya senaraikan dekat atas tu, kalau kita pergi memang akan makan masa lebih kurang separuh hari atau sepanjang hari baru boleh selesai.
 
Tapi dari senarai kat atas tu, saya syorkan anda cari masa untuk buat aktiviti Island Hopping, Snorkeling di Pulau Payar, makan buffet buah-buahan di MARDI Agrotechnology Park, dan menaiki cable car.
 
Snorkeling Pulau Payar

Dari Langkawi kita akan menaiki feri khas ke Pulau Payar. Perjalanan ke pulau ini ambil masa lebih kurang 45 minit ke satu jam. Kalau nak buat aktiviti snorkeling, kena pastikan satu hari tu anda dah set memang untuk buat aktiviti ini sahaja.
 
Kalau nak buat aktiviti lain, kena set waktu malam.
 
Makan jamuan buah-buah tempatan secara buffet ni MARDI Agrotechnology Park 

Ini satu lagi tempat menarik di Langkawi yang anda patut kunjungi. Dekat sini kita boleh makan buah-buahan tempatan sepuas-puasnya. Buah yang dihidangkan selalunya berbeza ikut musim kita datang.
 
[6] Pengangkutan sepanjang percutian Kebanyakkan destinasi tumpuan pelancong di Langkawi ini terletak ditempat yang agak jauh. Sebaik-baiknya sewa sahaja kereta untuk memudahkan perjalanan anda.
 
[7] Bertolak balik ke Kuala Lumpur Kebiasaannya, orang yang pergi bercuti ke Langkawi ini, pasti akan bawa balik buah tangan. Di Langkawi ada banyak kedai-kedai duty free yang menawarkan pelbagai produk seperti coklat, set pinggan mangkuk, perfume dan sebagainya dengan harga yang berkali ganda lebih murah berbanding di luar.
 
Dekat Airport Langkawi, seperti telah menjadi satu prosedur, barang-barang yang kita shopping wajib dibalut dikaunter pembalut sebelum diterima untuk check in. Pada masa ini anda kena sediakan duit untuk kos membalut. Biasanya barang shopping ni, orang akan masukkan dalam beg plastik atau beg yang ada zip tu.
 
Untuk elakkan kerosakkan barang beg atau beg tersebut pecah, diletakkan syarat untuk balut. Walaubagaimanapun, kalau barang-barang yang anda bakal beli nanti boleh dimuatkan dalam beg bagasi, anda tak perlu balut lagi.
 
Baiklah, saya harap perkongsian saya ini dapat memberikan anda serba sedikit panduan, terutama sekali buat mereka yang baru first time nak menjejakkan kaki ke pulau ini. Saya ucapkan, selamat bercuti ke Pulau Langkawi.
 
 
 
The post Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi buat pengunjung kali pertama appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/panduan-tips-bercuti-ke-pulau-langkawi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tips Pertama Kali Ke Pulau Perhentian

10 Tips Pertama Kali Ke Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 728 hits
Okay siapa dekat sini ada plan untuk pergi ke Pulau Perhentian tips untuk pertama kali ke Pulau Perhentian Harap tips ini berguna kepada mereka yang merancang untuk ke Pulau Perhentian terutama yang pertama kali datang ke Pulau Perhentian B...
Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

Memang Nervous Pertama Kali Nak Bersalin Doktor Ini Kongsi Tip Berguna Panduan Buat Ibu Baru

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 395 hits
Bagi ibu yang pertama kali hamil dan bakal melahirkan semuanya pasti rasa kekok dan janggal Pengalaman pertama dalam melalui Sembilan bulan tempoh kehamilan pastinya sesuatu yang cukup indah untuk dilalui Setiap orang ada cabaran dan dugaan...
Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Pulau Redang Terengganu Tips Itinerary Dan Harga Pakej

Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Pulau Redang Terengganu Tips Itinerary Dan Harga Pakej

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 638 hits
Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu Tips Itinerary Dan Harga Pakej Punyalah lama entry ni tersangkut dalam draft Alhamdulillah plan mama adik beradik untuk bercuti bersama sama akhirnya terlaksana jua itu pun kami terkilan seb...
Panduan Pertama Kali Melawat Jepun

Panduan Pertama Kali Melawat Jepun

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 490 hits
Analisis data oleh JNTO menyatakan bahawa tahun tahun kebelakangan ini bilangan pelawat yang beragama Islam ke Jepun semakin meningkat jadi keperluan untuk menyediakan tempat tempat awam yang mesra Muslim adalah salah satu perkara yang seda...
Pertama Kali Mencuba Resepi Kerutuk Daging Adabi

Pertama Kali Mencuba Resepi Kerutuk Daging Adabi

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 688 hits
Dah lama juga saya tak kongsi pasal aktiviti masak memasak saya dalam blog Sejak emak saya ada bersama saya memang jarang masak Memang tugas memasak ni akan diambil hampir 100 peratus oleh emak saya Isteri saya pun jarang dah memasak kecual...
Tips Bagaimana Nak Kekalkan Kecantikan Ketika Melancong Atau Bercuti

Tips Bagaimana Nak Kekalkan Kecantikan Ketika Melancong Atau Bercuti

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 602 hits
Yeay sudah bermulanya musim cuti persekolahan pada tahun ini Walaupun baru seminggu sesi cuti sekolah bermula Sisyat rasa ramai yang sudah mempunyai perancangan untuk bercuti atau melancong bersama keluarga Tidak kisahlah samada di luar ata...
Kat Mana Boleh Dapatkan Khidmat Mengurut Seluruh Badan Di Pulau Langkawi

Kat Mana Boleh Dapatkan Khidmat Mengurut Seluruh Badan Di Pulau Langkawi

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 300 hits
Pernah rasa tak selesa pada urat atay otot badan Contohnya rasa tegang otot atau urat atau bahagian sambungan kat bawah tulang belikat di bahu Rasa seperti lenguh Kadang kala rasa macam pedih dan ada kalanya rasa macam panas Semua rasa itu ...
Bukan Pertama Kali Timbalan Presiden Tidak Rasmi Kongres Kata Pemuda Pkr

Bukan Pertama Kali Timbalan Presiden Tidak Rasmi Kongres Kata Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 397 hits
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir ketika sidang media Majlis Pimpinan AMK di Ibu Pejabat PKR hari ini PETALING JAYA Ketua Pemuda PKR berkata bukan kali pertama penganjuran kongres parti itu dirasmi oleh individu selain timbalan presiden Akmal Na...
Pertama Kali Muncul Di Depan Publik Setelah 2 Tahun Penampilan Kim Woo Bin Bikin Lega Penggemar

Pertama Kali Muncul Di Depan Publik Setelah 2 Tahun Penampilan Kim Woo Bin Bikin Lega Penggemar

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 336 hits
Sempat menyampaikan pidato singkat Woo bin ungkapkan terima kasihnya kepada publik yang selama ini mendukungnya
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation