Bukan Pertama Kali Timbalan Presiden Tidak Rasmi Kongres Kata Pemuda Pkr
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir (tengah) ketika sidang media Majlis Pimpinan AMK di Ibu Pejabat PKR, hari ini.PETALING JAYA: Ketua Pemuda PKR berkata bukan kali pertama penganjuran kongres parti itu dirasmi oleh individu selain timbalan presiden
Akmal Nasir berkata, perasmi kongres bukanlah melibatkan tradisi seperti yang disebut pelbagai pihak, sebaliknya ia hanya kelaziman penganjuran tahun-tahun sebelumnya
“Walaupun ia dilihat berbeza sikit, tapi bukan kali pertama perasmian AMK (Angkatan Muda Keadilan) dan Wanita terikat dengan mana-mana jawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini
Bagaimanapun, Akmal tidak menyebut penganjuran kongres yang dirasmi selain timbalan presiden
Sebelum ini, Ketua Wanita PKR Haniza Talha berkata Akmal melakukan kesilapan dengan menjemput selain timbalan presiden sebagai perasmi kerana jemputan kepada jawatan itu menjadi tradisi kongres sejak 20 tahun lalu
Akmal menegaskan Kongres Nasional Tahunan Pemuda akan dirasmi Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Wan Azizah Wan Ismail pada 6 Disember ini dengan tema “Reformasi Dua Dekad, Mengisi Kemenangan Rakyat”
“Tema ini memberi gambaran agenda penting yang menjadi tongga perjuangan AMK iaitu memastikan agenda reformasi dan anak muda terus berjalan dalam mengisi kemenangan paas 9 Mei 2018,” katanya
Mengulas lanjut, Akmal berkata menerusi kongres tersebut, sayap pemuda akan membawa isu anak muda seperti peluang pekerjaan, kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain yang berkaitan
Sebelum ini, konflik tercetus apabila Akmal didakwa membelakangi tradisi dengan tidak mengundang Azmin, sebaliknya menjemput penasihat Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri untuk merasmikan kongres pemuda PKR pada awal Disember ini
Bagaimanapun, tindakan itu dibantah sebahagian besar – 21 daripada 25 – kepimpinan pusat AMK yang menang dalam pemilihan lalu, termasuk Timbalan Pemuda PKR, Hilman Idham
Adun Gombak Setia itu juga berkata keputusan itu muktamad dan perasmian itu juga dipersetujui Haniza. - FMT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/11/bukan-pertama-kali-timbalan-presiden.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus