Pandora Masdora Hobi Kami Mahal
Assalamualaikum.
Boring juga asyik cerita pasal Bariatrik aje kan? Hari ni aku nak kongsi cerita pasal hobi. Nak kata hobi baru tu..bolehla juga sebab benda ni aku mula terjebak bulan 7 tahun lepas. Hobi yang sangat perlukan modal aka RM.
Pandora..rasanya kaum hawa sangat familiar dengan perkataan ni. Bila sebut aje Pandora, terbayang rantai tangan yang digantung dan diisi dengan manik-manik yang pelbagai bentuk. Bagi peminat dan pengumpul Pandora, manik-manik ini dipanggil charm. Terdapat 2 jenis charm iaitu bead (yang berbentuk bulat dan berlubang di tengah ) dan dangle (jenis yang digantung). Pandora lebih kepada berwarna perak/silver dan materialnya juga adalah silver.
Hobi yang singgah dihati aku pulak adalah Masdora. Iaitu pandora daripada emas. Tak kiralah emas 916 atau 999. Rantai tangan untuk masdora ni ada yang lebar 0.2cm dan 0.3cm berharga antara RM1,500 hingga RM3,000 ikut berat emas semasa. Apa juga sebutan..Pandora atau Masdora, kedua-duanya perlukan modal yang tinggi.
Menariknya Masdora ni, bead dan dangle yang pelbagai jenis boleh digayakan mengikut tema pilihan. Antara tema yang popular adalah tema Travel, Red, Food, Transport, Flower, Ocean dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku pula, tema "Berkenan, ada duit beli, tak ada duit duduk diam-diam"
Inilah koleksi Masdora aku
Charm Masdora ada pelbagai bentuk dan saiz, berat dan ringan. Ada yang dihias batu dan ada yang emas penuh. Harga bermula dari RM90 hingga ke RM1,800(paling mahal yang aku miliki adalah RM1,400). Untungnya memiliki Masdora ini ialah, bila sesak atau perlukan duit, hanya bawa sebiji charm ke Ar-Rahnu untuk digadai, dan barang kemas yang ada dibadan, tidak nampak kurang. Kalau rantai, gelang atau cincin biasa, jika tiada dibadan..memang ketara tambah-tambah lagi jika orang disekeliling kita jenis yang ala-ala mami jarum.
Pemakaian Masdora pulak ada yang suka rantai tangan penuh dengan charm, ada yang suka pakai 2-3 butir aje.. macam aku. Rimas nak pakai banyak-banyak. Tambahan pula aku ni jenis yang agak kasar dan lasak. Aku lebih berminat kepada bead berbanding dangle. Risau nak pakai dangle..takut nanti sedar-sedar, tinggal tangkainya aje..mau menangis tak berlagu lah aku.
Ini aje yang aku pakai harian
Merata-rata tempat aku beli charm. Ada yang beli di kedai, online seller dan Shopee. Pengeluar charm Masdora yang popular adalah GDORA dan Angsa Emas. Harga pun berbeza-beza. Selain dari mengikut harga emas, penjual juga menjual dengan kadar suka hati mak bapak dia..konon ini kategori Hot Item la.. Label Hitam..Label Kuning dan macam-macam lagi. Apapun, sebelum aku beli, aku kira dulu. Jangan lebih RM300 segram termasuk upah. Kalau lebih, aku tak rasa menyesal pun kalau tak beli. Benda untuk pelaburan, jangan beli yang mahal. Takut nanti masa nak jual, tak pulang modal.
Kos untuk memiliki set Masdora yang simple pun bermula dengan RM1200. Paling mahal,boleh mencecah RM15,000 ke RM20,000. Koleksi Masdora aku sendiri pun hampir RM10,000, dalam sedar tak sedar, beli pulak sebijik..sebijik..sebijik..hinggalah jadi berbijik-bijik kaedahnya. So, tak salahlah kalau aku katakan " HOBI KAMI MAHAL". Walaupun hobi kami mahal..kami tak menyusahkan orang.
Sedar akan hakikat itu..aku ber"puasa" sekejab.. risau tengok duit saving makin menipis.. huhu.
Adiosss!!!
Bila Penbiru Menulis...🖊
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penbiru.com/2021/02/pandora-masdora-hobi-kami-mahal.html