Ini Sebab Urusan Menghantar Pulang Jenazah Dari Luar Negara Mahal
INI SEBAB URUSAN MENGHANTAR PULANG JENAZAH DARI LUAR NEGARA MAHAL. Dua hari ni viral satu berita berkenaan seorang wanita yang bekerja di Australia meninggal dunia akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhammah. Semoga Allah mengampuni dosa dosa beliau dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.
Bila viral isu isu macam ni banyak perkara kita dapat belajar antara sunnah mengebumikan jenazah di tempat dia meninggal walaupun bukan di tempat kelahirannya
Ikut tuntutan sunahMaka, urusan itu kembali kepada tuntutan asal yang disebutkan oleh baginda Rasulullah SAW. Segerakan urusan pengebumian. Oleh itu, kebumikan jenazah di tempat dia meninggal lebih menepati dengan sunah berkenaan kecuali jika proses pemindahan tersebut dalam jarak yang dekat dan munasabah serta tidak memerlukan kos yang tinggi, maka ia masih diharuskan.
Atau sekiranya situasi di negara tersebut tidak memungkinkan jenazah berkenaan untuk dikebumikan di situ, maka dalam keadaan itu, pilihan yang ada sama ada dikebumikan di tempat lain yang terdekat atau pun dibawa pulang ke tempat asalnya.
Bagaimana pula jika si mati ada meninggalkan wasiat agar dia dikebumikan di tempat asalnya?
Hal itu ada perbezaan pandangan dalam kalangan para fuqaha dan ia termasuk di dalam isu memindahkan jenazah ke negara lain. Fuqaha dalam Mazhab Maliki mengharuskan tindakan itu dengan syarat ia tidak menyakiti dan mencemarkan kehormatan jenazah.
Sementara itu, fuqaha dalam Mazhab Hanbali dan Hanafi, mereka berpendapat, ia ialah makruh, melainkan jika ada keperluan yang penting.
Di sisi Mazhab Syafie pula, fuqaha terbahagi kepada dua golongan. Sebahagiannya berpandangan haram untuk memindahkan jenazah ke negara lain kerana ia akan melewatkan pengebumian, manakala sebahagian yang lain menyatakan ia makruh.
Selain itu, proses memindahkan jenazah juga memerlukan kos yang tinggi. Ia boleh membebankan waris si mati. Oleh itu, jika tidak ada sebarang keperluan yang mendesak, maka mengebumikan jenazah di negara dia meninggal lebih menepati sunah dan bertepatan dengan pandangan para fuqaha.
Dalam situasi itu, tidak menjadi kewajipan kepada kita untuk menunaikan wasiat si mati kerana ia tidak bertepatan dengan tuntutan sunah.
Sumber : Ustaz Abd Razak Mutalib merupakan Perunding Latihan dan Motivasi, Akademi Magnet Sukses.
Semua sedia maklum kos untuk menghantar pulang jenazah dari luar negara ni juga mahal.mungkin ada tertanya tanya kenapa mahal sangat. Letak dalam keranda.. naik flight settle.
Tak semudah itu ya kawan kawan.beberapa proses perlu di lakukan sebelum jenazah di terbangkan untuk di bawa pulang ke negara asalnya. Antaranya proses pengawetan. Proses mengawet ni bukan macam awet lumur rempah bagai yer. Proses nak mengawet mayat ni rumit & agak mengerikan.
Proses mengawet jenazah
Menurut SPJ Malaysia, proses ini memerlukan darah dalam badan dibuang keluar dan satu cecair bernama formalin akan dimasukkan ke dalam jasad si mati.
Tak habis di situ, perut jenazah akan ditebuk dan satu besi panjang lebih kurang 1 meter yang dikenali sebagai ‘trocar’ akan ditusuk ke dalam perut untuk menghancurkan organ-organ dalaman seperti hati, perut, jantung, limpa, usus dan lain-lain bertujuan untuk membuang darah sebelum semuanya disedut keluar.
Kaedah ini bagi mengelakkan mayat cepat mereput dan membusuk. Meskipun luaran jasadnya nampak elok sempurna tetapi dalamannya hancur sehancur-hancurnya!
Memang agak mengerikan & tersiksa jasad tu sementara nak di kebumikan. Jadi pada mereka yang ada ahli keluarga meninggal dunia di luar negara..semua orang faham.kesedihan tu. Keinginan untuk menatap kali terakhir wajah orang tersayang.. Namun banyak faktor perlu di perhalusi. Moga kita reda & berlapang dada dengan takdir yang sudah tertulis sejak azali.
Selepas mengawet bagai.. proses dokumentasi bagai semua pun perlukan kos. Kos terakhir kos penghantaran puang. Sebab tu la mahal. Bagi yang berkemampuan dan tidak membebankan ahli keluarga jika tetap mahu jasad si mati di kebumikan di tanah air.. Itu pilihan masing masing. Bagi yang tidak berkemampuan hingga mendatangkan beban.. elok pilih cara yang lebih afdal & terbaik. Sesungguhnya sunnah tu sangat membantu manusia memudahkan urusan.
Semoga perkongsian kecil dari sumber sumber bacaan saya ni memberi manafaat kepada pembaca blog lekatlekit.sesungguhnya tiada siapa tahu bila, bagaimana & dimana kita akan mati.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lekatlekit.com/2021/02/ini-sebab-urusan-menghantar-pulang.html