Pandang Serius Laporan Mengenai Rasuah Kartel Daging


 
Pada 22 Disember 2020oleh B. Suffian
Oleh B. Suffian
Kerajaan harus memandang serius terhadap laporan-laporan media mengenai rasuah melibatkan ‘kartel’ pengimportan daging.
Peguam, Syahredzan Johan berkata, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas perkara yang didedahkan oleh laporan-laporan tersebut. 
“Perkara ini, sekiranya benar, sekali lagi menunjukkan bahawa rasuah dan korupsi adalah barah dalam masyarakat.
“Ia bukan sahaja merugikan negara dari segi wang ringgit, tetapi boleh menghakis keyakinan umum terhadap integriti daging-daging halal yang dibawa masuk ke dalam negara, di samping menimbulkan keraguan terhadap keselamatan makanan di Malaysia,” katanya.
Syahredzan merujuk kepada laporan-laporan New Straits Times semalam dan hari ini berkenaan dengan sebuah ‘kartel’ yang mengimport daging ke Malaysia.
Menurut laporan-laporan tersebut, kata beliau, kartel itu bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal. 
“Juga menurut laporan-laporan tersebut, antara daging-daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal. 
“Laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa pegawai-pegawai yang terlibat telah menerima pelbagai jenis habuan, termasuk wang dan seks, bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging tersebut,” katanya.
Tambah Syahredzan yang juga Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, laporan-laporan tersebut telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan umat Islam di Malaysia
Status halal daging-daging yang berada di pasaran Malaysia jelasnya, mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan rakyat, khususnya yang beragama Islam. 
Di samping itu, beliau memberitahu, laporan-laporan tersebut juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan makanan (food safety) di Malaysia yang bukan sahaja melibatkan mereka yang beragama Islam, tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.
“Dilaporkan bahawa daging-daging yang dibawa masuk adalah haiwan yang berpenyakit atau daging yang berkualiti rendah.
“Ia sudah tentu akan memberi kesan kepada keyakinan orang ramai terhadap status halal daging-daging tersebut dan juga dari aspek keselamatan makanan, termasuk cara daging-daging ini dikendalikan dan disimpan,” katanya. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2020/12/pandang-serius-laporan-mengenai-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laporan Polis Terhadap Isu Kartel Daging Haram Pemuda Umno

Laporan Polis Terhadap Isu Kartel Daging Haram Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 533 hits
1 Hari ini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat satu laporan polis berhubung dengan pendedahan media massa berkaitan kegiatan kartel penyeludupan daging import haram yang diragui status Halal 2 Pendedahan ini telah menimbulkan kere...
6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

6187 Syor Tubuh Jawatankuasa Khas Sisat Isu Kartel Daging Haram Ismaweb 26 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 419 hits
SHAH ALAM 11 Jamadilawal 1442H Sabtu Satu jawatankuasa khas membabitkan beberapa badan bukan kerajaan perlu ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa menyiasat isu kartel daging yang diragui status halal dan kualitinya Pengerusi Persatuan Pen...
Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

Kartel Daging Kerajaan Janji Selesai Segera Kaji Tubuh Rci

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR 13 Jamadilawal 1442H Isnin Kerajaan memberi komitmen akan menangani isu pengimportan daging yang diragui secepat mungkin termasuk menimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasatnya Menteri di Jabatan Perdana M...
Rentasan 793 Kartel Dalangi Kemasukan Daging Tak Halal Babitkan Empa

Rentasan 793 Kartel Dalangi Kemasukan Daging Tak Halal Babitkan Empa

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 310 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7931 PAKATAN HARAPAN JANGAN DITANGISI SUSU YANG TUMPAH 2 WANITA AMANAH CUMA MAHU 30 PERATUS 3 PENANAM PADI HILANG 30 HASIL MENTERI BUAT APA 4 SEMBELIH KAMBING HITAM TIDAK JAWAB KES DAGING LEMBU HARAM
6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

6188 Siasat Jika Vvip Terlibat Kartel Daging Halal Palsu Pn Bbc Portal 27 12 2020

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 488 hits
27 DIS Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
Kerajaan Selangor Tubuh Jawatankausa Khas Pantau Kartel Daging

Kerajaan Selangor Tubuh Jawatankausa Khas Pantau Kartel Daging

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 314 hits
Isu kartel daging tidak halal dibungkus semula dan dilabel halal mendapat perhatian khusus dari Jabatan Agama Islam Selangor Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Mughni JAIS melalui Bahagian P...
Kartel Kuasai Pusat Periksa Daging Import

Kartel Kuasai Pusat Periksa Daging Import

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya dipercayai membeli beberapa kakitangan kerajaan termasuk pegawai kanan agensi tertentu bagi melepasi pe...
Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

Kartel Daging Tubuh Suruhanjaya Siasatan Bukan Alih Isu Ucapan Hari Natal

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 277 hits
Isu daging import tidak halal yang dibungkus semula dan dilabel halal akibat korupsi selama puluhan tahun tidak diutamakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional Sebaliknya pimpinan dan penyokong sesetengah ahli politik PN lebih senang membersar ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan