Panas Fahmi Fadzil Akhirnya Dedah Taktik Kotor Team Najib Dalam Debat Perdana


 



May 18, 2022 Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.
Dakwa Fahmi yang bertanggungjawab menguruskan debat berkenaan, hampir semua kekangan itu dibuat oleh pasukan Najib.
“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.
“Tak boleh sentuh tentang apa-apa perkara yang sedang berada dalam mahkamah, contohnya.
“Jadi ada yang kata kenapa Datuk Seri Anwar ‘did not deliver the killer blow’? Sebab malam itu kalau kita tak ikut format yang rata-rata kekangan yang hampir semua kekangan datang – tempat, format, moderator, soalan hanya boleh ditanyakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar kepada beliau, penyokong Najib kepada Najib… itu hampir semua batas-batas itu diletakkan oleh pasukan Najib.
“Sampaikan sebelum nak masuk ke dalam bilik menunggu pun Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dipisahkan sebab pasukan Najib tak nak mereka duduk bersama. Lain macam…,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Sebelum itu, Fahmi yang juga calon Ketua Cabang Lembah Pantai bagi Pemilihan PKR 2022 hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini.
Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, soalan-soalan yang diajukan kepada dua figura politik itu seharusnya datang daripada orang awam dan bukannya wakil pihak masing-masing.
“Tetapi apapun bagi saya debat itu adalah permulaan yang baik. Kali terakhir kita Debat Perdana seperti ini ialah pada tahun 2008, jadi dah 14 tahun, agak lama.
“Saya harap lepas ini akan ada lebih banyak debat contohnya, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang.
“Itu bagi saya satu acara yang sudah pasti akan sangat dinanti-dinantikan. Cuma saya harap format tidak sama dan kekangan-kekangan yang bagi saya menunjukkan rasa takut pihak sebelah sana terhadap Datuk Seri Anwar,” tambahnya lagi.
Mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan pada debat tersebut termasuk melibatkan audit forensik, Fahmi berkata, perkara itu terserah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, bagi pihak pembangkang, beliau yakin syor tersebut akan dibawa pada sesi Perliman akan datang.
“Sudah pasti akan ada yang bawa termasuk isu Forex yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib.
“Mungkin ada orang kata Ahli-Ahli Parlimen di peringkat kerajaan akan bangkitkan isu GST contohnya dan beberapa cadangan yang lain.
“Apa-apa pun saya tak makan kek… sesiapa yang nak makan kek itu jangan makan sorang-sorang,” katanya merujuk pada analogi perkongsian kek seperti yang dihujah oleh Najib pada Debat Perdana tempoh hari.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/panas-fahmi-fadzil-akhirnya-dedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Debat Perdana Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati Banyak Syarat Diletak Team Najib

Debat Perdana Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati Banyak Syarat Diletak Team Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 195 hits
Debat Perdana Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati Banyak Syarat Diletak Team Najib Rumah Sudah Siap Pahat Masih Berbunyi Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Ser...
Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar dalam arena politik tanah air Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara Gelanggang debat anta...
Debat Anwar Najib Ditetapkan Di Matic Kl 12 Mei Ini

Debat Anwar Najib Ditetapkan Di Matic Kl 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 241 hits
Debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur Debat itu akan diadakan pada jam sembilan malam pada 12 Mei ini dan akan disiarkan ...
Selepas 100 Hari Di Nicu Akhirnya Priyanka Chopra Nick Jonas Dedah Gambar Bayi Mereka

Selepas 100 Hari Di Nicu Akhirnya Priyanka Chopra Nick Jonas Dedah Gambar Bayi Mereka

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 164 hits
Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas menimang cahaya mata perempuan awal Januari tahun ini Namun mereka tidak pernah mendedahkan gambar anak sulung mereka yang mengguna...
Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 177 hits
Empat bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya mahu universiti berkenaan supaya membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai lokasi perdebatan antara ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak Bagi mereka ad...
Mereka Terseplt Tak Sempat Selamatkn Diri Akhirnya Polis Dedah Keadaan Lima Pelajar Sebelum Rentvng

Mereka Terseplt Tak Sempat Selamatkn Diri Akhirnya Polis Dedah Keadaan Lima Pelajar Sebelum Rentvng

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 159 hits
Kereta membawa lima mangsa yang rentung dalam nahas tiga kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi dipercayai dirempuh dari belakang sebelum terbakar
Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

Apa Lebih Debat Anwar Najib Rakyat Dapat Tegok 2 Badut Dengan Idea Idea Untuk Lelong Harta Negara

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 340 hits
Debat Anwar Najib kata Anwar banyak mana pun projek mega tidak akan ada gunanya kalau tiada prinsip intigriti Namun sedar tak Anwar dan najib untuk dapat prinsip intigriti itu dan nak tegakkan prinsip intigriti itu nak dapat dari mana sumbe...
Debat Hanya Memudarkan Lagi Laluan Najib Untuk Cita2 Kembali Berkuasa

Debat Hanya Memudarkan Lagi Laluan Najib Untuk Cita2 Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 135 hits
Walau tidak pernah diungkapkan dengan kata kata mereka yang faham politik tentu sedar bahawa Najib Razak memang bercita cita ingin kembali lagi sebagai Perdana Menteri Meski tampak mustahil untuk beliau memintas Ismail Sabri Yaakob yang tel...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation