Debat Perdana Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati Banyak Syarat Diletak Team Najib



Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’
Rumah Sudah Siap, Pahat Masih Berbunyi Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.
Dakwa Fahmi yang bertanggungjawab menguruskan debat berkenaan, hampir semua kekangan itu dibuat oleh pasukan Najib.
“Ada juga yang bertanya kenapa malam itu Datuk Seri Anwar tak bincang pasal 1MDB pun. Sebab ‘team’ Datuk Seri Najib tak nak kami bincangkan, ia sudah diputuskan awal.
“Tak boleh sentuh tentang apa-apa perkara yang sedang berada dalam mahkamah, contohnya.
“Jadi ada yang kata kenapa Datuk Seri Anwar ‘did not deliver the killer blow’? Sebab malam itu kalau kita tak ikut format yang rata-rata kekangan yang hampir semua kekangan datang – tempat, format, moderator, soalan hanya boleh ditanyakan oleh penyokong Datuk Seri Anwar kepada beliau, penyokong Najib kepada Najib… itu hampir semua batas-batas itu diletakkan oleh pasukan Najib.
“Sampaikan sebelum nak masuk ke dalam bilik menunggu pun Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib dipisahkan sebab pasukan Najib tak nak mereka duduk bersama. Lain macam…,” katanya ketika ditemui di sini pada Ahad.
Sebelum itu, Fahmi yang juga calon Ketua Cabang Lembah Pantai bagi Pemilihan PKR 2022 hadir meninjau proses pemilihan di Dewan Serbaguna Gasing Indah, di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi berpandangan, soalan-soalan yang diajukan kepada dua figura politik itu seharusnya datang daripada orang awam dan bukannya wakil pihak masing-masing.
“Tetapi apapun bagi saya debat itu adalah permulaan yang baik. Kali terakhir kita Debat Perdana seperti ini ialah pada tahun 2008, jadi dah 14 tahun, agak lama.
“Saya harap lepas ini akan ada lebih banyak debat contohnya, antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang.
“Itu bagi saya satu acara yang sudah pasti akan sangat dinanti-dinantikan. Cuma saya harap format tidak sama dan kekangan-kekangan yang bagi saya menunjukkan rasa takut pihak sebelah sana terhadap Datuk Seri Anwar,” tambahnya lagi.
Mengenai cadangan-cadangan yang dikemukakan pada debat tersebut termasuk melibatkan audit forensik, Fahmi berkata, perkara itu terserah kepada pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sama ada akan dilaksanakan atau sebaliknya.
Bagaimanapun, bagi pihak pembangkang, beliau yakin syor tersebut akan dibawa pada sesi Perliman akan datang.
“Sudah pasti akan ada yang bawa termasuk isu Forex yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib.
“Mungkin ada orang kata Ahli-Ahli Parlimen di peringkat kerajaan akan bangkitkan isu GST contohnya dan beberapa cadangan yang lain.
“Apa-apa pun saya tak makan kek… sesiapa yang nak makan kek itu jangan makan sorang-sorang,” katanya merujuk pada analogi perkongsian kek seperti yang dihujah oleh Najib pada Debat Perdana tempoh hari.-AA
Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis Nelayan tangkap ikan pari gergasi Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery Layari Laman Facebook MYKMU.NET
TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

The post Debat Perdana: Fahmi Fadzil Tidak Puas Hati, Banyak ‘Syarat’ Diletak ‘Team Najib’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/15/debat-perdana-fahmi-fadzil-tidak-puas-hati-banyak-syarat-diletak-team-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Fahmi Fadzil Akhirnya Dedah Taktik Kotor Team Najib Dalam Debat Perdana

Panas Fahmi Fadzil Akhirnya Dedah Taktik Kotor Team Najib Dalam Debat Perdana

papar berkaitan - pada 18/5/2022 - jumlah : 144 hits
May 18 2022 Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysi...
Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 244 hits
KUALA LUMPUR Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar dalam arena politik tanah air Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara Gelanggang debat anta...
Universiti Tempat Bercambah Ilmu Kenapa Halang Debat Anwar Najib

Universiti Tempat Bercambah Ilmu Kenapa Halang Debat Anwar Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 196 hits
Universiti tempat bercambah ilmu kenapa halang debat Anwar Najib Posted By on May 08 2022Keengganan Universiti Malaysia membenarkan Dewan Tunku Canselor dijadikan gelanggang debat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Langsung Debat Ketua Amk Adam Adli Vs Fahmi Zainol I 10 Mei 2022

Langsung Debat Ketua Amk Adam Adli Vs Fahmi Zainol I 10 Mei 2022

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 230 hits
Adam Adli dan Fahmi Zainol bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan Apakah idea mereka untuk anak muda bukan hanya dalam PKR tapi untuk Malaysia Saksikan hujah hujah mereka dalam debat di antara kedua dua calon Ketua AMK itu ...
Debat Anwar Najib Batal Pada Saat Saat Akhir

Debat Anwar Najib Batal Pada Saat Saat Akhir

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 285 hits
Selepas Universiti Malaya tidak membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai tempat untuk program debat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Razak majlis itu kini secara rasminya akan diadakan di Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur Dalam ken...
Menjelang Debat Dsai Dan Najib

Menjelang Debat Dsai Dan Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 145 hits
Musa Hassan Polis Perlu Siasat Semua Pendedahan SirulKUALA LUMPUR Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar yang mengatakan bertindak mengikut arahan di dalam kes pembunuhan warga Mongo...
Debat Najib Vs Anwar Tidak Jantan Serang Peribadi Yang Tenang Akan Menang

Debat Najib Vs Anwar Tidak Jantan Serang Peribadi Yang Tenang Akan Menang

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 248 hits
TIDAK sampai 24 jam lagi dua tokoh gergasi politik negara iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertembung di atas satu pentas Debat perdana kedua dua tokoh tersebut yang ...
Hati Hati Linkedin Paling Banyak Digunakan Untuk Serangan Amp 039 Phishing Amp 039

Hati Hati Linkedin Paling Banyak Digunakan Untuk Serangan Amp 039 Phishing Amp 039

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 232 hits
Menurut laporan penyelidikan oleh Check Point Research LinkedIn telah menjadi platform yang paling banyak digunakan untuk serangan pancingan data Laporan nbsp Brand Phishing 2022 Q1 oleh CPR mendedahkan bahawa serangan pancingan data yan
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Nasi Briyani Adabi

Free Sample Libresse Knowyourv


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025