Debat Hanya Memudarkan Lagi Laluan Najib Untuk Cita2 Kembali Berkuasa


 


Walau tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata, mereka yang faham politik tentu sedar bahawa Najib Razak memang bercita-cita ingin kembali lagi sebagai Perdana Menteri.
Meski tampak mustahil untuk beliau memintas Ismail Sabri Yaakob yang telah dinamakan sebagai calon Perdana Menteri bagi BN menghadapi PRU15 akan datang, tambahan lagi berderet kes mahkamah melibatkan dirinya masih belum selesai di sebalik pendengaran rayuan akhir berkaitan SRC International ditetapkan 15 Ogos depan, paling mungkin fokus Najib memburu impiannya itu ialah pada PRU16..
Keaktifan Najib menonjolkan diri, disertai dengan ruang yang sentiasa dibuka oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi terhadap belas Perdana Menteri itu, adalah mudah difahami ia tidak lain merupakan laluan untuk beliau kembali ke puncak kuasa.
Jika Tun Mahathir Mohamad berjaya menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali melalui parti yang berbeza, Najib pastinya mahu mencipta sejarah yang sama, tetapi tidak lari daripada UMNO.
Antara sebab Najib setuju berdebat dengan Anwar ialah untuk menunjukkan dirinya masih relevan, meski beliau tidak pernah berada di mana-mana pentas debat sebelum ini, malah ketika menjadi Perdana Menteri dulu tidak segan-segan mengatakan berdebat bukanlah budaya di negara kita.
Dengan menunjukkan dirinya kini berani berdebat, Najib sebenarnya hanya ingin memperlihatkan beliau kini memiliki kebolehan yang pelbagai serta masih mampu memimpin negara.
Lantaran itu, sebaik habis berdebat dan ketika berjumpa penyokongnya di PWTC, Najib terus bercakap mengenai PRU15 dan keperluan UMNO mesti menang dalam pilihan raya tersebut.
Menjangkakan kesnya akan mudah selesai atau boleh diselesaikan jika UMNO menang PRU15, sasaran Najib untuk dirinya ialah PRU16 akan datang.
Tetapi, jika Najib merasakan debatnya dengan Anwar itu berjaya meletakkannya terus relevan, di samping melonjakkan lagi kerelevannya, ia barangkali suatu pertimbangan yang tidak tepat.
Selain dikira tidak begitu berjaya berbanding Anwar kerana beberapa hujahnya dipatahkan oleh Ketua Pembangkang, seterusnya menjadi persendaan berterusan di media sosial, penampilan Najib dalam debat itu juga menyerlahkan ketakutan rakyat berkenaan gaya kepimpinannya.
Dengan mengemukakan idea agar Petronas ditampilkan untuk menyelamat Sapura Energy, Najib terlihat mempunyai kecenderungan yang ketara untuk menjarah dana hasil minyak negara untuk suntikan bailout bagi menyelamatkan syarikat-syarikat tertentu.
Kalau ketika PH berkuasa dulu beliau menempelak perkara itu, sekarang ternampak keinginannya langsung tidak berbeza.
Najib, melalui debat itu turut lebih menampakkan dirinya, jika kembali berkuasa, langsung tidak berbeza dengan eranya yang gagal sebelum ini sehingga menyebabkan UMNO dan BN ditolak rakyat pada 2018 lalu.
Kecenderungan mengamalkan cash is king dan membesarkan kek dengan tujuan pengagihan terus dikawal melalui elit kuasa memperlihatkan bakal tiada perubahan kepada negara ini melalui kemunculannya buat kali kedua nanti.
Rakyat yang boleh berfikir tidak mungkin membenarkan negara ini dibawa berundur ke belakang sekali lagi melalui cara yang sebegitu.
Harapan Najib untuk kembali berkuasa melalui penampilan debatnya dengan Anwar bukan saja tidak terserlah, malah memudarkan lagi laluan perjalanannya itu.
Sebaliknya, debat itu kekal menampilkan aura serta kelebihan Anwar yang jauh lebih relevan berbanding Najib. – ShahbudinHusin 14/05/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/debat-hanya-memudarkan-lagi-laluan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menjelang Debat Dsai Dan Najib

Menjelang Debat Dsai Dan Najib

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 134 hits
Musa Hassan Polis Perlu Siasat Semua Pendedahan SirulKUALA LUMPUR Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar yang mengatakan bertindak mengikut arahan di dalam kes pembunuhan warga Mongo...
Debat Najib Vs Anwar Tidak Jantan Serang Peribadi Yang Tenang Akan Menang

Debat Najib Vs Anwar Tidak Jantan Serang Peribadi Yang Tenang Akan Menang

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 240 hits
TIDAK sampai 24 jam lagi dua tokoh gergasi politik negara iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertembung di atas satu pentas Debat perdana kedua dua tokoh tersebut yang ...
Debat Najib Anwar Malam Ini Ketahian Atau Kebaikan Mungkin Berlaku

Debat Najib Anwar Malam Ini Ketahian Atau Kebaikan Mungkin Berlaku

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 270 hits
Persoalannya apakah debat ini bakal melonjak saham SAPNRG yang berkurun lamanya dibawah harga 10sen Kalau merujuk kepada malaysiastock pemegang saham terbesar SAPNRG adalah amanah saham bumiputera Sekiranya debat anwar najib bakal memberi s...
Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

Debat Perdana Najib Anwar Isu Sapura Energy Malam Ini

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Debat Perdana yang julung kali menampilkan dua figura besar dalam arena politik tanah air Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak malam ini dijangka mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara Gelanggang debat anta...
Persiapan Awal Debat Anwar Najib

Persiapan Awal Debat Anwar Najib

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 218 hits
MOJO LIVE 11 MEI 2022 LIVE Tinjauan persediaan Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak di Matic Kuala Lumpur lapor wartawan Sinar Harian Nazrin Zulkafli
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 164 hits
Jom Kita Debat Kit Siang Mana Pendrive Najib Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak kini mencabar Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk berdebat dengannya Hari itu saya dengan Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi uncle saya...
Universiti Tempat Bercambah Ilmu Kenapa Halang Debat Anwar Najib

Universiti Tempat Bercambah Ilmu Kenapa Halang Debat Anwar Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 190 hits
Universiti tempat bercambah ilmu kenapa halang debat Anwar Najib Posted By on May 08 2022Keengganan Universiti Malaysia membenarkan Dewan Tunku Canselor dijadikan gelanggang debat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

Ada Usaha Campur Tangan Supaya Debat Najib Anwar Tidak Diadakan Di Um

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 178 hits
Empat bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya mahu universiti berkenaan supaya membenarkan Dewan Tunku Canselor digunakan sebagai lokasi perdebatan antara ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak Bagi mereka ad...
Debat Anwar Najib Ditetapkan Di Matic Kl 12 Mei Ini

Debat Anwar Najib Ditetapkan Di Matic Kl 12 Mei Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 241 hits
Debat antara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak akan diadakan di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur Debat itu akan diadakan pada jam sembilan malam pada 12 Mei ini dan akan disiarkan ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera