Pakistan Hasrat Perkukuh Kerjasama Perdagangan Teknologi Dengan Malaysia Pm Shehbaz


 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 6 Okt – Pakistan berhasrat memperkukuh hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia melalui peluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertanian dan teknologi baharu bagi mencapai pertumbuhan ekonomi serta pembangunan bersama.
Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif berkata Islamabad berhasrat bagi memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam bidang teknologi maklumat, kecerdasan buatan dan latihan vokasional, sambil berkongsi kepakaran sendiri bagi menjayakan projek yang membawa manfaat ketara kepada kedua-dua negara.
“Oleh itu, hari ini saya ingin nyatakan secara terbuka bahawa Pakistan mahu berganding tangan dengan Malaysia, bukan sekadar memanfaatkan pengalaman anda, tetapi turut membangunkan usaha sama dan projek yang menguntungkan kedua-dua pihak,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar IbrahimBeliau berkata demikian ketika sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat dua hala yang membincangkan pelbagai isu termasuk kemudahan perdagangan, promosi pelaburan dan pertukaran rakyat dengan rakyat.
Shehbaz berkata, kemajuan pesat Malaysia dalam bidang ekonomi serta tumpuan terhadap inovasi, teknologi dan pembangunan mampan di bawah visi MADANI pimpinan Anwar menjadi inspirasi kepada negara-negara membangun seperti Pakistan untuk mencontohi dan menjalin kerjasama rapat.
“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada tahap yang memberangsangkan. Perdagangan global anda meningkat, lebihan dagangan positif dan eksport juga terus bertambah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Ini antara bidang di mana Pakistan boleh memanfaatkan pengalaman Malaysia,” katanya.
Shehbaz menegaskan Pakistan bersedia bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam sektor yang mempunyai kelebihan daya saing bersama, termasuk pertanian, pemprosesan makanan, teknologi maklumat serta pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.
“Pertanian ialah antara bidangnya, teknologi maklumat pula bidang lain, dan sudah tentu latihan vokasional dan kemahiran, Pakistan juga menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kami mempunyai ribuan pelajar di Malaysia dan sekitar 150,000 rakyat Pakistan yang turut menyumbang kepada usaha pembangunan negara ini,” katanya.
Perdana Menteri Pakistan itu turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas keputusan memperuntukkan kuota bernilai US$200 juta bagi mengimport daging dari Pakistan, yang disifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh perdagangan halal dan memperluas peluang pasaran bagi pengeksport Pakistan.
“Saya amat berterima kasih atas pengumuman itu, namun ingin saya tegaskan bahawa kuota ini akan dikawal selia berdasarkan mekanisme harga pasaran serta mematuhi semua keperluan pensijilan halal pihak berkuasa Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif ke Malaysia di Putrajaya pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi segala syarat yang ditetapkan,” katanya sambil menambah Pakistan bukan sahaja berhasrat memenuhi kuota berkenaan, malah berusaha meningkatkannya pada masa akan datang.
“Dengan izin Allah, kita bukan sekadar mencapai kuota US$200 juta itu, malah akan meningkat lagi apabila pengguna berpuas hati — kerana apabila kepercayaan terbina, tiada had bagi potensi perdagangan,” katanya.
Shehbaz Sharif berada di Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Anwar, sebagai kunjungan balas kepada lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Pakistan pada Oktober 2024, mencerminkan hubungan dua hala semakin erat antara kedua-dua negara.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/pakistan-hasrat-perkukuh-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khaled Nordin Lancar Misi Perkukuh Kerjasama Pertahanan Malaysia Qatar

Khaled Nordin Lancar Misi Perkukuh Kerjasama Pertahanan Malaysia Qatar

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 727 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan rasmi dua hari ke Qatar bagi memperkukuh kerjasama strategik pertahanan antara kedua dua negara Lawatan ini adalah peluang penting untuk memperkukuh hubungan pertahanan M...
Pakistan Pm Shehbaz Sharif Arrives In Malaysia For Three Day Official Visit

Pakistan Pm Shehbaz Sharif Arrives In Malaysia For Three Day Official Visit

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 178 hits
Pakistan Prime Minister Shehbaz Sharif arrives at the KLIA Bunga Raya Complex on Oct 5 to begin his three day official visit BernamaSEPANG Pakistan Prime Minister Muhammad Shehbaz Sharif arrived in Malaysia on Sunday for a three day officia...
Tiktok Perkukuh Usaha Pencegahan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia Thinktwice

Tiktok Perkukuh Usaha Pencegahan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia Thinktwice

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR MALAYSIA 29 SEPTEMBER 2025 TikTok Malaysia telah meluaskan inisiatif literasi digitalnya pada tahun ini dengan akses mudah ke atas sumber sumber tambahan mengenai pencegahan penipuan melalui hab maklumat pelbagai bahasa dalam a...
Realme Umum Kerjasama Dengan Ricoh Bakal Lancar Gt 8 Pro Dengan Teknologi Kamera Gr

Realme Umum Kerjasama Dengan Ricoh Bakal Lancar Gt 8 Pro Dengan Teknologi Kamera Gr

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 122 hits
realme mengumumkan kerjasama strategik bersama Ricoh Imaging Company Ltd yang akan diperkenalkan secara rasmi pada 14 Oktober 2025 di Beijing China Kerjasama ini melibatkan pembangunan bersama teknologi pengimejan untuk model realme GT 8 Pr...
Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 527 hits
Maxis memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh keselamatan digital negara Teknologi ini direka untuk melindungi komunikasi daripada ancaman penggodaman kuantum ...
Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 161 hits
Energea telah memperkenalkan Koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s Hybrid Solid State Powerbank yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna di Malaysia Koleksi Tangerine menampilkan aksesori berwarna terang seperti AluPac Mini 5K AluMa...
Pakistan Pm For 3 Day Official Visit To Malaysia

Pakistan Pm For 3 Day Official Visit To Malaysia

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 200 hits
Muhammad Shehbaz Sharif will discuss matters of mutual interest at a bilateral meeting with Prime Minister Anwar Ibrahim on Oct 6 The visit by Muhammad Shehbaz Sharif is to reciprocate the one made by Prime Minister Anwar Ibrahim to Pakista...
Aktiviti Aktiviti Ppim Pkb Jalin Kerjasama Perkukuh Ekonomi Islam Ppim 30 09 2025

Aktiviti Aktiviti Ppim Pkb Jalin Kerjasama Perkukuh Ekonomi Islam Ppim 30 09 2025

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 846 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia menerima kunjungan dari Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad Encik Mohd Azad Jasmi bagi membincangkan kerjasama membentuk ekosistem perniagaan Islam Pertemuan yang berlangsung di Pusat Aktiviti P...
Pmx Hentak Gear Baru Melalui Pakatan Ekonomi Malaysia Pakistan

Pmx Hentak Gear Baru Melalui Pakatan Ekonomi Malaysia Pakistan

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 148 hits
Alif JamilPandangan saya langkah PMX menghidupkan semula hubungan dua hala Malaysia Pakistan ini sebenarnya satu reset strategik terhadap orientasi ekonomi luar Malaysia yg selama ini terlalu tertumpu pada pasaran tradisional seperti China ...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Tarikh Buka Sekolah Kpm Sesi 2026 2027 Kalendar Akademik

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Happening Gila Karnival Bomba Putrajaya 2025

Digital Health School Malaysia Study Health Tech At Rumc

Acha Septriasa Diumum Pelakon Utama Filem Munafik Versi Indonesia

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Sarravalle Designer Outlet Day 3

Fake Baby Products How To Protect Your Child From Counterfeit Gear In Malaysia