Pakej Ransangan Pemerkasa Plus Sepatutnya Rm45b Bukan Rm5b



Pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dianggap tidak berupaya membantu sektor ekonomi dan rakyat yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) total 3.0.
Bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), pakej tersebut sewajarnya memperuntukkan RM45 bilion suntikan tunai dan bukannya serendah RM5 bilion sebagaimana yang diumumkan.
Menurut mereka, Kerajaan PN sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan mengeluarkan negara daripada kancah kemelesetan.
“Suntikan tunai RM5 bilion tidak memadai apabila PKP 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu.
“Kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 ini.
“Suntikan terus RM45 bilion ke dalam ekonomi, berbanding RM5 bilion yang dilakukan kerajaan, akan benar-benar membantu mengurangkan kesan kerugian RM60 bilion tersebut,” ujar kenyataan itu.
Menurut Majlis Presiden lagi, Perdana Menteri didapati meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama sebagaimana PKP 1.0 dengan memberi bantuan one-off yang tidak menyelesaikan banyak perkara.
Sedangkan, kata mereka, apa yang diperlukan adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan ekonomi. Bantuan kewangan perlu bukan sahaja bagi kelompok B40, tetapi juga M40 untuk memastikan golongan berkenaan tidak akhirnya tergolong ke dalam kelompok B40.
“Oleh itu PH mencadangkan agar kerajaan meningkatkan bantuan kebajikan bulanan ke paras RM1,000 termasuk bagi yang tidak bekerja, yang dijangka berjumlah RM7 bilion bagi 7 bulan ke depan sehingga lengkapnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menjelang 31 Disember 2021, yang diharap mampu mencapai imunisasi kelompok meliputi 80% penduduk
“Kerajaan juga perlu memberi pelanjutan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik, tanpa melibatkan kelompok T20, sehingga PICK lengkap. Ini akan membantu 8 juta rakyat dan syarikat di Malaysia. Kos ini semestinya ditanggung industri perbankan yang telah merekodkan keuntungan selepas cukai yang sihat berjumlah hampir RM23 bilion bagi 2020, berbanding RM32.3 bilion pada 2019,” kata mereka.
Manakala untuk meningkatkan peluang pekerjaan, kata kenyataan itu, kerajaan perlu memberi insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa 2 tahun, melibatkan insentif gaji RM500 sebulan bagi pekerja warganegara dan insentif pengambilan kerja RM300 sebulan bagi majikan, yang dijangka mampu mewujudkan pekerjaan untuk 300,000 rakyat dan menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Sekaligus mengurangkan pengangguran di kalangan belia pada kadar 13.4% setakat Mac 2021
“Bagi Kementerian Kesihatan pula dana suntikan RM3.5 bilion diperlukan bagi mempermudah PICK, meningkatkan usaha saringan, mengenal pasti kontak rapat, serta merawat kes positif Covid-19, meningkatkan kapasiti serta keupayaan hospital termasuk peralatan perubatan dan
sumber manusia bagi mengelak runtuhnya sistem kesihatan awam kita
“Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana pula diperlukan RM28 bilion dalam bentuk geran; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit PKS, pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang terjejas teruk. Industri pelancongan kehilangan RM100 bilion tahun lalu, dan tanpa ‘talian hayat’ sudah pasti industri ini akan menghadapi masa depan amat kelam,” kata mereka.
Tegas Majlis Presiden, pakej bantuan awal bernilai RM45 bilion pada ketika penutupan penuh hampir semua sektor bukanlah jumlah yang besar dibandingkan dengan RM340 bilion yang telah dibelanjakan sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0.
Bagaimanapun mereka menekankan, penyelesaian utama adalah vaksinasi. Kadar pemberian vaksin yang rendah, walaupun peruntukan RM5 bilion menggunakan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), serta proses pendaftaran atas talian vaksin AstraZeneca yang begitu kelam-kabut walaupun terdapat peruntukan RM70 juta, kata mereka, hanya menunjukkan betapa gagalnya kerajaan yang ada sekarang dalam menangani krisis.
“Kegagalan kerajaan Perikatan Nasional juga telah menyebabkan krisis Covid-19 menjadi satu malapetaka hingga kita menyaksikan jumlah kes dan kematian tertinggi hari ini.
“Maka pengumuman Jemaah Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tidak mampu mengimbangi kegagalan total kerajaan, atau meredakan rasa takut rakyat, mahupun betapa terdesaknya begitu ramai yang mahu diberi vaksin sekarang.
“Berapa sangat yang para Menteri dan Timbalan Menteri kehilangan pendapatan dengan tidak mengambil gaji, apabila mereka masih menerima elaun bulanan Ahli Parlimen, malah lebih penting dari itu mereka masih mempunyai peruntukan tahunan RM5 juta.
“Menteri-menteri tentunya tidak perlu menggunakan elaun Ahli Parlimen mereka untuk biaya staf dan pejabat atau untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan mereka,” kata kenyataan itu lagi.
Oleh itu, sebagai langkah pertama menuju usaha menggarap seluruh masyarakat menangani wabak Covid-19, Majlis Presiden PH mengulangi sekali lagi tuntutan membuka Parlimen secepat mungkin, dan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu diberi peruntukan kawasan yang sama untuk membantu penduduk di kawasan mereka, sehingga pandemik Covid tamat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32245

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bidas Mahiaddin Pakej Tunai Pemerkasa Plus Yang Hanya Sekecil Rm5 Bilion Tidak Memadai

Ph Bidas Mahiaddin Pakej Tunai Pemerkasa Plus Yang Hanya Sekecil Rm5 Bilion Tidak Memadai

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 280 hits
Setelah meneliti pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Pakatan Harapan berasa kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu dan bukannya R...
Pemerkasa Plus Kerajaan Perlu Beri Fokus Golongan M40 Selain B40

Pemerkasa Plus Kerajaan Perlu Beri Fokus Golongan M40 Selain B40

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 294 hits
Fareez AzmanJun 1 2021 Pengasas Gig X Global Shareen Shariza Abdul Ghani berkata ramai golongan M40 yang hilang pekerjaan kini berubah menjadi penghantar makanan Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan M40 yan...
Bpr Tambahan Pemerkasa Plus Semakan Status Amp Tarikh Bayaran

Bpr Tambahan Pemerkasa Plus Semakan Status Amp Tarikh Bayaran

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 505 hits
Seperti mana yang diketahui umum kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat amp Ekonomi Tambahan Untuk makluman Perdana Me
E Latih Pemerkasa Plus Cara Daftar Login Portal Pembelajaran Kemahiran Percuma

E Latih Pemerkasa Plus Cara Daftar Login Portal Pembelajaran Kemahiran Percuma

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 494 hits
e LATiH PEMERKASA Plus CARA DAFTAR LOGIN PORTAL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERCUMA Kepada pekerja dan orang awam kini boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kerjaya melalui portal pembelajaran percuma di bawah HRD Corp iaitu e...
Ini Senarai Inisiatif Pemerkasa Plus Yang Diumumkan Perdana Menteri

Ini Senarai Inisiatif Pemerkasa Plus Yang Diumumkan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 232 hits
Umum mengetahui pada 28 Mei lalu kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh di seluruh negara termasuk penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan bagi membendung penula...
Pm Annnouces Rm40b Pemerkasa Plus Aid As Lockdown Looms

Pm Annnouces Rm40b Pemerkasa Plus Aid As Lockdown Looms

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 277 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has announced RM40 billion in economic aid as the nation ticks towards a national lockdown that begins at midnight tonight In a televised announcement tonight Muhyiddin said the Pemerkasa Plus programme inclu...
Pemerkasa Plus Semakan Senarai Bantuan Pemerkasa

Pemerkasa Plus Semakan Senarai Bantuan Pemerkasa

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 435 hits
PEMERKASA PLUS SEMAKAN SENARAI BANTUAN PEMERKASA Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya eko...
Pemerkasa Plus Bayaran Bpr Tambahan Rm500 Akan Dikreditkan Jun Ini

Pemerkasa Plus Bayaran Bpr Tambahan Rm500 Akan Dikreditkan Jun Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 311 hits
Berita baik untuk penerima BPR Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 diumumkan bahawa bayaran BPR tambahan akan diberikan kepada semua kategori penerima pada hujung Jun ini Bayaran BPR Tambahan Jun 2021 Berikut adalah jumlah...
Kerajaan Pn Perlu Umum Pakej Ransangan Ekonomi Baru Kata Faiz

Kerajaan Pn Perlu Umum Pakej Ransangan Ekonomi Baru Kata Faiz

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 229 hits
May 19 2021 Ekonomi negara dan rakyat Malaysia sangat memerlukan satu lagi suntikan fiskal pihak kerajaan dalam keadaan negara mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan yang berterusan sejak pertengahan Januari lalu Ahli Majlis Pimpinan Pusat...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat