Ph Bidas Mahiaddin Pakej Tunai Pemerkasa Plus Yang Hanya Sekecil Rm5 Bilion Tidak Memadai


 
Setelah meneliti pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pakatan Harapan berasa kecewa apabila mendapati hanya RM5 bilion adalah suntikan tunai baharu, dan bukannya RM45 bilion suntikan tunai yang diperlukan ekonomi negara untuk mengatasi kesan teruk Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 terhadap ekonomi keseluruhannya.
Kegagalan seluruh kerajaan untuk membendung wabak COVID-19 telah mengakibatkan rekod tertinggi kes serta kematian akibat COVID-19.
Kerajaan Perikatan Nasional ini sepatutnya lebih berani berbelanja untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menyelamatkan negara dari kancah kemelesetan.
Suntikan tunai RM5 bilion sahaja langsung tidak memadai apabila PKP 3.0 dijangka mendatangkan kerugian RM2.4 bilion sehari, serupa PKP 1.0 dahulu.
Kesan kerugian kepada ekonomi dijangka berjumlah RM60 bilion bagi PKP 3.0 ini. Suntikan terus RM45 bilion ke dalam ekonomi, berbanding RM5 bilion yang dilakukan Kerajaan, akan benar-benar membantu mengurangkan kesan kerugian RM60 bilion tersebut.
Perdana Menteri juga nampaknya meneruskan langkah ekonomi dan kebajikan ortodoks yang sama dengan memberi bantuan one-off, walhal apa yang diperlukan sewaktu kita berada di dalam pandemik global ini adalah siri bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan ekonomi negara kita.
Bantuan kewangan perlu bukan sahaja bagi kelompok B40, tetapi juga M40 untuk memastikan mereka tidak akhirnya tergolong ke dalam kelompok B40 nanti.
Oleh itu, Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa suntikan dana RM45 bilion ke dalam ekonomi mesti memberi kesan terus kepada pekerja dan perniagaan, termasuk:
• Meningkatkan bantuan kebajikan bulanan ke RM1,000 termasuk bagi yang tidak bekerja, yang dijangka berjumlah RM7 bilion bagi 7 bulan ke depan sehingga lengkapnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menjelang 31 Disember 2021 yang diharap mampu mencapai imunisasi kelompok meliputi 80% penduduk;
• Pelanjutan moratorium bayaran pinjaman bank secara automatik, tanpa melibatkan kelompok T20, sehingga PICK lengkap pada hujung tahun ini. Ini akan membantu 8 juta rakyat dan syarikat di Malaysia. Kos ini semestinya ditanggung industri perbankan, yang telah merekodkan keuntungan selepas cukai yang sihat berjumlah hampir RM23 bilion bagi 2020 berbanding RM32.3 bilion pada 2019;
• Memberi insentif pengambilan pekerja bagi jangka masa 2 tahun, melibatkan insentif gaji RM500 sebulan bagi pekerja warganegara dan insentif pengambilan kerja RM300 sebulan bagi majikan, yang dijangka mampu mewujudkan pekerjaan bagi 300,000 rakyat Malaysia dan menelan belanja RM6.5 bilion setahun. Pengangguran di kalangan belia kekal tinggi iaitu pada kadar 13.4% setakat Mac 2021;
• RM3.5 bilion bagi Kementerian Kesihatan untuk mempercepat serta mempermudah PICK, serta meningkatkan usaha saringan, mengenal pasti kontak rapat, serta merawat kes positif COVID-19, meningkatkan kapasiti serta keupayaan hospital termasuk peralatan perubatan dan sumber manusia untuk mengelak runtuhnya sistem kesihatan awam kita; dan
• RM28 bilion dalam bentuk geran; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pelanjutan kredit untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), pembinaan, peruncitan dan industri pelancongan yang terjejas teruk. Industri pelancongan kehilangan RM100 bilion tahun lalu, dan tanpa ‘talian hayat’ dari kerajaan sudah pasti industri ini akan hadapi masa depan yang amat kelam.
Pakej bantuan awal bernilai RM45 bilion ini, pada ketika penutupan penuh hampir semua sektor sewaktu PKP 3.0, bukanlah jumlah yang besar apabila dibandingkan dengan RM340 bilion yang telah dibelanjakan sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0.
Pakej bantuan RM45 bilion ini diperlukan untuk menggerakkan seluruh masyarakat bukan sahaja untuk mengalahkan COVID-19, tetapi juga untuk mengurangkan kesan buruk ekonomi akibat penutupan penuh sekarang di samping mengelakkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk.
Penyelesaian utama adalah vaksinasi. Kadar pemberian vaksin yang rendah, walaupun peruntukan RM5 bilion telah memakai dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, serta proses pendaftaran atas talian bagi vaksin AstraZeneca yang begitu kelam-kabut walaupun disediakan peruntukan RM70 juta, hanya menunjukkan betapa gagalnya kerajaan yang ada sekarang dalam menangani krisis ini.
Kegagalan seluruh kerajaan ini juga telah menyebabkan krisis COVID-19 ini menjadi satu malapetaka sehingga kita menyaksikan jumlah kes dan kematian tertinggi hari ini.
Maka pengumuman bahawa Jemaah Menteri tidak akan mengambil gaji selama 3 bulan tidak mampu mengimbangi kegagalan total kerajaan ini, atau meredakan rasa takut rakyat akibat COVID-19 mahupun betapa terdesaknya begitu ramai rakyat Malaysia yang mahu diberi vaksin sekarang.
Berapa sangat yang para Menteri dan Timbalan Menteri hilang dengan tidak mengambil gaji, apabila mereka masih menerima elaun bulanan Ahli Parlimen, malah lebih penting dari itu mereka masih mempunyai peruntukan tahunan RM5 juta.
Menteri-menteri tidak perlu menggunakan elaun Ahli Parlimen mereka untuk biaya staf dan pejabat atau untuk memberi bantuan kepada penduduk di kawasan mereka.
Sebagai langkah pertama menuju usaha menggarap seluruh masyarakat demi menangani wabak COVID-19, Parlimen mesti bersidang secepat mungkin dan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang perlu diberi peruntukan kawasan yang sama untuk membantu semua penduduk di kawasan mereka, sehingga pandemik COVID-19 ini tamat. COVID-19 memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira mereka penyokong PN mahupun PH.
YB DS Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)


01 Jun 2021.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/ph-bidas-mahiaddin-pakej-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Ransangan Pemerkasa Plus Sepatutnya Rm45b Bukan Rm5b

Pakej Ransangan Pemerkasa Plus Sepatutnya Rm45b Bukan Rm5b

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 222 hits
Pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Plus berjumlah RM40 bilion yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dianggap tidak berupaya membantu sektor ekonomi dan rakyat yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan total 3 0...
Pemerkasa Plus Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40 Golongan Terjejas

Pemerkasa Plus Moratorium Automatik Selama 3 Bulan B40 Golongan Terjejas

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 404 hits
Kerajaan telah mengumumkan pakej baharu bantuan PEMERKASA PLUS yang bernilai RM40 bilion yang bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi PKP 3 0 Selain itu tujuan pakej bantuan ini ialah untuk merangsang ekonomi rakyat Total Lockdown fasa p...
Pemerkasa Plus Kerajaan Perlu Beri Fokus Golongan M40 Selain B40

Pemerkasa Plus Kerajaan Perlu Beri Fokus Golongan M40 Selain B40

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 300 hits
Fareez AzmanJun 1 2021 Pengasas Gig X Global Shareen Shariza Abdul Ghani berkata ramai golongan M40 yang hilang pekerjaan kini berubah menjadi penghantar makanan Gambar hiasanKUALA LUMPUR Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan M40 yan...
Ini Senarai Inisiatif Pemerkasa Plus Yang Diumumkan Perdana Menteri

Ini Senarai Inisiatif Pemerkasa Plus Yang Diumumkan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 241 hits
Umum mengetahui pada 28 Mei lalu kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh di seluruh negara termasuk penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan bagi membendung penula...
Pemerkasa Plus Semakan Senarai Bantuan Pemerkasa

Pemerkasa Plus Semakan Senarai Bantuan Pemerkasa

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 443 hits
PEMERKASA PLUS SEMAKAN SENARAI BANTUAN PEMERKASA Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus sebagai inisiatif terbaharu kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi terutamanya eko...
Pemerkasa Plus Bayaran Bpr Tambahan Rm500 Akan Dikreditkan Jun Ini

Pemerkasa Plus Bayaran Bpr Tambahan Rm500 Akan Dikreditkan Jun Ini

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 318 hits
Berita baik untuk penerima BPR Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 diumumkan bahawa bayaran BPR tambahan akan diberikan kepada semua kategori penerima pada hujung Jun ini Bayaran BPR Tambahan Jun 2021 Berikut adalah jumlah...
Pm Annnouces Rm40b Pemerkasa Plus Aid As Lockdown Looms

Pm Annnouces Rm40b Pemerkasa Plus Aid As Lockdown Looms

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 289 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has announced RM40 billion in economic aid as the nation ticks towards a national lockdown that begins at midnight tonight In a televised announcement tonight Muhyiddin said the Pemerkasa Plus programme inclu...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Svg Ss25 Runway Svg Bukan Sekadar Jenama Fesyen

Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson