Kerajaan Pn Perlu Umum Pakej Ransangan Ekonomi Baru Kata Faiz


 



May 19  2021 Ekonomi negara dan rakyat Malaysia sangat memerlukan satu lagi suntikan fiskal pihak kerajaan dalam keadaan negara mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan sejak pertengahan Januari lalu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh lagi menunggu ekonomi negara pulih dengan sendiri tetapi harus terus proaktif menyokong proses pemulihan.
Menurutnya, walaupun darurat dan PKP dilaksanakan lebih tiga bulan lalu, namun masih tiada apa-apa pengumuman berkaitan pakej rangsangan ekonomi baharu oleh kerajaan PN.
Justeru, kerajaan perlu segera umumkan satu lagi pakej rangsangan ekonomi bersasar untuk kumpulan individu tertentu seperti orang kurang upaya (OKU), miskin bandar, ibu tunggal dan belia menganggur serta perusahaan kecil sederhana (PKS) dalam sektor ekonomi yang masih terumbang-ambing.
“Bukan itu sahaja, pakej rangsangan ini harus memberi tumpuan terhadap individu-individu yang terlibat dalam sektor informal kerana mereka ini selalunya terlepas daripada liputan banyak inisiatif kerajaan.
“Berdasarkan data Jabatan Perangkaan, setakat tahun 2019, hampir 1.3 juta rakyat Malaysia atau 8.3 peratus daripada jumlah pekerja tergolong sebagai pekerja sektor informal,” kata Faiz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dalam kenyataan pada Selasa.
Di samping itu, katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa untuk mengotakan janji beliau sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas untuk menaikkan kadar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000.
“Sudah hampir lapan bulan beliau berjanji meningkatkan elaun bulanan, namun tidak ada sebarang tindakan setakat hari ini. Jangan jadikan janji ini sekadar gula-gula pilihan raya.
“Dalam keadaan ekonomi hari ini, kenaikan elaun RM1,000 ini sangat relevan terutama dapat mengurangkan beban ramai penerima elaun JKM seperti OKU, ibu tunggal, pesakit terlantar dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, memandangkan kadar inflasi negara juga dijangka meningkat agak mendadak dalam bulan-bulan akan datang, kerajaan harus memastikan rakyat bersedia menghadapi cabaran kos sara hidup malah pasaran buruh terus lemah dan lebih 750,000 rakyat Malaysia, termasuk ramai graduan, masih menganggur setakat Mac 2021.
Menurutnya, kerajaan harus menggariskan pelan yang khusus untuk mendorong para majikan meningkatkan tenaga kerja mereka dan ini dapat dicapai jika kerajaan memperkenalkan inisiatif-inisiatif khas untuk mengurangkan beban kos tetap perniagaan, terutamanya PKS.
“Ramai pakar ekonomi menganggarkan PKP akan terus melemahkan proses pemulihan ekonomi negara dan berkemungkinan, sasaran kadar pertumbuhan ekonomi negara 6.5 peratus hingga 7.5 peratus untuk tahun ini tidak dapat dicapai.
“Fitch Solutions, dalam laporan terbarunya, hanya menjangkakan kadar pertumbuhan 4.9 peratus untuk tahun ini, jauh lebih rendah berbanding anggaran kerajaan.
“Kerajaan PN perlu bertindak segera memastikan kebajikan dan sosioekonomi rakyat terbela dan bukan hanya membela kepentingan politik dengan membayar elaun puluhan lantikan politik dalam kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/kerajaan-pn-perlu-umum-pakej-ransangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendagri Ingatkan Jangan Sampai Ada Klaster Baru Dari Kegiatan Agama Dan Ekonomi

Mendagri Ingatkan Jangan Sampai Ada Klaster Baru Dari Kegiatan Agama Dan Ekonomi

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 267 hits
Tito menambahkan penekanan tersebut tertuju bukan pada aktivitas keagamaannya namun pada penerapan protokol kesehatan
Kerajaan Digesa Lakukan Reformasi Pendidikan Bendung Gangguan Sek Suai Di Sekolah Kata Ain Husniza

Kerajaan Digesa Lakukan Reformasi Pendidikan Bendung Gangguan Sek Suai Di Sekolah Kata Ain Husniza

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 792 hits
nbsp Kerajaan digesa melakukan reformasi dalam sistem pendidikan negara bagi meningkatkan kesedaran para guru mengenai gang guan sek sual agar golongan pendidik itu sendiri tidak menyebarkan pemikiran toksik termasuk membuat jenaka rog0I di...
Pkp3 0 Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi Amp Sosial Pmo

Pkp3 0 Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi Amp Sosial Pmo

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 430 hits
Kerajaan hari ini bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3 0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri mesyuarat sidang khas tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri ...
Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

Kerajaan Perlu Bela Pekerja Bank Kata Kesatuan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 349 hits
Kerajaan perlu bela pekerja bank kata kesatuan nbsp Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 May 2021 6 55PM
Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 382 hits
May 14 2021 Kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup menunjuk perasaan tanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi PETALING JAYA Puad Zarkashi menggesa pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin fi...
Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 390 hits
May 13 2021 Dzulkefly Ahmad berkata kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2 0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3 0 kerana itu saja cara mudah untuk membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mem...
Ekonomi Akan Lebih Baik Tahun Ini Kata Pm

Ekonomi Akan Lebih Baik Tahun Ini Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 374 hits
Ekonomi akan lebih baik tahun ini kata PM Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 May 2021 11 35PM
Gambar Resolusi Tinggi Hajar Aswad Dikongsi Kerajaan Saudi Untuk Tatapan Umum

Gambar Resolusi Tinggi Hajar Aswad Dikongsi Kerajaan Saudi Untuk Tatapan Umum

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 458 hits
Gambar resolusi tinggi Hajar Aswad yang dikongsi kerajaan saudi melalui akaun twitter HaramainInfo sungguh cantik Gambar batu hitam suci yang diambil oleh Jabatan Pengajian Kejuruteraan Reasah Alharmain melalui teknologi Focus Stack Panoram...
Perjelas Garis Panduan Sekolah Bawah Pkp Kata Ph Kepada Kerajaan

Perjelas Garis Panduan Sekolah Bawah Pkp Kata Ph Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 365 hits
FMT Reporters May 5 2021Pakatan Harapan bertanya adakah sekolah yang terjejas oleh PKP akan segera ditutup atau sebaik cuti Hari Raya bermula PETALING JAYA Kementerian Pendidikan digesa memberi penjelasan mengenai status sekolah di enam dae...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Hentian Rehat Rawat Seremban

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Tantangan Ekonomi Unik China Analisis Masalah Dan Implikasinya

Setelah 2 Tahun