Pakatan Harapan Tidak Terkejut Parlimen Di Tangguh Rakyat Yang Tanggung Derita


 

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) tidak terkejut dengan keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangguhkan sidang Parlimen pada Isnin ini memandangkan sidang Dewan Rakyat pada petang Khamis lalu pun ditangguhkan dengan pelbagai alasan bagi mengelakkan perbahasan Ordinan Darurat.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan berlakunya jangkitan Covid 19 dalam kalangan petugas di Bangunan Parlimen tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menangguhkan sidang.
"Kita menemui Speaker pada hari Khamis dan beliau berdolak dalik seperti biasa mengatakan Ketua Pengarah Kesihatan dan akhirnya (penangguhan sidang) keputusan PM.
"Alasannya kes Covid meningkat. Kes 17,000 sudah berhari-hari. Apa yang dikejutkan. Kita ikut semua peraturan, sekatan. Ada masa ramai, ada masa kurang, semua diikuti tetapi ternyata PM memang tidak mahu adakan Parlimen.
"Ada Parlimen Khas itu kerana terpaksa akibat titah Tuanku untuk menghormati prinsip demokrasi berparlimen. Itu pun sidang khas, bahas terbatas, tidak ada pengundian," katanya dalam siaran Facebook, malam tadi.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, sidang Parlimen amat perlu membahaskan keadaan yang meruncing dalam negara dan diambil keputusan untuk melaksanakan pelan pemulihan negara secara yang paling wajar.
"Doktor terpaksa mogok  kerana tidak diberi layanan sebaiknya, bertahun-tahun. Hari ini dikerah mereka bekerja kuat tetapi tidak ada jaminan masa hadapan.
"Kemudian  hospital penuh sesak. Vaksin sekarang diuar-uarkan meningkat, tak ada cerita bahawa kita terlewat 6 bulan. Tidak berjawab kenyataan kita ada stok berjuta di Pharmaniaga (syarikat pengimport vaksin).
"Semua ini dipadamkan. Jadi untuk lari dari masalah ditiadakan Parlimen. Hari Khamis walaupun ada tetapi sebaik sahaja ada titah daripada Yang di-Pertuan Agong terus ditangguh.
"Kita yang menggesa dan mendesak Parlimen diadakan sebab kita telah diberi amanah. 72 Menteri diberikan amanah untuk mengendalikan negara. Mereka gagal," katanya.
Pakej pemulihan ekonomi pula, menurut Anwar, tidak dilakukan dengan betul. Malah kerajaan, katanya berbelanja kurang berbanding negara-negara lain. 
"Ada pelbagai pakej, ransangan, pemulihan, perkasa. Bunyi ratus bilion ringgit. Tetapi kita tahu  RM120 bilion itu wang KWSP, maknanya wang rakyat.
"Moratorium sebahagian diluluskan itu wang pinjaman yang perlu dibayar semula. Suntikan sebenarnya jauh lebih rendah daripada kebanyakan negara.
"RM83 bilion wang tetapi sebagaimana kita sebut dalam beberapa kes. Saya tanya spesifik, PPV mega seperti di PWTC, kontrak kecil diberikan, tidak ada jawapan memuaskan. Bagaimana penilaian prestasi ekonomi kita?
"Merujuk Economist atau Bloomberg itu, negara (di posisi) terakhir atau kedua terendah. Dalam (indeks) Neikkei untuk keupayaan negara menangani Covid kita masih  tercorot ditingkat paling rendah. Kalau ini keupayaan dilakukan, apakah kepimpinan yang ada sekarang (mampu) untuk mengendali?
"Yang diberitahu lockdown, PKP, PKPD. Kita di antara yang paling keras dan paling lama. Kerajaan tidak peduli langsung susah payah orang. Kita bercakap, bagaimanapun kemudian dia jawab ikut rentak dia. Ini menyebabkan anak-anak muda turut gelisah kerana pengangguran tinggi, pengangguran siswazah amat tinggi," katanya lagi.
Tambah Pengerusi PH itu, keadaan yang semakin buruk itu menyebabkan berlaku kebangkitan anak muda yang meluas. Mereka menyurakan pandangan di media sosial, gerakan massa malah turun ke jalan raya menunjuk perasaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/pakatan-harapan-ph-tidak-terkejut.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

Sidang Dewan Rakyat Tangguh Kami Tetap Mahu Turun Parlimen Kata Ahli Parlimen Pembangkang

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 340 hits
July 31 2021 8 50 PMSebilangan Ahli Parlimen pembangkang sepakat tetap akan hadir ke Parlimen Isnin ini sebagai tanda bantahan PETALING JAYA Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari ...
Keputusan 31 Ahli Parlimen Bn Guna Kewarasan Demi Rakyat Peja

Keputusan 31 Ahli Parlimen Bn Guna Kewarasan Demi Rakyat Peja

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 200 hits
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bagi mengadakan lawatan di Pusat Pemberian Vaksin IDCC Shah Alam Selangor Foto HAZROL ZAINAL SHAH ALAM Tindakan sekumpulan 31 ahli Parlimen Barisan Nasional yang meny...
Mesyuarat Khas Parlimen Ini Kronologi Perdebatan Ordinan Darurat Di Dewan Rakyat Sejak 26 Julai 2021

Mesyuarat Khas Parlimen Ini Kronologi Perdebatan Ordinan Darurat Di Dewan Rakyat Sejak 26 Julai 2021

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 291 hits
Umavathi RamayahJulai 29 2021 Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu Gambar failKUALA LUMPUR Tiga hari selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Has...
Rakyat Dikurung Dikompaun Perlukan Penjelasan Pm Kata Ahli Parlimen Pkr

Rakyat Dikurung Dikompaun Perlukan Penjelasan Pm Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 274 hits
July 27 2021 11 15 AMPerdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak boleh bersikap lepas tangan susulan pemakluman Takiyuddin Hassan Ordinan Darurat dibatal sejak 21 Julai lalu PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu memberi penjelasan...
Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 257 hits
Astro AwanJulai 27 2021 13 35 MYTTengku Razaleigh menegaskan dari awal beliau tidak pernah menyokong atau bersama sama dengan kerajaan yang ditubuh yan mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional Gambar failKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musa...
Menko Luhut Kita Punya Tanggung Jawab Ke Rakyat Dan Konstituen Jagalah Sikap

Menko Luhut Kita Punya Tanggung Jawab Ke Rakyat Dan Konstituen Jagalah Sikap

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 200 hits
Ia menegaskan perjuangan melawan virus varian delta belum selesai Dia meminta seluruh pihak kompak menyelesaikan masalah ini
Sidang Dewan Rakyat Sesi Pagi Tangguh Lebih Awal

Sidang Dewan Rakyat Sesi Pagi Tangguh Lebih Awal

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Persidangan Khas Dewan Negara hari ini ditangguhkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya iaitu pukul 1 petang Arahan itu dikeluarkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Datuk Rashid Hasnon selepas Dewan Rakyat berhenti 15 minit d...
Levels Of Investments

Berita Basi Di Ayer Kuning

Sle Autoimmune Disease

Saya Tak Pernah Kena Cakar Atau Terajang Adira Tepis Dakwaan Liar Bekas Madu Suruh Tanya Sendiri

Insurance For Young Drivers Navigating The Road To Affordable Coverage

678 Mario678 Info 9 September 678 30 678 Top 87 By Margery

Navigating Insurance In Miramar Beach Fl Protecting Your Coastal Lifestyle

Pengertian Dari Mesin Slot Online


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah Rumah Di Semabok Melaka

The Secret Language Of Whistles How Shepherds Communicate Across Mountains

Perlancaran Berani Gagal

Capitalist System Not On Our Side Over 60 Groups Issue 51 Demands

Heartwarming Video Goes Viral Celebrating The Contribution Of Foreign Workers

Workers Are In Greater Jeopardy Now Due To Speedy Technological Changes