Mesyuarat Khas Parlimen Ini Kronologi Perdebatan Ordinan Darurat Di Dewan Rakyat Sejak 26 Julai 2021


 
Umavathi RamayahJulai 29, 2021 Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu. - Gambar failKUALA LUMPUR: Tiga hari selepas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan behubung pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita kerana ia diumumkan sebelum mendapat perkenan Baginda
Susulan itu, selain sesi penerangan Menteri, kenyataan Takiyuddin menjadi antara perdebatan hebat dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat
26 Julai - Takiyuddin memaklumkan kerajaan sudah menarik balik semua enam Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu
Pengumuman mengenai pembatalan Ordinan Darurat menimbulkan bantahan daripada pihak pembangkang, yang menuntut agar Takiyuddin menjelaskan bila Ordinan berkenaan dibatalkan dan apa mekanisme yang diambil untuk pembatalan itu berkuatkuasa
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) menyifatkan tindakan kerajaan dalam pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut prosedur yang sepatutnya ibarat tindakan 'pasar malam'
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat kerajaan menarik balik Ordinan Darurat secara 'senyap-senyap' kerana khuatir berdepan kekalahan ketika pengundian di Dewan Rakyat
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (DAP - Bagan) turut mempersoalkan sama ada semua denda dan hukuman yang dikenakan termasuk berkaitan pelanggaran peraturan pencegahan COVID-19 turut terbatal berikutan pemansuhan Ordinan Darurat
27 Julai - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui beliau sendiri tertanya-tanya mengenai pengumuman kerajaan berhubung Ordinan Darurat yang didakwa telah dibatalkan pada 21 Julai lalu
Sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata Takiyuddin akan menerangkan mengenai pembatalan Ordinan Darurat serta isu-isu berkatain pada Isnin depan
Walaubagaimanapun, Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) pula menganggap tindakan untuk membincangkan Ordinan Darurat pada Isnin hanya 'membuang masa'
28 Julai - Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 36(12) mengenai Proklamasi Darurat dan pembatalan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai lalu yang 'mengelirukan' Dewan
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut membidas mengenai warta bagi membuktikan Ordinan Darurat dimansuhkan pada 21 Julai seperti didakwa Takiyuddin
29 Julai - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan tanpa mendapat perkenan Baginda
Sehubungan dengan kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Anwar Ibrahim memberitahu kenyataan Takiyuddin bukan sahaja menimbulkan krisis Perlembagaan, malah ia menghina institusi diraja, serta mengelirukan Dewan dan rakyat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/mesyuarat-khas-parlimen-ini-kronologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parlimen Akan Bahas Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini

Parlimen Akan Bahas Ungkai Ordinan Darurat Semasa Sidang Dewan Rakyat September Ini

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 179 hits
PUTRAJAYA Usul bagi membahas dan mengungkai Ordinan Ordinan Darurat boleh dibawa ke sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September ini kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri berkata sebelum ini proses pembatalan Ordinan ...
Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

Mesyuarat Khas Parlimen Ku Li Mohon Tukar Tempat Duduk Dalam Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 234 hits
Astro AwanJulai 27 2021 13 35 MYTTengku Razaleigh menegaskan dari awal beliau tidak pernah menyokong atau bersama sama dengan kerajaan yang ditubuh yan mengguna nama kerajaan Perikatan Nasional Gambar failKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Gua Musa...
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika Salahuddin

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika Salahuddin

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 217 hits
Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Umpama Kelas Tadika Salahuddin Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Salahuddin Ayub menganggap Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 26 Julai hingga 2 Ogos ini umpama kelas tadika Menuru...
Risiko Covid 19 Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Ditangguh

Risiko Covid 19 Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Ditangguh

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR 31 Julai Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli ahli Dewan Rakyat bertarikh hari...
Ini Pasar Malam Kah Ahli Parlimen Bengang Putrajaya Batalkan Ordinan Darurat Pada 21 Julai Tanpa Beri Pengumuman Awal

Ini Pasar Malam Kah Ahli Parlimen Bengang Putrajaya Batalkan Ordinan Darurat Pada 21 Julai Tanpa Beri Pengumuman Awal

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 363 hits
Ini pasar malam kah Ahli Parlimen bengang Putrajaya batalkan ordinan darurat pada 21 Julai tanpa beri pengumuman awalMenteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan semalam menjelaskan Putrajaya telah membatalkan semua peraturan ordina...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur