Pakar Perubatan Persoal Sukatan Suhu Tidak Tepat Langgar Sop


Oleh Sakini Mohd Said
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas dan kini PKP Bersyarat (PKPB), boleh dikatakan ramai yang sudah mengamalkan normal baharu dalam urusan kehidupan seharian.
Daripada budaya kerja, bidang pembelajaran kepada perniagaan, pergantungan kepada teknologi digital semakin ketara. Begitu juga amalan tatacara operasi piawai (SOP) yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Hendak masuk ke mana-mana pejabat dan pusat membeli-belah juga tidak semudah dahulu. Setiap daripada kita pada masa ini wajib melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam bangunan.
Benarlah, pandemik Covid-19 merubah banyak perkara dalam rutin kehidupan kita.
Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak Covid-19.
Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya?
Suhu rendah
Ini yang dipersoalkan oleh Pakar Paru-Paru Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini, selepas mengunjungi sebuah restoran di sekitar kawasan Petaling Jaya.
Pembantu perubatan memeriksa suhu badan pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINIBeliau yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran berkenaan terkejut sebaik melihat segala rekod suhu badan pelanggan sebelum ini yang dicatatkan mereka di sebuah buku.
Agak luar biasa menurut Dr Helmy kerana kesemua suhu badan pelanggan yang datang ke restoran itu adalah di bawah suhu 36.0 darjah selsius iaitu 33.0, 32.0, 31.5, 33.5, dan paling rendah adalah 29 darjah selsius, sesuatu yang langsung tidak masuk akal!
Ini kerana suhu badan manusia normal adalah antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius dan sekiranya melebihi suhu berkenaan seseorang itu dikira demam dan tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam sesebuah premis.
Seperti diketahui, gejala utama Covid-19 adalah demam dan saringan paling mudah untuk memastikan pelanggan sesebuah restoran, pekerja ke pejabat atau sesiapa sahaja untuk melangkah ke dalam bangunan merupakan seorang yang sihat adalah melalui bacaan suhu badan menggunakan termometer.
Itu yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi sektor ekonomi kerana kegagalan mematuhi SOP akan membuatkan mereka berhadapan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Tak guna buat saringan suhu badan sekiranya peralatan yang digunakan tak jitu. Use the right equipment and check your thermometers – we don’t want false assurances!” kata beliau dalam ciapannya di akaun @dochelmy.
Bernama yang menghubungi beliau baru-baru ini untuk bertanya lebih lanjut mengenai ciapannya itu dimaklumkan bahawa, keadaan tersebut jelas membuktikan pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam restoran berkenaan tidak disaring sebetulnya dan sudah tentu ia membimbangkan.
Ini kerana kemungkinan besar ada antara mereka mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5, mempunyai gejala Covid-19 seperti demam tetapi dibenarkan masuk apabila bacaan suhu rendah kerana tidak disaring sebetulnya oleh pihak premis.
Hal ini menjadi kerisauan Dr Helmy kerana berkemungkinan pelanggan tidak disaring sebetulnya ini merupakan pesakit Covid-19 tanpa mereka sedari yang akhirnya menjangkiti orang lain.
Kena tahu cara guna
“Kalau tengok catatan buku tersebut ada yang mempunyai suhu serendah 29 darjah selsius dan ia sangat tidak logik kerana itu sudah suhu tahap mayat. Suhu badan manusia walau di mana saja kita berada termasuklah di negara sejuk, akan tetap sama antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius.
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan ujian saringan suhu badan kepada pengunjung Pasar Seksyen 6, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI“Sekiranya ada yang mempunyai suhu bawah 36.0 darjah selsius adalah disebabkan mereka sakit seperti penyakit hypothermia tetapi tidaklah sampai serendah 29 darjah selsius.
“Perkara ini perlu diambil perhatian jitu kerana normal baharu yang menetapkan setiap individu diperiksa dahulu suhu badan sebelum masuk tidak akan berguna sekiranya tidak disaring sebetulnya.
“Bayangkan, pemilik restoran sudah bersedia lengkap mematuhi SOP ditetapkan tetapi disebabkan kesilapan bacaan suhu badan, kita bimbang ada kes demam berkait dengan Covid-19 terlepas masuk,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp.
Menurut Dr Helmy, ada beberapa faktor yang menyebabkan pembacaan suhu itu tidak tepat antaranya disebabkan kesilapan pengendalian alat berkenaan kerana tidak memahami sebetulnya tatacara penggunaan, kualiti mahupun aspek menyelaraskan fungsi tentukur termometer tidak diambil perhatian.
Walhal, amat penting sebenarnya alat tersebut diselaraskan fungsinya (menentukur) sebelum digunakan buat pertama kali dan juga sekiranya ia terjatuh mahupun apabila diguna berulang kali bagi memastikan bacaan yang akan diambil nanti adalah tepat.
Selain perlu juga memahami termometer mempunyai pelbagai jenis dan setiap alat pengimbas suhu ini adalah berbeza cara penggendaliannya.
Paling popular digunakan ketika ini oleh kebanyakan syarikat, restoran adalah termometer temporal artery atau juga dipanggil termometer dahi yang menggunakan sinaran inframerah untuk menentukan suhu pada dahi kerana agak mudah mengendalikannya serta tidak berlakunya sentuhan.
“Sebenarnya, pemeriksaan suhu paling tepat adalah menggunakan termometer merkuri di mana perlu meletakkannya di bawah lidah selama beberapa minit. Ia susah sikit berbanding dengan yang dipakai pada dahi,” jelas Dr Helmy.
Berbeza
Sementara itu, menurut Pakar Perubatan Kecemasan KKM, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, kepentingan untuk mengetahui fungsi setiap termometer ini penting bukan sahaja untuk memastikan bacaan suhu yang diambil tepat bahkan juga disebabkan cara bacaan suhu alat pengimbas itu adalah berbeza antara satu sama lain.
Berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial, Facebook miliknya selepas berhadapan insiden hampir serupa dengan Dr Helmy, beliau terkejut apabila ada penjaga pintu di satu premis yang dikunjunginya tidak tahu suhu yang betul untuk dibenarkan masuk.
Petugas keselamatan memeriksa suhu penghantar makanan di pusat membeli-belah Central i-City, Shah Alam pada 26 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI“Tak semua orang tahu kan. Oleh itu, kita perlu memberi sedikit penerangan tentang tatacara penggunaan termometer untuk saringan awal.
“Suhu badan normal adalah sekitar 36 darjah selsius hingga 37.4 darjah selsius. Maka suhu 37.5 darjah selsius atau lebih sudah dikira anda demam. Ini hanya untuk bacaan ‘thermoscan infrared’.
“Bacaan suhu dengan termometer jenis lain dikira demam adalah berbeza; ketiak >37.2 darjah selsius, mulut >37.8 darjah selsius dan rektum (punggung) atau telinga >38 darjah selsius.
Menurut beliau, cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk, mestilah dengan menggunakan termometer jenis infrared gun demi mengekalkan penjarakan 1 meter.
“Jarak menggunakan termo gun ini taklah terlalu jauh kerana ia akan memberi ralat dan tidak tepat pada bacaan. Perlu lihat tatacara penggunaan termo gun mengikut pengeluar.
“Penyaring perlu memakai PPE sekurang-kurangnya topeng muka. Penjarakan 1 meter adalah diwajibkan. Bateri termometer ini kena sentiasa diperiksa secara berkala juga,” katanya dalam status tersebut.
Golongan berisiko
Sememangnya, hal ini tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi, media sebelum ini ada melaporkan terdapat ramai individu membawa golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 seperti kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lepas.
Justeru, bayangkanlah apabila golongan berisiko tinggi ini berada di tempat awam yang tidak disaring betul suhu bacaannya dan berkemungkinan besar terdedah kepada jangkitan Covid-19 tanpa disedari. Bukankah ini membahayakan mereka?
Kerana itulah, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan adalah sebaiknya setiap daripada kita mengelak untuk berada di tempat awam sekiranya tidak ada keperluan penting biarpun sesuatu aktiviti itu dibenarkan mahupun premis itu lengkap dengan SOP ditetapkan.
Jangan mudah selesa dengan angka semasa Covid-19 yang ketika ini berlegar sekitar dua digit. Kecuaian dan kelekaannya memungkinkan Malaysia berdepan peningkatan penularan Covid-19 secara mendadak pada pertengahan Jun berdasarkan pemodelan dan ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) .
“Janganlah kita sesekali sia-siakan pencapaian agak cemerlang yang gigih lagi tekun kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 sehingga dikitiraf di peringkat dunia!
“(Apa yang kita lalui hari ini adalah) “norma baharu yang bersifat sementara sahaja” sehingga pandemik ini dapat diperangi dengan jayanya tidak lama lagi,” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/05/pakar-perubatan-persoal-sukatan-suhu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak Sukatan Sudu Tak Tepat Tak Sedar Beri Bahaya

Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak Sukatan Sudu Tak Tepat Tak Sedar Beri Bahaya

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 374 hits
Menurut kajian terkini penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengaki...
039 Hantu Durian 039 Dikompaun Langgar Sop

039 Hantu Durian 039 Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 355 hits
BALIK PULAU Seramai 22 pelanggan yang sedang menikmati durian di Sungai Pinang dekat sini termasuk pemilik tapak jualan dikompaun ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini Kesemua mereka beru
Lemak Wangi Ini Sukatan Tepat Nak Hasilkan Ketupat Daun Pisang Super Sedap

Lemak Wangi Ini Sukatan Tepat Nak Hasilkan Ketupat Daun Pisang Super Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 407 hits
Selain ketupat palas dan ketupat nasi ketupat daun pisang juga tidak kurang hebatnya di jadikan juadah pagi raya Tanpa menggunakan daun palas ketupat daun pisang yang popular bagi sesetengah masyarakat di utara ini menghasilkan ketupat pulu...
Pbt Berhak Tutup Taman Rekreasi Jika Ada Langgar Sop Ismail Sabri

Pbt Berhak Tutup Taman Rekreasi Jika Ada Langgar Sop Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 454 hits
Pihak berkuasa tempatan mempunyai hak untuk menutup kawasan rekreasi dan taman awam sekiranya mendapati ada pelanggaran prosedur operasi standard kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselam...
Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 494 hits
Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri jelas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menerusi sidang media harian mengenai Perintah
Mall Boleh Ikut Sop Kenapa Masjid Tidak Fuziah Salleh Persoal Kerajaan

Mall Boleh Ikut Sop Kenapa Masjid Tidak Fuziah Salleh Persoal Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 387 hits
Bekas timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh mempersoalkan kenapa kerajaan tidak membuka masjid dengan mengikut SOP seperti mana pusat membeli belah dibuka dalam status yang dimuatnaik ...
Cara Dapatkan Suhu Paling Tepat Jika Guna Oven Thermometer

Cara Dapatkan Suhu Paling Tepat Jika Guna Oven Thermometer

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 963 hits
Cara Dapatkan Suhu Paling TEPAT Jika Guna OVEN ThermometerBiasanya kalau kita baca resipi meskipun ada dinyatakan suhu tertentu namun tetap ditulis suhu bergantung pada kesesuaian oven sendiri
Sedapnya Kopi Ais Kaw Kaw Ini Sukatan Tepat Kalau Nak Sedap Rasa Padu

Sedapnya Kopi Ais Kaw Kaw Ini Sukatan Tepat Kalau Nak Sedap Rasa Padu

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 726 hits
Bosan menikmati air bancuhan biasa untuk berbuka puasa apa kata cuba kopi ais pula untuk berbuka nanti Menikmati secawan kopi ais yang kaw kaw rupanya memerlukan teknik dan cara bancuhan yang tepat Barulah rasanya sedap likat dan padu Nak t...
Pasar Bisik Kuala Muda Di P Pinang Ditutup 7 Hari Kerana Langgar Sop

Pasar Bisik Kuala Muda Di P Pinang Ditutup 7 Hari Kerana Langgar Sop

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 516 hits
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Mohd Wazir Khalid memberi amaran akan menahan mereka yang didapati ingkar dan menceroboh premis itu hari ini KEPALA BATAS Pasar Bisik Kua...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation