Pasar Bisik Kuala Muda Di P Pinang Ditutup 7 Hari Kerana Langgar Sop
   Bernama

Pegawai  Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan  
Kesihatan Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid memberi amaran akan menahan  mereka 
yang didapati ingkar dan menceroboh premis itu hari ini. (Gambar  Bernama)KEPALA BATAS: Pasar Bisik Kuala Muda di Penaga di sini diarah tutup 7  hari bermula 3 petang semalam kerana tidak mematuhi prosedur operasi  standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti  Makanan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKNPP), Mohd Wazir Khalid  berkata pasar itu tidak melaksanakan penjarakan sosial, pengambilan suhu  badan, kawalan keluar masuk pengunjung serta tidak menyediakan cecair  pembasmi kuman.
“Pihak jabatan telah melakukan pemantauan dan pemeriksaan di pasar  itu sebelum ini, namun ia umpama mencurah air ke daun keladi…boleh  dikatakan hampir 100% tiada amalan SOP di sini,” katanya selepas  melakukan pemeriksaan mengejut di pasar itu semalam.
Beliau berkata, semua pengusaha premis di pasar itu juga dikehendaki  menjalankan operasi pembersihan dan sanitasi sepanjang tempoh penutupan  bagi memastikan tiada penularan Covid-19.
“Jika keesokan hari pasar ini didapati masih ingkar dan ada pencerobohan di premis, kita akan laksanakan penangkapan.”
Terdahulu, keadaan di pasar berkenaan sedikit tegang apabila  rata-rata nelayan membantah tindakan penutupan oleh anggota JKNPP yang  disifatkan menyekat mata pencarian mereka.
Pengerusi Unit Nelayan Pasar Bisik Kuala Muda Penaga, Ariffin Mat,  54, berkata beliau sendiri sering mengingatkan nelayan supaya mematuhi  SOP Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
“Saya selalu ingatkan mereka mematuhi SOP, tapi memandangkan keluasan  pasar ini agak terhad, maka sukar untuk pihak nelayan kawal keadaan di  sini. Namun kami akur dengan arahan ini dan akan lebih berhati-hati  selepas ini demi kebaikan semua.”
   Penutupan pasar itu dibuat mengikut Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sementara itu, 42 orang yang melepak tanpa tujuan di pantai Seagate,  Bayan Lepas di George Town kelmarin dikompaun RM1,000 seorang kerana  melanggar SOP PKPB.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, A A Anbalagan berkata mereka terdiri daripada 30 lelaki dan 12 wanita berusia 20 hingga 45 tahun.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/pasar-bisik-kuala-muda-di-p-pinang.html