Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak Sukatan Sudu Tak Tepat Tak Sedar Beri Bahaya


Menurut kajian terkini, penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos. Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengakibatkan terlebih dos. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengapa sepatutnya kita jangan guna sudu untuk beri ubat kepada anak.

Adakah anda menggunakan sudu untuk mengukur ubat cecair?
Pernahkah anda tertanya-tanya pada diri anda sebenarnya boleh atau tidak menggunakan sudu untuk mengukur dos ubat cecair?
Kebanyakan ibu bapa pasti pernah menggunakan cara ini terutamanya ketika memberi anak ubat batuk atau selesema jenis cecair. Dan ketika itu, anda mungkin menganggap ia adalah normal.
Namun demikian, kajian ini mungkin akan mengubah persepsi anda. Sebaiknya, jangan guna sudu untuk beri anak ubat.
Dalam kajian yang dijalankan untuk melihat cara ibu bapa mengukur ubat cecair, para pengkaji mendapati bahawa 39% daripada ibu bapa salah mengukur dos ubat yang mereka mahukan dan 41% lagi salah mengukur ubat yang doktor preskripsikan.
Selain itu, ibu bapa yang menggunakan sudu untuk mengukur ubat juga cenderung tersalah dos sebanyak 2 hingga 3 kali dan tidak mengikut preskripsi doktor sebanyak 1 hingga 9 kali.
Kesan jangka masa panjang guna sudu untuk beri anak ubat
Dalam kajian terbaharu, seramai 200 individu dinilai. Mereka diminta untuk menuang 5 ml dos ubat selesema – bersamaan 1 sudu teh, ke dalam sudu yang pelbagai saiz.
Kemudian, mereka akan ditanyakan sama ada mereka yakin atau tidak dengan ubat yang telah dituang tersebut.
Keputusannya, sebanyak 11,6% kes terlebih dos berlaku pada sudu yang bersaiz besar dan 8,4% kes yang menggunakan sudu bersaiz sederhana pula terkurang dos.
Ia masih berlaku walaupun individu tersebut sudah amat yakin mengenai dos ubat yang dituang mereka.
Menurut Dr. Ian Paul yang merupakan seorang pensyarah Jabatan Ubat dan Kanak-kanak di Penn State College, Amerika Syarikat, amaun ubat yang dituang ke dalam sudu memang tidak akan tepat.
Ketidaktepatan dos ini akan membuat kanak-kanak lebih berisiko terlebih dos atau terkurang dos ubat. Ini kerana setiap ubat yang dipreskripsikan adalah berdasarkan kepada berat badan, kondisi kesihatan dan umur kanak-kanak.
Kanak-kanak juga adalah lebih sensitif berbanding individu dewasa. Oleh itu, sebarang kesilapan dalam dos ubat boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang serius seperti kes keracunan ubat yang pernah terjadi akibat salah dos ubat.
Apa yang ibu bapa perlu buat?
Untuk lebih yakin dan selamat apabila memberikan ubat kepada anak, jangan guna sudu. Sebaliknya, guna tutup botol pengukur atau picagari untuk mengukur dos ubat. Atau, anda juga boleh meminta kepada doktor sudu yang telah dicipta khas untuk mengukur dos ubat.
Selain itu, anda juga boleh meminta doktor menukar arahan ketika memberi anak ubat daripada penggunaan sudu kepada penggunaan ukuran ml untuk mengelakkan kesalahan dalam pemberian dos ubat kepada anak.
The post Jangan Guna Sudu Untuk Bagi Ubat Pada Anak, Sukatan Sudu Tak Tepat. Tak Sedar Beri Bahaya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jangan-guna-sudu-untuk-bagi-ubat-pada-anak-sukatan-sudu-tak-tepat-tak-sedar-beri-bahaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Lepaskan Marah Guna Tangan Jika Berterusan Anak Tak Lagi Percaya Ibu Ayah

Jangan Lepaskan Marah Guna Tangan Jika Berterusan Anak Tak Lagi Percaya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 378 hits
Pukul anak dengan niat untuk ajar bukan sesuatu yang boleh membantu Sebaliknya jika keadaan ini berterusan ia boleh membuatkan akan pendam perasaan dan tak mustahil bila besar akan menjadi anak yang semakin degil Menurut Terapis Cara Kerja ...
Bahaya Kalau Tak Jaga Mata Anak Yang Asyik Tengok Gajet Guna Formula 20 20 20 Ini

Bahaya Kalau Tak Jaga Mata Anak Yang Asyik Tengok Gajet Guna Formula 20 20 20 Ini

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 453 hits
American Association of Pediatric menyarankan agar kanak kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak sama sekali dibenarkan untuk menggunakan gajet Bagi kanak kanak berumur 2 ke 5 tahun masa yang dibenarkan adalah kurang dari dua jam sehari Baca I...
Tanpa Sedar Kita Guna Alat Mengendong Bayi Cara Salah Membahayakan Anak Semak Sebelum Guna

Tanpa Sedar Kita Guna Alat Mengendong Bayi Cara Salah Membahayakan Anak Semak Sebelum Guna

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 434 hits
Jika anda ingin menyiapkan kerja rumah tetapi dalam masa yang sama perlu menjaga bayi maka penggunaan alat mengendong bayi adalah pilihan yang baik Namun adakah alat mengendong bayi seperti anduh bayi atau baby carrier selamat untuk bayi an...
Jangan Lupa Pantau Diet Anak Di Rumah Ini Pesan Pakar Nutrisi Yang Anda Wajib Ambil Tahu

Jangan Lupa Pantau Diet Anak Di Rumah Ini Pesan Pakar Nutrisi Yang Anda Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 416 hits
Bagi ibu bapa yang bekerjaya kami yakin sepanjang musim wabak ni segalanya jadi terhad Mana taknya sambil sibuk bekerja dari rumah tanggungjawab kepada keluarga tetap tak boleh diabaikan Malah ada juga yang dah mula runsing soal diet anak a...
Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

Ibu Bapa Jangan Letih Nak Jawab Kalau Anak Tanya Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 365 hits
Perkembangan sosial kanak kanak bermula sejak bayi lagi Ia merupakan satu proses dimana mereka belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan budaya dan masyarakat setempat Apabila anak sudah mula pandai bercakap me...
Elak Karies Gigi Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu

Elak Karies Gigi Jangan Biarkan Anak Tidur Sambil Minum Susu

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 446 hits
Ibu bapa cenderung mengabaikan kebersihan gigi anak anak terutama sekali bayi yang baru mula tumbuh gigi susu Hal ini kerana anggapan gigi susu yang tidak kekal menjadi pegangan mereka Namun sebenarnya penjagaan gigi untuk bayi dan kanak ka...
Dodol Express Buat Sendiri Guna Sukatan Cawan Rasa Sama Macam Beli Di Kedai

Dodol Express Buat Sendiri Guna Sukatan Cawan Rasa Sama Macam Beli Di Kedai

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 849 hits
Bila dah dekat nak raya tentulah terasa nak makan dodol Musim PKP ni mana nak cari dodol fresh Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya gadget bread maker ni Ikuti resipi perkongsian daripada Jom belajar buat dodol guna bread maker Sena...
Kalau Anak Lambat Bercakap Guna Tip Yang Ibu Ini Kongsi Dari Pakar Kena Buat Secara Konsisten

Kalau Anak Lambat Bercakap Guna Tip Yang Ibu Ini Kongsi Dari Pakar Kena Buat Secara Konsisten

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 328 hits
Jika anak lambat bercakap memang buat ibu bapa risau cuma tak tahu nak buat apa Ada juga hanya membiarkan ia berlaku tanpa sebarang tindakan disebabkan ada yang kata tunggulah sehingga enam tahun anak boleh lah bercakap nanti dan ada juga k...
Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

Tolong Jangan Kecam Anak Saya Ibu Wanita Hamil Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 310 hits
KOTA BHARU Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa dia pulang ke kampung untuk bersalin bukannya semata mata untuk menyambut Aidilfitri Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim 50 ibu kepada wanita hamil positif COVID 19 dari Kuala Kr...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator