Pbt Berhak Tutup Taman Rekreasi Jika Ada Langgar Sop Ismail Sabri


Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk menutup kawasan rekreasi dan taman awam sekiranya mendapati ada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) jelas menggariskan aktiviti perkumpulan ramai termasuk dalam senarai aktiviti terlarang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kuasa menutup itu seperti Tasik Titiwangsa adalah hak PBT untuk mengambil tindakan menutup apabila melihat bahawa SOP telah dilanggari kerana berkumpul lebih daripada sepatutnya.

“Jadi, itu saya serahkan kepada PBT kalau di Kuala Lumpur, sudah tentulah DBKL yang boleh membuat keputusan, kalau ada tempat lain pun terserah kepada PBT masing-masing untuk membuat keputusan menutup atau tidak,” katanya pada sidang media harian perkembangan PKPB hari ini.

Semalam, DBKL menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur, ditutup sepenuhnya kepada awam bermula semalam, sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia bertujuan mengelak penularan wabak Covid-19 ekoran kehadiran ramai pengunjung ke taman tersebut.


Ismail Sabri berkata setakat semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 114 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPB.

“Daripada jumlah itu, seramai 86 individu direman manakala 28 individu dijamin.

“PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 433 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB namun tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 114 kompaun dikeluarkan di lapangan dengan 108 di sekatan jalan raya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata keputusan untuk kembali membenarkan suami isteri hujung minggu untuk merentas negeri hanya akan dibuat sebelum PKPB tamat pada 9 Jun ini.

Beliau berkata pihaknya memahami situasi yang dialami golongan berkenaan dan menerima permohonan untuk membenarkan mereka merentas negeri hampir setiap hari.

“InsyaAllah, kita akan tengok perkara ini dan jika kita rasa kita akan boleh benarkannya, saya akan umumkan tetapi tarikh tunggu sementara,” katanya.

Mengenai kebenaran merentas negeri bagi pelajar yang mendapat panggilan temu duga di institusi pengajian tinggi (IPT), Ismail Sabri berkata perkara itu masih tidak dibenarkan dan pelajar terbabit boleh ditemu duga secara dalam talian.

“Perkara ini telah pun dilaksanakan sebenarnya. Universiti sudah menjalankan temu duga secara dalam talian sejak bulan April lagi.

“Mungkin ada persoalan mengenai kawasan yang tiada talian internet, universiti telah membenarkan pelajar merakam video menggunakan telefon bimbit dan hantar kepada universiti,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata proses penghantaran pulang pelajar-pelajar IPT terus dilaksanakan dengan 287 orang lagi telah pulang ke Kota Kinabalu, Sabah melalui satu penerbangan dari Kuala Lumpur semalam.

“Hari ini, seramai 1,193 pelajar dijadualkan untuk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Ismail Sabri berkata Kementerian Pengajian Tinggi telah memastikan semua pelajar terbabit menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan pulang.

– Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/pbt-berhak-tutup-taman-rekreasi-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 509 hits
Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri jelas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menerusi sidang media harian mengenai Perintah
Ismail Sabri Nsc Moh Still Discussing Sop For Hair Salons

Ismail Sabri Nsc Moh Still Discussing Sop For Hair Salons

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 383 hits
The Standard operating procedure for hair salons to operate are still being discussed between National Security Council and Ministry of Health said Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Bernama file photo KU
Sop Ziarah Kubur Kerajaan Tunggu Keputusan Kkm Dan Mkn Ismail Sabri

Sop Ziarah Kubur Kerajaan Tunggu Keputusan Kkm Dan Mkn Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 309 hits
PUTRAJAYA 19 Mei Prosedur Operasi Standard bagi aktiviti menziarahi kubur semasa Aidilfitri hanya akan dikeluarkan sekiranya Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian kata Menteri Kan...
Semua Taska Boleh Operasi Dengan Sop Diperkemas Kata Ismail Sabri

Semua Taska Boleh Operasi Dengan Sop Diperkemas Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 315 hits
SEMUA taman asuhan kanak kanak kini dibenarkan beroperasi selepas prosedur operasi standard berkenaan premis jagaan kanak kanak itu sudah diperkemas kata Ismail Sabri Yaakob Menteri kanan keselamatan itu berkata SOP disediakan Kementeria
Ismail Sabri Businesses Required To Obtain Moh Guidelines Approval Before Sanitising Premises

Ismail Sabri Businesses Required To Obtain Moh Guidelines Approval Before Sanitising Premises

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 273 hits
Labuan Fire and Rescue Department personnel conduct disinfection works at the Labuan Urban Transformation Centre building File Photo KUCHING Private companies and businesses that wish to conduct sanitisation operations on their premises mus...
Pemimpin Politik Ngo Tidak Perlu Jadi Hero Kepada Pati Ismail Sabri

Pemimpin Politik Ngo Tidak Perlu Jadi Hero Kepada Pati Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 326 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pemimpin politik atau mana mana badan bukan kerajaan tidak perlu ambil kesempatan untuk menjadi hero kepada pendatang asing tanpa izin Beliau berkata negara mengambil tindakan yang betul dengan mena...
No Inhumane Handling Of Foreign Workers By Govt Ismail Sabri

No Inhumane Handling Of Foreign Workers By Govt Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 393 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob PUTRAJAYA Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yesterday refuted claims by certain quarters over the government s handling of foreign workers in the wake of the Covid 19 outbreak in the country
Undocumented Migrants Not Acceptable Casualties Lfl Tells Ismail Sabri

Undocumented Migrants Not Acceptable Casualties Lfl Tells Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 263 hits
CORONAVIRUS Human rights group Lawyers For Liberty has blasted Defence Minister Ismail Sabri Yaakob for saying that the government will not bow down to demands to protect migrants rights in its attempts to protect Malaysians from the Covid ...
Saya Pun Pernah Bujang Setiap Minggu Nak Jumpa Mak Ismail Sabri

Saya Pun Pernah Bujang Setiap Minggu Nak Jumpa Mak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 266 hits
Isu rentas negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat kerap kali menjadi topik utama untuk ditanya semasa sidang media Keselamatan oleh Menteri Keselamatan Datuk Ismail Sabri Yaakob Sebelum ini urusan merentas negeri sudah semakin...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told