Pakar Global Berkumpul Di Kuala Lumpur Sempena Adams 2024


Dalam usaha berterusan untuk memajukan bidang perubatan estetik, Ko Academy, sebuah pusat latihan di bawah Dr. Ko Skin Specialist, telah mengadakan edisi ketiga Sidang Kemuncak Perubatan Estetik dan Dermatologi Asia, atau lebih dikenali sebagai ADAMS 2024. Persidangan ini, yang diadakan pada 27 dan 28 Julai 2024 di hotel Shangri-La Kuala Lumpur, bertujuan untuk memajukan bidang dermatologi dan perubatan estetik di Malaysia dengan menyediakan platform kepada pengamal-pengamal perubatan estetik untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pandangan di peringkat global



ADAMS 2024, yang bertemakan ‘Simfoni Kecantikan: Gabungan Sains & Seni,’ telah mendapat sokongan lebih daripada 600 peserta persidangan, termasuk doktor pakar dan pengamal perubatan estetik. Acara ini turut menyediakan 50 gerai pameran, forum, pembentangan dan perkongsian kertas penyelidikan oleh pakar-pakar dari Malaysia, Singapura, Ukraine, Taiwan, Itali, Sepanyol, dan negara-negara utama lain dalam bidang dermatologi dan estetik

Seiring dengan tema ini juga, Ko Academy menekankan kepentingan peraturan dan polisi dalam persidangan melalui forum bertajuk ‘Membina Kepercayaan Melalui Peraturan: Memperjuangkan Amalan Selamat.’ Barisan panel termasuk Vicknesh Krishnan, Naib Presiden Healthcare di Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC); Nashirah Naimi, Penolong Pengarah Kanan di Medical Device Authority (MDA); dan Najmi Ismail, Penolong Pengarah Kanan di Medical Legislative Branch



Dato’ Dr. Ko Chung Beng, pengasas merangkap ketua pegawai eksekutif rangkaian Klinik Pakar Kulit Dr. Ko dan pengerusi jawatankuasa penganjur ADAMS 2024, dalam ucapan beliau menyatakan, “Tema tahun ini membuatkan kami sedar bahawa komitmen kami bukan sekadar memajukan amalan estetik tetapi juga melibatkan penyelarasan visi artistik dengan ketepatan saintifik untuk mengekalkan piawaian keselamatan dan kualiti yang tertinggi. Sama seperti simfoni yang menggabungkan pelbagai elemen untuk mencipta kecantikan, bidang kami berkembang melalui integrasi ini, supaya kita dapat membina kepercayaan dengan pesakit dan meningkatkan kualiti penjagaan yang kami berikan.”


Dr. Vivien See Kai Ying, presiden jawatankuasa penganjur ADAMS 2024 berkata, “Mengimbau kembali dua tahun pertama penganjuran ADAMS, kami amat berbesar hati menyambut pertambahan bilangan peserta persidangan yang meningkat dua kali ganda serta rakan kongsi yang lebih ramai menyertai kami. Matlamat kami sebagai penganjur adalah untuk menarik komuniti yang lebih besar dan pelbagai, memupuk kerjasama dan inovasi. Visi inilah yang  memacu kami untuk terus menambah baik ADAMS pada tahun ini dan siri-siri yang akan datang sekaligus menjadikannya acara utama dalam bidang estetik dan dermatologi serantau yang memberi inspirasi dan menyatukan industri kami.”
Pasaran perubatan estetik global dianggarkan bernilai kira-kira USD 19.2 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 12% dari 2024 hingga 2032. Dalam pasaran ini, segmen bukan pembedahan dijangka mencapai nila berjumlah USD 41.8 bilion menjelang 2032, mencerminkan peralihan ketara kepada prosedur yang kurang invasif



Di Malaysia, sektor perubatan estetik menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Pendapatan klinik-klinik perubatan estetik meningkat pada CAGR sebanyak 30.8% dari 2019 hingga 2021. Pada 2022, pasaran estetik domestik dianggarkan berjumlah RM 468.8 juta, dan dijangka berkembang pada CAGR sebanyak 18.8%, meningkat daripada RM 366.3 juta pada 2021 kepada RM 1.03 bilion menjelang tahun 2027. Trend ini mencerminkan peningkatan umum dalam perbelanjaan berkaitan kecantikan di negara ini, langsung memberikan gambaran yang dinamik dan berkembang pesat bagi industri estetik dan dermatologi

Tema "Simfoni Kecantikan: Gabungan Sains & Seni" merangkumi impak ADAMS 2024 yang lebih meluas terhadap industri perubatan estetik, menekankan keperluan untuk mengintegrasikan visi artistik dengan ketelitian saintifik. Gabungan harmoni ini adalah penting bukan sahaja untuk memajukan bidang terbabit tetapi juga untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam perubatan estetik. ADAMS 2024 bertujuan untuk memupuk persekitaran kolaboratif di mana idea-idea inovatif dapat berkembang, seterusnya meningkatkan kualiti penjagaan dan kepercayaan pesakit. Dengan mengumpul kepakaran dari pelbagai negara di bawah satu bumbung, ADAMS 2024 dijangka dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam lanskap perubatan estetik global dan merangsang pertumbuhan bidang tersebut di seluruh rantau Asia, dengan menekankan kepentingan piawaian keselamatan, kualiti, dan inovasi



Berpandukan jangkaan positif pertumbuhan industri estetik dan dermatologi di peringkat tempatan dan global, pasaran perubatan estetik Malaysia dijangka terus berkembang, didorong oleh inovasi, penguatkuasaan peraturan yang lebih ketat, dan permintaan pengguna yang semakin meningkat. ADAMS 2024 dilihat dapat memacu industri tersebut ke arah merealisasikan potensi Malaysia untuk menjadi peneraju serantau dalam perubatan estetik, menawarkan rawatan bertaraf dunia












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2024/07/pakar-global-berkumpul-di-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juara Golf Global Bergelora Bersaing Di Kejohanan Maybank 2024

Juara Golf Global Bergelora Bersaing Di Kejohanan Maybank 2024

papar berkaitan - pada 30/7/2024 - jumlah : 110 hits
Kejohanan Maybank yang bergengsi kembali untuk tahun kedua yang mencabar dengan jumlah hadiah tertinggi di rantau ini yang disahkan oleh Persatuan Golf Profesional Wanita Bersedia untuk menyaksikan pertempuran untuk kemuliaan golf apabila b...
Anugerah Honor Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih Rm621 000

Anugerah Honor Talents Global Design 2024 Tawar Hadiah Bernilai Lebih Rm621 000

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 255 hits
KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 baru saja membuka tirainya bagi menggalakkan bakat bakat muda yang kreatif untuk menerokai potensi gabungan teknologi dan seni yang tiada tandingan Bertemakan Inspire the ...
Pakar Keselamatan Menerangkan Bagaimana Masalah Global Dapat Dielakkan

Pakar Keselamatan Menerangkan Bagaimana Masalah Global Dapat Dielakkan

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 159 hits
Seluruh dunia telah mengikuti berita mengenai gangguan IT global yang mempengaruhi ribuan entiti perniagaan di seluruh dunia termasuk lapangan terbang dan bank Sudah diketahui bahawa gangguan ini disebabkan oleh isu pengemaskinian perisian ...
Buffet Dinner Bbq King Of Grill Di The Pearl Kuala Lumpur

Buffet Dinner Bbq King Of Grill Di The Pearl Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 210 hits
Bufet Dinner BBQ dengan pilihan makanan yang banyak Jom datang ke The Pearl Kuala Lumpur sempena Buffet Dinner BBQ King Of Grill Pelbagai pilihan makanan diatas meja bufet pasti buat anda tak senang duduk The Pearl Kuala Lumpur menjanjikan ...
The Boyz Lancar Konsert Perdana Di Malaysia Dengan The Boyz World Tour Zeneration Ii In Kuala Lumpur

The Boyz Lancar Konsert Perdana Di Malaysia Dengan The Boyz World Tour Zeneration Ii In Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 152 hits
Butiran akhirnya didedahkan Sensasi K pop yang diiktiraf di peringkat antarabangsa THE BOYZ dengan bangganya mengumumkan Jelajah Dunia ke 3 yang sangat dinantikan THE BOYZ WORLD TOUR ZENERATION II Dibawakan oleh Star Planet persembahan yang...
Pengalaman Staycation Stay And Indulge Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur

Pengalaman Staycation Stay And Indulge Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 163 hits
Pengalaman Staycation Stay And Indulge Di Hotel Cosmo Kuala Lumpur Assalamualaikum semua Yayyy mood holiday turn ON Eh bukan pi travel jejauh tapi staycation kali ni sis memilih untuk merehatkan minda di Kuala Lumpur sahaja Walaupun tiap ti...
Skyline Luge Kuala Lumpur

Skyline Luge Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 2/8/2024 - jumlah : 164 hits
Lokasi Skyline Luge Kuala Lumpur Alamat Persiaran Gamuda Gardens 1 Bandar Gamuda Gardens 48050 Sungai Buloh Selangor Waktu Operasi 10 00 tengah hari 6 00 petang 10 00 pagi 10 00 malam Tutup Harga Tiket RM 80 RM 70 RM 60 RM 50 RM 25 RM 20 Al...
Mandi Manda Di Legoland Water Park Sempena Splash Carnival 2024

Mandi Manda Di Legoland Water Park Sempena Splash Carnival 2024

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 168 hits
Mandi manda di Legoland Water Park Sempena Splash Carnival 2024 Kisah dua minggu lepas menghabiskan cuti hujung minggu bersama anak anak Bukan senang Babah nak cuti weekend jadi kita manfaatkan masa yang ada sebaiknya dengan mandi manda di ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri