Pakar Cadang Kos Simpan Pati Di Depot Tahanan Ditanggung Negara Rakyat Terbabit


Mizan berkata selain menghantar pulang kaedah lain mungkin boleh digunakan kerajaan adalah meminta pihak negara PATI itu menanggung segala kos sepanjang berada dalam tahanan di Malaysia.PETALING JAYA: Seorang pakar keselamatan bersetuju kerajaan segera menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam usaha mengurangkan kos pengurusan tahanan
Pakar Kajian Strategik dan Anti-keganasan Universiti Malaysia Perlis Mizan Mohammad Aslam berkata, kos tinggi terpaksa ditanggung kerajaan setiap tahun bagi mengurus PATI sepanjang dalam tahanan sepatutnya boleh digunakan untuk membantu rakyat
“Bebanan kewangan yang besar perlu ditanggung negara, RM3.5 hingga RM4 juta setiap bulan bersamaan lebih RM42 juta setahun adalah jumlah cukup besar bagi Malaysia
“Jumlah sebesar ini sepatutnya boleh dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya kepada FMT sambil memaklumkan dana besar itu juga boleh diperuntukkan untuk pihak keselamatan negara memperkemas dan menambah baik peralatan keselamatan termasuk yang uzur
Mizan yang juga ahli panel pakar deradikalisasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkata, selain menghantar pulang kaedah lain mungkin boleh digunakan kerajaan adalah meminta pihak negara PATI itu menanggung segala kos sepanjang berada dalam tahanan di Malaysia
“Jika kerajaan tidak dapat menghantar PATI ini pulang atas pelbagai isu termasuk Covid-19 ketika ini, maka jalan lain ialah meminta kerajaan masing-masing menanggung segala kos berkaitan, ia boleh dilakukan melalui kedutaan masing-masing atau melalui 1 sekretariat khas yang diwujudkan atas persetujuan menteri atau perdana menteri negara terbabit. Platfrom seperti Asean juga boleh digunakan
“Walaupun perkara ini tidak mampu dilakukan dalam sekelip mata, tetapi gerak kerja ke arah penyelesaian sebegini perlu dilakukan mulai sekarang
“Jika persetujuan diperoleh, untuk jangka panjang masalah PATI akan dapat ditangani. Pasti negara yang terlibat tidak mahu menanggung kos tidak sepatutnya, maka mereka akan menyekat kemasukan PATI ke Malaysia,” katanya
Beliau berkata, penempatan PATI di depoh tahanan imigresen secara beramai-ramai juga berisiko tinggi termasuk berdepan penularan Covid-19
“Mereka mempunyai pergaulan yang besar dan kehidupan tidak teratur. Sistem kehidupan yang kurang sesuai dan sesak ini dibawa ke dalam negara kita. Ini mengakibatkan penularan penyakit dalam kalangan PATI dan boleh dipindahkan kepada masyarakat sekeliling serta membahayakan petugas kesihatan serta keselamatan
“Malah bukan saja Covid-19, penyakit seperti polio dan lain-lain berkemungkinan bawaan pendatang asing juga akan berlaku yang mana Malaysia sebelum ini bebas sepenuhnya daripada penyakit itu akan diserang semula oleh bawaan boleh jadi daripada kalangan PATI,” katanya
Katanya, selain penyakit kehadiran PATI dalam masyarakat boleh menyebabkan lebih banyak masalah sosial termasuk percintaan dengan warga tempatan mengakibatkan anak luar nikah, buta huruf, judi, pelacuran, kemiskinan dan lain-lain
“Juga pertambahan kes jenayah disebabkan keperluan untuk mereka terus hidup dalam negara ini. Maka ada antara mereka yang terpaksa menyara kehidupan dengan perbuatan jenayah termasuk culik, rompak, tebusan, rogol, bunuh dan lain-lain lagi,” katanya memaklumkan kehadiran PATI turut menambahkan lagi jumlah pengangguran dalam kalangan warga tempatan
Katanya, rakyat negara ini yang terkesan dengan Covid-19 memerlukan pekerjaan dan ruang itu sepatutnya diisi oleh mereka berbanding PATI
Mizan berkata, mekanisme yang sesuai dan bersistematik perlu diwujudkan supaya masalah PATI tidak berpanjangan di Malaysia
“Satu pangkalan data yang bijak termasuk cop sepuluh jari, biasan retina dan bank data DNA (jika perlu) bagi setiap PATI perlu dimiliki dan dibangunkan. Kita tidak mahu PATI yang sama kembali ke negara ini dengan identiti berbeza. Ketirisan yang berlaku di negara mereka boleh merosakkan sistem keselamatan dalam negara ini melainkan dapat dibangunkan ‘profiling’ yang menyeluruh dan bijak
“Pelbagai sistem dan pihak yang terlibat perlu diperkukuhkan, ditambah baik dan diwujudkan baru jika perlu supaya masalah ini dapat dielak. Malaysia terlalu berisiko dengan ketiadaan integriti dalam kalangan segelintir penjawat awam dan pihak berkaitan yang bersekongkol membawa masuk PATI,” katanya
Semalam, ahli Parlimen Padang Serai M Karupaiya mengesyorkan kerajaan segera menghantar pulang PATI yang ditahan bagi mengurangkan kos pengurusan tahanan
Katanya, setiap bulan kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.5 juta atau RM42 juta setahun untuk menampung kos makanan tahanan di semua 14 depot imigresen
“Daripada jumlah itu, kos bagi setiap tahanan adalah RM12 sehari. Ini semua duit rakyat. Kita semua kena fikir cara yang efektif untuk selesaikan masalah PATI,” katanya
Mizan sebelum ini pernah mendedahkan pencerobohan PATI di perairan negara didalangi sindiket rakyat tempatan dan anggota agensi keselamatan yang dibayar RM1,000 bagi setiap warga asing
Beliau turut menyifatkan sindiket itu pengkhianat negara yang mengaut keuntungan dengan menggadai keselamatan negara
“Maklumat yang saya dapat, bayaran RM1,000 setiap kepala kepada pengkhianat ini. Maka 1 kapal yang dilepaskan mereka akan dapat laba RM250,000 hingga RM300,000,” katanya
Pendedahan itu turut disusuli siri tangkapan PATI dan sindiket dari dalam dan luar negara membabitkan beberapa negeri di Malaysia. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/07/pakar-cadang-kos-simpan-pati-di-depot.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Empat Kali Sehari Pati Tahanan Imigresen Dijaga Diurus Dengan Baik

Makan Empat Kali Sehari Pati Tahanan Imigresen Dijaga Diurus Dengan Baik

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 316 hits
Pegawai perubatan I Hariviran merawat salah seorang tahanan wanita ketika tinjauan pada liputan media eksklusif Op Benteng di Depot Tahanan Imigresen Belantik Foto BernamaSIK 26 Julai Ditatang bagai minyak yang penuh itu perumpamaan tepat b...
Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

Seludup Pati Malaysia Berdepan Industri Ratus Juta Setiap Tahun Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 291 hits
PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan berkata kemampuan Malaysia terhad untuk berdepan penyeludupan pendatang tanpa izin yang menurutnya industri mewah melibatkan keuntungan ratusan juta setiap tahun Mengambil contoh kes Rohingya pakar ka...
Rm201 185 Kos Makan Pati Sehari

Rm201 185 Kos Makan Pati Sehari

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 410 hits
Oleh Maszureen Binti Hadzman Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud KUALA LUMPUR Purata RM201 185 sehari dibelanjakan kerajaan bagi menampung kos makanan 15 552 pendatang asing tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabata...
Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

Semua Rakyat Malaysia Anda Jangan Leka Covid Menyerang Kembali Jika Tidak Berhati Hati

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 264 hits
Dari Dr Noor Hisham Semoga kita ambil maklum tentang keadaan semasa COVID 19 24 Julai 2020 Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan hari ini 5 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan 3 warganegara Ma...
Rakyat Malaysia Dalangi Sindiket Perjudian Di Thailand Diburu

Rakyat Malaysia Dalangi Sindiket Perjudian Di Thailand Diburu

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 303 hits
BANGKOK Polis Thailand melumpuhkan sindiket perjudian dalam talian dan menahan 16 pekerja dalam satu serbuan di sebuah kondominium di wilayah selatan Narathiwat dalangnya sedang diburu yang dipercayai warga Malaysia Pegawai penyiasat di Sun...
Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

Covid 19 Kes Positif Kembali Ke Dua Angka Kkm Gesa Rakyat Terus Patuh Sop

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 371 hits
Walaupun tiada sidang media harian berkenaan perkembangan Covid 19 di televisyen pada hari ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia masih memuat naik laporan berhubung pendemik tersebut di media sosial Setakat hari ini jumlah kes sembuh dan...
Shafie Mahu Laporan Cubaan Beli Wakil Rakyat Sabah Disiasat

Shafie Mahu Laporan Cubaan Beli Wakil Rakyat Sabah Disiasat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 244 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan tentang cubaan ejen politik membeli wakil rakyat negeri itu Ahli Parlimen Semporna itu berkata sebilangan wakil rakyat membuat laporan polis mendakwa mereka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities