Makan Empat Kali Sehari Pati Tahanan Imigresen Dijaga Diurus Dengan Baik


Pegawai perubatan I. Hariviran merawat salah seorang tahanan wanita ketika tinjauan pada liputan media eksklusif Op Benteng di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Belantik. — Foto Bernama
SIK, 26 Julai — Ditatang bagai minyak yang penuh, itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan layanan kerajaan terhadap pendatang tanpa izin, yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen (DTI), kerana menceroboh negara ini.

Mereka yang jelas adalah pendatang haram, tetapi diberikan kemudahan kesihatan, makan dan minum empat kali sehari, serta beberapa keperluan lain, bagi memastikan hak asasi manusia terpelihara sebelum warga asing ini dihantar pulang, ke negara masing-masing.

Seorang wanita Indonesia dikenali sebagai Siti, 40, berkata, beliau diberikan layanan yang baik oleh pihak Imigresen, meskipun masuk ke negara ini secara tidak sah melalui jalan laut.

“Di tempat ini kami (warga asing) diberi makan secukupnya saya masuk Malaysia sebab ingin bekerja untuk sara anak perempuan umur dua tahun, yang ditinggalkan di Indonesia,” katanya ketika ditemui Bernama di DTI Belantik di sini, semasa liputan media eksklusif Op Benteng.

Op Benteng adalah operasi khas di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF), melibatkan beberapa pasukan keselamatan seperti ATM, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem), untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi pendatang tanpa izin.

Tinjauan di depot itu mendapati, terdapat seorang pegawai perubatan bertugas di tempat itu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, bagi memberi rawatan kepada warga asing yang tidak sihat, dan terdapat ruang pondok telefon disediakan, untuk membolehkan tahanan menghubungi ahli keluarga.

Sementara itu, tahanan lelaki warga Myanmar dikenali sebagai Kyau, 23, pula memuji layanan pihak Imigresen terhadap semua warga asing, yang berada di Depot Tahanan.

“Di sini semua cukup, makan minum semua dijaga saya kena tahan tahun lepas (2019) kerana tidak ada dokumen sah, dan sekarang sedang tunggu untuk dihantar balik ke Myanmar.

“Saya dulu masuk Malaysia dengan berjalan kaki dari Myanmar dan Thailand, sampai di sempadan Malaysia saya perlu bayar lebih RM2,000 untuk masuk,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Dalam pada itu, Pengarah Imigresen Kedah Zuhair Jamaluddin berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM3 juta setahun, untuk kos makan dan minum pendatang tanpa izin, yang berada di depot tahanan.

“Kalau ada tahanan yang tidak sihat kami rawat di depot, tetapi jika libatkan penyakit serius, mereka akan dibawa ke hospital berdekatan, untuk rawatan.

“Sebagai contoh ada kes kelahiran di depot tahanan dan pihak imigresen bantu tahanan, dengan memberikan kemudahan yang sewajarnya,” katanya.

Zuhair berkata ketika ini, 1,187 pendatang tanpa izin berada di DTI Belantik dan proses penghantaran pulang mereka ini sedang dilaksanakan, dengan kerjasama kedutaan masing-masing.
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/makan-empat-kali-sehari-pati-tahanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm201 185 Kos Makan Pati Sehari

Rm201 185 Kos Makan Pati Sehari

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 410 hits
Oleh Maszureen Binti Hadzman Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud KUALA LUMPUR Purata RM201 185 sehari dibelanjakan kerajaan bagi menampung kos makanan 15 552 pendatang asing tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabata...
Viral Kades Bunuh Diri Tulis Pesan Lebih Baik Berdosa Satu Kali Lagi Daripada Setiap Hari Terpaksa Bohong

Viral Kades Bunuh Diri Tulis Pesan Lebih Baik Berdosa Satu Kali Lagi Daripada Setiap Hari Terpaksa Bohong

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 706 hits
Kabar menghebohkan datang dari Sulawesi Barat Seorang kepala desa ditemukan bunuh diri dan menuliskan pesan menyentuh Kasus ini sedang ditangani oleh pihak kepolisian Sejumlah fakta mengejutkan setelah Kepala Desa Buangin Kecamatan Rentebul...
Pakar Cadang Kos Simpan Pati Di Depot Tahanan Ditanggung Negara Rakyat Terbabit

Pakar Cadang Kos Simpan Pati Di Depot Tahanan Ditanggung Negara Rakyat Terbabit

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 186 hits
Mizan berkata selain menghantar pulang kaedah lain mungkin boleh digunakan kerajaan adalah meminta pihak negara PATI itu menanggung segala kos sepanjang berada dalam tahanan di Malaysia PETALING JAYA Seorang pakar keselamatan bersetuju kera...
Sistem Imigresen Terjejas 4 489 Kali 214 398 Pendatang Tiada Rekod Keluar

Sistem Imigresen Terjejas 4 489 Kali 214 398 Pendatang Tiada Rekod Keluar

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR 14 JULAI Seramai 214 398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia bagi tempoh 2016 hingga 2018 demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini Menurut lapora...
Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

Obses Cuci Muka Banyak Kali Sehari Untuk Elak Diserang Wabak 4 Sebab Kenapa Tindakan Ini Salah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 211 hits
Tak sangka 2020 merupakan tahun yang melelahkan buat kita Ingatkan betul lah dah ada kereta terbang menghiasi langit tapi lain pula cerita apabila semua umat manusia kini hidup dalam ketakutan dek jelmaan raksasa COVID 19 Nak keluar rumah p...
Kunjungi Pesantren Kapolsek Ini Kaget Uang Makan Santri Rp 2 Ribu Sehari

Kunjungi Pesantren Kapolsek Ini Kaget Uang Makan Santri Rp 2 Ribu Sehari

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 169 hits
Rasa haru dan kaget tak tertahan di hati Kapolsek Samigaluh Kulonprogo AKP Heru Meiyanto saat berkunjung ke sebuah pesantren yang ada di wilayah tugasnya Pasalnya dizaman yang serba mahal saat ini dirinya menemukan fakta uang makan para san...
Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

Resipi Nasi Ayam Paling Mudah Confirm Anak Makan Tambah Berkali Kali

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 400 hits
Hujung minggu kita selalunya nak masak yang special sikit untuk famili tapi hidangan itu mesti mudah sebab ada banyak kerja rumah yang nak dibuat waktu cuti ini
Gbp Usd 17 Julai Laporan Cot Anti Rekod Baru Di As 77 Ribu Kes Baru Sehari Dolar As Sekali Lagi Boleh Mendapat Tekanan

Gbp Usd 17 Julai Laporan Cot Anti Rekod Baru Di As 77 Ribu Kes Baru Sehari Dolar As Sekali Lagi Boleh Mendapat Tekanan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 280 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 Jam Salam sejahtera pedagang Merujuk kepada carta 1 Jam harga bagi pasangan mata wang GBP USD ini telah membuat pembalikan baru yang memihak kepada mata wang AS dan memulakan proses menurun baru ke arah ga...
Jana Usd 3 Hingga 4 Angka Sehari Dengan Dropship

Jana Usd 3 Hingga 4 Angka Sehari Dengan Dropship

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 307 hits
Rahsia Shopify Jana USD 3 hingga 4 Angka Sehari Dengan Dropship Dropship adalah satu sistem perniagaan yang asas dan tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang besar Ramai rakan niaga menggunakan sistem dropship di awal permulaan dalam d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner