Pak Long Mail Mengaku Nervous Ketika Hari Pertama Buat Sidang Media Harian Pkp



KUALA LUMPUR, 12 Jun  — Sejak hampir tiga bulan lepas, apabila negara dilanda pandemik COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi ‘wajah kesayangan’ rakyat Malaysia

Kemunculan beliau yang berperanan sebagai menteri yang menyampaikan laporan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam sidang media harian pukul 2.00 petang setiap hari dinantikan rakyat, selain Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang akan membentangkan laporan harian kesihatan mengenai COVID-19 pada 5.00 petang

Dalam satu wawancara khas untuk sebuah dokumentari mengenai PKP dengan Bernama TV baru-baru ini, Ismail Sabri berkongsi cabaran dan rutinnya menyampaikan sidang media termasuk cerita di sebalik pakaiannya yang turut ‘mencuri’ perhatian penonton dan warganet:
S: Datuk Seri dipertanggungjawabkan menjaga kementerian dan juga muncul di kaca TV setiap hari. Perasaan pada sidang media yang pertama sejak PKP

J: Nervous (Gementar). Sidang media dibuat selepas mesyuarat pertama Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk menyelaras apa yang dibuat oleh kementerian lain. Sudahlah hari itu mesyuarat pertama, agak gementar juga mempengerusikan mesyuarat pertama dalam kalangan menteri-menteri yang dahulunya duduk di kerusi berlainan (fahaman politik) dengan saya

Ada lebih kurang 20 menteri berkaitan yang wajib ada dalam mesyuarat itu berserta dengan agensi berkaitan yang lain


Sudah tentu ini merupakan satu perkara yang saya anggap merupakan tugas yang amat berat kerana saya terpaksa memberikan makluman terkini kepada rakyat, yang kita tak tahu sejauh mana penerimaan rakyat kepada apa yang saya lakukan

Pengumuman harian itu penting kepada rakyat. Apatah lagi ketika itu PKP ini masih terlalu awal untuk rakyat memahami dan lebih memberatkan saya adalah saya terpaksa menyekat banyak perkara, rutin harian rakyat, saya akan memaklumkan ini tak boleh, itu tak boleh, sudah tentu perasaan saya ketika itu adalah begitu gementar kerana takut tidak dapat diterima oleh rakyat

S: Pastinya sebelum sidang media tersebut, ada amanat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Boleh Datuk Seri kongsikan

J: Perdana Menteri tentu sahaja minta tidak ada isu ataupun tindak balas yang negatif daripada rakyat, untuk saya memastikan tidak ada tindak balas negatif daripada rakyat itu lebih sukar kerana pertama kali kita berhadapan perkara-perkara ini

S: Buat pertama kali dalam sejarah negara, seluruh jentera pentadbiran negara digerakkan bagi memastikan PKP dikuatkuasakan dan Datuk Seri menggalas tanggungjawab berat apabila perlu mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut disertai sejumlah besar menteri Kabinet yang lain. Bagaimana kerjasama daripada anggota mesyuarat lain

J: Mesyuarat khas menteri-menteri dihadiri oleh hampir 20 kementerian, jadi mesyuarat ini melibatkan lebih daripada separuh menteri Kabinet, hampir dua pertiga daripada ahli Kabinet

Itu tidak termasuk ketua jabatan lain seperti Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia), APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia), Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) dan pelbagai jabatan lain

Sejak hari pertama lagi saya mendapat kerjasama terbaik daripada rakan-rakan menteri Kabinet dan juga ketua-ketua jabatan

S: Setiap hari muncul di kaca TV, Datuk Seri dilihat begitu yakin setiap kali muncul pada sidang media, menjawab soalan dengan begitu mudah dan kadangkala sambil berjenaka. Bagaimana Datuk Seri mendapat semangat dan keyakinan untuk berdepan dengan media dan rakyat dalam membentangkan perkembangan PKP setiap hari

J: Rutin saya bermula dengan mesyuarat khas menteri-menteri pada pukul 9.00 pagi setiap hari. Pada ketika ini semua input untuk saya bentangkan laporan harian akan dikumpulkan

Sejak PKP dilaksanakan rutin ini berlarutan tujuh hari seminggu, tidak ada cuti, hujung minggu dan cuti umum pun mesyuarat juga kecuali hari raya pertama, itu dah dipersetujui semua

Selepas itu sebelum saya muncul di TV, saya ada kumpulan yang membantu terdiri daripada pegawai-pegawai saya, SUA (setiausaha akhbar) saya dan UKK (unit komunikasi korporat)

Saya juga dibantu oleh ‘war room’ PMO (Pejabat Perdana Menteri), terdiri daripada pelbagai pihak termasuk media pun ada. Jadi sebelum saya menjawab, kita telah bincang

Dan saya lebih mudah untuk menjawab kerana kita telah buat jangkaan soalan-soalan daripada media, ia mestilah berkisar perkara yang diperkatakan pada hari sebelum dan pada hari itu, soalan media tak lari jauh daripada apa yang dibincangkan oleh rakyat

Saya juga mendapat maklum balas orang ramai daripada (aplikasi) WhatsApp, ramai yang tahu nombor saya dan akan sampaikan pandangan mereka, apa yang tak puas hati disuarakan kepada saya

Begitu juga komen-komen dalam FB (Facebook) dan Instagram saya, pandangan itu saya ambil dan berbincang dengan war room. Sebab itulah nampak agak relaks sikit daripada segi menjawab soalan

Saya terpaksa menunjukkan keyakinan kerana saya mewakili kerajaan, saya memberi nasihat supaya rakyat patuh dan sebagainya, bayangkan jika saya gementar di depan kamera, akhirnya orang takkan yakin dengan saya dan kalau orang tak yakin dengan saya, tentulah tak yakin kepada kerajaan kerana saya berdiri setiap hari di depan TV mewakili kerajaan

S: Adakah Datuk Seri melihat maklum balas daripada rakyat yang Datuk Seri dapati hasil daripada pantauan media sosial membantu memperkasakan PKP

J: Benar, saya percaya memang pandangan daripada rakyat membantu memperkasa dan mempermudahkan kerja-kerja yang saya lakukan. Ini kerana mereka terlibat secara langsung, mereka berada di akar umbi, apa yang kita putuskan (disampaikan) terus kepada diri mereka

Kalau ada isu yang mereka tak puas hati mereka beritahu saya, sebenarnya itu melalui pengalaman mereka, mereka beri pandangan macam mana (untuk) tingkatkan (SOP), sebab itu saya catatkan dan kita akan bincang dalam mesyuarat khas menteri-menteri

Banyak yang saya bawa dalam mesyuarat dan saya akan kata ini adalah pandangan daripada rakyat di akar umbi

S: Pada pandangan Datuk Seri, apakah hikmah dan pengajaran terbaik yang boleh rakyat Malaysia peroleh daripada COVID-19

J: Kerjasama. Kalau ikutkan, naluri kita sebagai manusia memang suka bebas dan tak suka disekat daripada segi pergerakan, apabila kita terpaksa hadkannya, amat sukar untuk rakyat memahaminya

Tetapi akhirnya mereka akur dan bekerjasama dengan mengambil tindakan mengawal diri sendiri iaitu kawalan kendiri, kalau kita buat survei selepas sebulan adakan PKP, rakyat sendiri minta supaya jangan dilonggarkan, malah minta ia dilanjutkan kerana merasa belum selamat, inilah satu perkara yang berlaku kepada rakyat kita

Jika kita lihat di negara lain, rakyat mereka adakan bantahan terhadap kerajaan kerana laksanakan PKP, tetapi di negara kita menerima dan mematuhi normal baharu yang ditetapkan

Kalau dulu siapa yang nak beratur sampai setengah jam sehingga 45 minit kalau nak masuk pasar raya, sekarang ini rakyat sendiri sanggup beratur, pakai pelitup muka, dikawal pula bilangan nak masuk ke dalam premis, kerana mereka sedar itulah yang terbaik untuk keselamatan mereka

Daripada maklumat yang disampaikan PDRM (Polis Diraja Malaysia), tahap pematuhan rakyat Malaysia kepada setiap kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan adalah pada tahap lebih 95 peratus

Kita juga ada perkhidmatan KKM (Kementerian Kesihatan) yang terbaik, tetapi tanpa kerjasama daripada rakyat kita juga takkan berjaya mengharunginya

S: Bagaimana rutin harian ini memberi kesan kepada rutin hidup Datuk Seri dan daripada segi mengekalkan kesihatan bagaimana Datuk Seri menjaga pemakanan harian bagi memastikan diri sentiasa sihat berdepan dengan rakyat

J: Daripada segi rutin pastinya berubah. Sejak COVID-19, memang padat sebab rutin hidup berubah mendadak, masa untuk diri sendiri hampir tiada

Hampir tiga perempat daripada hari saya memang banyak dihabiskan di Putrajaya, saya juga mengambil masa untuk memantau media sosial saya, biasa pukul 2.00 pagi baru saya akan melelapkan mata

Jika ditanya apa vitamin yang saya makan untuk mengekalkan kesihatan, saya makan seperti biasa. Vitamin saya makan multivitamin asas dan vitamin C

S: Sidang media Datuk Seri bukan hanya dinanti untuk rakyat mengetahui perkembangan mengenai PKP, mendengar nasihat dan kata-kata semangat, tetapi juga rakyat ternanti-nanti mahu melihat baju apa yang dipakai oleh Datuk Seri setiap hari, mungkin Datuk Seri boleh ceritakan bagaimana Datuk Seri mendapat idea memakai baju yang menarik perhatian

J: Sebenarnya ia bukan bermula dengan idea pun, secara rasminya pakaian saya untuk hari bekerja Isnin hingga Jumaat saya pakai baju kerja. Saya tidak pakai sut, tidak pakai tali leher, tidak pakai blazer kerana saya berpandangan, apabila saya pakai baju (kemeja) lengan panjang yang dilipat, walaupun rasmi, tetapi saya rasa saya lebih dekat dengan rakyat

Dengan pakaian itu, saya bukanlah pemimpin yang jauh dengan mereka (rakyat), tetapi sebahagian daripada mereka, jadi pakaian saya rasmi, tetapi agak santai

Pada hari Khamis pula memang dari dulu saya pakai baju batik, dan Jumaat baju Melayu, tetapi kerana PKP tidak ada solat Jumaat, saya tak pakai baju Melayu

Hari Sabtu memang hari santai, tetapi saya tidak mahu terlalu santai walau Sabtu Ahad itu hari cuti, kerana saya mewakili kerajaan, kerana walau hujung minggu apa yang disampaikan adalah rasmi, sama sahaja dengan hari biasa iaitu saya selaku penyampai laporan harian rasmi daripada kerajaan

Oleh itu, saya memilih baju batik untuk saya pakai, dan baju batik pertama yang saya pakai hari itu mengubah segala-galanya. Saya hanya ambil baju batik saya yang memang dari dulu pun berwarna-warni, apabila saya pakai, tiba-tiba dah jadi trending (sohor kini)

Bukanlah tujuan asal untuk menjadikannya trending. Mungkin bila orang duduk di rumah sewaktu PKP, warganet jadi terlalu kreatif dan mula membandingkan baju dengan kuih. Saya bukan setakat jadi model batik, tetapi model kuih

Saya bertuah menantu saya seorang pereka fesyen, Jovian Madagie dan dia pun juga ada reka baju batik untuk saya, jika koleksi baju lama itu isteri saya yang sama-sama pilih baju mana yang saya perlu pakai

Saya difahamkan selepas saya pakai baju batik tu, ramai yang tidak tahu batik Malaysia ini begitu bagus dari segi rekaan dan sebagainya, saya difahamkan selepas tular ramai dah ikut dan berminat untuk membeli

Baru-baru ini, saya pakai baju batik daripada Karyaneka di bawah MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) sebelum ini ramai anggap kalau bawah kerajaan rekaannya tak menarik, bila saya pakai motif Sarawak sempena Hari Gawai, tak sangka ramai mula masuk laman web Karyaneka untuk beli baju batik

Dari satu segi bukan setakat saya pakai tetapi memperkenalkan batik kita yang selama ini tidak trending terutama dalam kalangan orang muda, tetapi dengan rekaan-rekaan yang nampak ceria itu orang muda juga akan pakai baju batik

Sumber: Bernama via Siakapkeli.my

from Sehinggit Media https://ift.tt/2Uy4kJN
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/pak-long-mail-mengaku-nervous-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Lagi Baju Kuih Pak Long Mail Sidang Media Hanya 3 Kali Sahaja Seminggu

Tiada Lagi Baju Kuih Pak Long Mail Sidang Media Hanya 3 Kali Sahaja Seminggu

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 301 hits
Selepas Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa tiada lagi sidang media setiap hari untuk perkembangan Covid 19 hari ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memaklumkan perkara sama bagi sidang media keselamatan Perkara tersebut diumumkan o...
Ismail Sabri Akui Gementar Sidang Media Pertama Pkp

Ismail Sabri Akui Gementar Sidang Media Pertama Pkp

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 244 hits
Sejak hampir tiga bulan lepas apabila negara dilanda pandemik COVID 19 Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula menjadi wajah kesayangan rakyat Malaysia Kemunculan beliau yang berperanan sebagai menteri yang menyampaikan laporan pe...
Pak Wan Masih Dikuarantin Nafi Anjur Sidang Media

Pak Wan Masih Dikuarantin Nafi Anjur Sidang Media

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 306 hits
Selepas Menteri Wanita dan Keluarga Pejabat Menteri Tugas Tugas khas pula turut menafikan akan melakukan satu sidang akhbar hari ini Melalui kenyataan Media sebentar tadi Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata kementeriannya itu...
Faham Risiko Covid 19 Tiada Tegahan Bawa Kanak Kanak Keluar Semasa Pkpp Pak Long Mail

Faham Risiko Covid 19 Tiada Tegahan Bawa Kanak Kanak Keluar Semasa Pkpp Pak Long Mail

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 354 hits
Tidak ada tegahan tidak membenarkan kanak kanak pergi untuk membeli permainan bersama ibu bapa di kompleks beli belah cuma saya sentiasa mengingatkan jangan bawa berikutan mereka adalah golongan berisiko tinggi Jadi ibu bapa perlu menjaga k...
Sidang Media Harian Covid 19 Melabuhkan Tirai

Sidang Media Harian Covid 19 Melabuhkan Tirai

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 308 hits
Sidang media harian COVID 19 Melabuhkan TiraiKetua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini virus tersebut Tiada lagi sidang media har...
Ramai Gila Berkebun Ketika Pkp

Ramai Gila Berkebun Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 335 hits
BERNAMAKETIKA arahan untuk kekal di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan satu sudut di kawasan rumah mula menjadi tumpuan untuk dijadikan kebun kecil Pengurus acara dan penari Vijaya Kumari mendapati dia banyak memberikan h...
6002 Lawak Ragam Keluarga Abon Ketika Pkp Tv Ppim 05 06 2020

6002 Lawak Ragam Keluarga Abon Ketika Pkp Tv Ppim 05 06 2020

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 464 hits
Lawak Ragam Keluarga ABON Ketika PKP Baik mengaku cepat siapa yang mcm ni ketika PKP Tag siapa yang kena Tentunya dugaan ini banyak hikmah pengajaran untuk kita semua Menjadi persoalan juga mengapa sepanjang tempoh PKP bill elektrik naik ti...
Selamat Hari Ulang Tahun Pertama The Prestige Hotel Penang

Selamat Hari Ulang Tahun Pertama The Prestige Hotel Penang

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 668 hits
Selamat Hari Ulang Tahun Pertama The Prestige Hotel PenangSelamat Hari Ulang Tahun Pertama buat The Prestige Hotel Penang Di kala satu dunia terkesan dengan Covid 19 The Prestige Hotel juga tidak lari dari kena tempias nya Menyambut hari ul...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Cara Memasarkan Homestay Anda

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur