Sidang Media Harian Covid 19 Melabuhkan Tirai
Sidang media harian COVID-19 Melabuhkan Tirai
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini virus tersebut.Tiada lagi sidang media harian Covid-19 mulai minggu depan
Selepas lebih tiga bulan menjadi perhatian rutin baru orang ramai ketika wabak Covid-19, sidang media Kementerian Kesihatan tidak lagi akan menjadi urusan harian bermula pada minggu depan.Walaupun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi jaminan kementerian akan terus memberikan makluman kepada masyarakat mengenai statistik terkini virus tersebut.
"Dan kita tetap akan menjalankan atau memberi maklumat yang terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan jarakkan sidang akhbar.
"Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan media yang telah kerja keras untuk sama-sama menjayakan untuk memutuskan penularan jangkitan Covid-19 di dalam negara," katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Beliau tidak memberikan perincian mengenai jadual sidang media yang baru. Taklimat Covid-19nya esok akan berjalan seperti biasa.
Seorang pegawai Kementerian Kesihatan kemudian mengesahkan bahawa kemas kini setiap hari akan berterusan dalam bentuk kenyataan akhbar.
Perubahan ini berlaku sejak kes Covid-19 di Malaysia menurun pada beberapa minggu kebelakangan.
Noor Hisham telah mengadakan taklimat Covid-19 melalui siaran langsung pada setiap hari dari 27 Februari.
Sepanjang tempoh itu, sidang media itu pernah 'cuti rehat' sebanyak dua kali, pada 9 Mei dan hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
rePublish Update Berita MalaysiaSidang media harian COVID-19 Melabuhkan Tirai Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/06/sidang-media-harian-covid-19-melabuhkan.html