Orang yang paling gembira memang yang kecik sekali ni la.
Orang yang paling malas nak disuruh bersenam.Asyik merengek bila boleh balik..Malas nak layan.
Semangat betul pasangan kembar ni acah acah bersenam
Laut, pemecah ombak dan sampah.Terlalu banyak sampah.Sampah ni bukan sahaja datang dari laut ye.Tak kurang juga yang datang melepak malam malam,Beli air dan makanan,Lepas makan,sampah campak kat belakang tembok je.Bukan rekaan tau..Kenyataan.Memang MY jengah sendiri,Sampah sampah tu memang fresh.Malahan air yang tak habis dalam cawan pakai buang tu,Masih cantik lagi warnanya.
Kat sini kalau nak pemandangan cantik,Kena datang waktu matahari terbenam.Memang cantik.Cuma kalau datang petang,Memang tergesa gesa nak balik nak kejar Maghrib.
Lepas dah penat berjalan dan main di taman,Nampak pula penjual aiskrim tepi jalan besar.Ok..ramai ramai kejar orang jual aiskrim.Duduk kejap di pondok untuk makan aiskrim.
Ni aiskrim dia dua...Kiri kanan aiskrim,Hebat kan?Sebenarnya aiskrim adik Mijan yang drumstick coklat tu,Tapi Mijan rembat aiskrim mama dia.Lepas tu aiskrim dia,dia bagi orang lain pulak.Semua taknak,Ucid sorang je yang sudi.Berkilat dan comot sakan anak anak baru lepas main kat taman.Takpe..Kecik kecik lagi..Nanti dah besar pandai la diorang jaga kehenseman dan kecomelan..Masa tu,Mama ayahnya..sediakan la duit poketnya..bersedialah dengan senarai barang kirimannya..pencuci muka lah,Krim pelindung mataharinya lah..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |