Kenapa Bersenam Jalan Kaki Di Taman Setiap Pagi Adalah Baik Untuk Kesihatan Minda Dan Tubuh Badan Anda



“Apa pasal mau susah-susah exercise luar rumah?”Itu soalan nyonya, jiran yang tinggal tak berapa jauh dari rumah saya.
Pagi tu, selepas selesai bersenam jalan kaki seperti biasa, nyonya tersebut tahan saya ketika sedang jalan menuju ke rumah.
Saya bertembung dengannya ketika dia baru balik dari pasar pagi. Nampak kalut dia keluar dari keretanya. Bersungguh-sungguh nak pastikan dia sempat tahan untuk berbual dengan saya.
Nyonya tu memang gemar bersembang. Ada saja perkara yang dia nak cakap setiap kali bertembung. 
Antara perkara yang dia paling suka adalah berikan nasihat. Terutamanya pasal keselamatan anak-anak. Kalau dia nampak anak-anak saya buat perkara yang agak merbahaya, dia orang paling awal yang akan berikan laporan supaya saya ambil perhatian.
Boleh dikatakan semua nasihat dan tegurannya selama ini memang amat bermanfaat. Saya akan ucapkan terima kasih atas keperihatinannya.
Tak payah bersenam jalan kakiKali ini nasihatnya agak berbeza. Dia nak cadangkan bagaimana saya boleh bersenam tanpa perlu keluar dari rumah.
Ideanya adalah supaya saya tak perlu bersusah payah bersenam di bawah panas matahari di waktu pagi tu. Kalau setakat nak keluarkan peluh, dalam rumahpun boleh buat.
Saya dengar lagi dengan kusyuk apa yang dia cadang.
Tak perlu pakai kasut kalau saya buat senaman di dalam rumah. Tak kena cahaya matahari pulak. Lebih selesa.
Tekan tubi, squat, lari setempat, angkat kaki, angkat kerusi .. dan macam-macam lagi boleh buat. 
Nyonya itu berikan banyak contoh untuk saya amalkan.
Mungkin dia kesian tengok saya kebiasaannya seorang diri, berpusing-pusing sekeliling taman hampir setiap hari. Lalu dia berikan alternatif lain yang lebih mudah untuk kesenangan saya.
Kenapa jalan kaki kat tamanSaya dengar habis semua cadangan dan keterangan nyonya itu sambil anggukkan kepala tanda faham.
Bila dia dah berhenti cakap, saya tanya soalan mudah padanya,
“Kalau saya bersenam dalam rumah, macam mana saya nak dengar bunyi burung berkicau kat atas pokok?”
Nyonya itu tengok mata saya, dia tersenyum sumbing.
Saya tunggu jawapannya darinya tapi tak keluar-keluar. Mungkin dia tak ada jawapan yang sempat difikirkan.
“Macam mana saya nak tengok bunga, rumput dan daun pokok kehijauan kalau bersenam kat dalam rumah?” Tanya saya lagi pada nyonya tu.
Dia masih tersenyum sumbing. Sambung senyuman pada soalan pertama yang masih tak dapat dijawabnya. Soalan kedua itu juga dia tak dapat nak jawab.
Sementara menunggu jawapan keluar dari mulutnya, saya utarakan lagi banyak soalan-soalan dalam bentuk apa yang saya boleh dapat jika bersenam jalan kaki sekelilig taman.
Saya beritahu padanya kegemaran nak lihat burung berterbangan dan berkicauan. Terbang berkawan melintasi taman. Burung gembala kerbau berkejaran berkumpulan.
Sepasang burung kunyit bersihkan bulu di atas dahan. Sepasang burung merbuk sedang minum air jernih yang bertakung di hujung padang yang redup dinaungi dahan pokok.
Sepasang burung kelicap sibuk menghisap madu dari satu bunga ke satu bunga yang lain.
Saya nak lihat titisan embun yang sangat jernih. Seperti mutiara terkumpul pada setiap hujung daun dan rumput di taman.
Saya juga nak rasakan belaian angin lembut sekali sekala yang bertiup merentasi taman. Terasa pipi dingin dihembus angin sejuk di waktu pagi menyegarkan.
Bertegur sapa seorang demi seorang, jiran yang lalu samada bermotosikal atau berkereta sambil melemparkan senyuman pada semua. Berhenti sebentar bertanyakan khabar pada jiran yang lama tak kelihatan.
Panas matahari pagi tidak meyakitkan. Sekadar cahaya terang yang bersinar tanpa terasa habanya. Lagipun saya dapat tahu sinar matahari di pagi hari sebegitu dapat memberikan bekalan Vitamin D yang banyak kedalam tubuh badan saya.
Sinar matahari yang menyentuh kulit saya juga dapat membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Sinarnya bertindak sebagai insulin semula jadi.
Setiap kali berjalan kaki di luar sekeliling taman, fikiran saya akan berjalan bebas dan luas. Banyak masalah dapat saya selesaikan sepanjang saya berjalan kaki sejam setiap pagi.
Boleh tak saya dapat semua itu kalau sekadar bersenam kat dalam rumah?
Itu soalan akhir yang saya ajukan pada nyonya.
“Owh! itu macam ka?” terpancul keluar dari mulut nyonya. 
Saya angguk kan kepala padanya. Dan dia kembali tersenyum manis. Saya berlalu menuju ke rumah. Masih terfikir lagi cadangan nyonya tadi.
Semakin jelas dan yakin kenapa saya akan tetap teruskan juga aktiviti setiap pagi itu walaupun biasanya seorang diri.
Dah lebih dari 20 tahun amalan bersenam jalan kaki sekeliling taman saya amalkan. Dah jadi salah satu dari jadual dalam kehidupan seharian. Dah jadi salah satu dari perkara penting dalam hidup saya.
Banyak manfaatnya.
Bagi yang rajin ikuti blog ni, saya syorkan untuk turut sama amalkan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/11/kenapa-bersenam-jalan-kaki-di-taman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peminat Risau Lihat Badan Kurus Agensi Perjelas Keadaan Kesihatan Han Sohee Kini

Peminat Risau Lihat Badan Kurus Agensi Perjelas Keadaan Kesihatan Han Sohee Kini

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 168 hits
Han So hee tidak dinafikan tampil dengan badan lebih langsing daripada sebelum ini ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Han So hee telah menghadiri acara jenama jam Omega di Thailand dan turut terlibat dengan temu bual bersama majalah Vogue Thai...
Baik Bagi Kesehatan Tubuh Inilah 3 Khasiat Dari Tanaman Kelor Yang Wajib Diketahui

Baik Bagi Kesehatan Tubuh Inilah 3 Khasiat Dari Tanaman Kelor Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 314 hits
Daun kelor diketahui memiliki segudang khasiat yang baik bagi tubuh Bagi kamu yang masih belum mengetahui manfaat baik apa saja yang bisa didapatkan dari tanaman maka berikut penjelasannya
Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

Chae Soobin Adalah Selebriti Paling Baik Pernah Bekerja Dengan Saya Minho Shinee

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 155 hits
Pasti ramai yang menantikan gandingan Chae Soo bin dan Min ho SHINee dalam siri Netflix The Fabulous kan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu The Fabulous mengisahkan mengenai impian cinta dan persahabatan dalam kalangan anak muda yang me...
Nurul Izzah Kalah Sebab Dia Kahwin Dengan Orang Cina Gossip Pagi Auntie Di Taman

Nurul Izzah Kalah Sebab Dia Kahwin Dengan Orang Cina Gossip Pagi Auntie Di Taman

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 394 hits
Pukul 7 30 pagi saya jalan perlahan masuk ke taman permainan Baru nak panaskan badan untuk mulakan senaman pagi kelihatan 2 orang auntie berbangsa cina teman biasa setiap kali bersenam di situ Mereka sudah berpeluh di tapak senaman Sebaik s...
Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Doa Yang Baik Untuk Kita Amalkan Setiap Hari pula dengan korang Sebenarnya doa nie Kak Sue ambil dari buku Zikir Harian yang kawan hadiahkan pada Kak Sue beberapa tahun lepas Alhamdullil...
Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

Penerimaan Baik Kaum Cina India Di Simpang Renggam Petanda Positif Terhadap Bn Kata Hasni

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 167 hits
PENERIMAAN kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional di Parlimen Simpang Renggam disifatkan agak memberangsangkan setelah beberapa pertemuan dilakukan sejak Sabtu Pengerusi BN Johor dan calon gabungan itu di kerusi berkenaan Hasni...
Ilmuwan Beri Gambaran Bentuk Badan Manusia Pada Tahun 3 000 Akan Berubah Otaknya Mengecil

Ilmuwan Beri Gambaran Bentuk Badan Manusia Pada Tahun 3 000 Akan Berubah Otaknya Mengecil

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 222 hits
Ilmuwan beri gambaran bentuk badan manusia pada tahun 3 000 akan berubah otaknya mengecilSekumpulan ilmuwan di Toll Free Forwarding memberi gambaran bentuk tubuh manusia yang diramal akan mengalami perubahan drastik pada tahun 3 000 Gambara...
Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 170 hits
Doakan yang baik baik Begitu kata usahawan dan penyampai radio Shuib Sepahtu yang mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita Semuanya demi empat cahaya matanya yang tersayang Enggan terus menafikan Shuib mengakui sedang berkawa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids