Pemimpin Ph Bn Berjumpa Pagi Esok Sumber


malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Nov 20, 2022 11:58 PM

Desas-desus kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang, apabila pemimpin kedua-dua gabungan itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan di hotel Seri Pacific, di Kuala Lumpur pada jam 10 pagi esok.

Beberapa sumber PH dan BN memberitahu perkara itu kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberitahu tujuan perjumpaan itu diadakan.

"Saya diberitahu memang ada perjumpaan antara pemimpin PH dan BN.

Jumpa lepas penat kempen PRU15

"Tapi, saya masih tidak pasti perjumpaan itu berkenaan apa," kata sumber BN itu ketika dihubungi.

Sementara itu, satu lagi sumber dari PH berkata bahawa ia sekadar perjumpaan biasa sahaja.

"Bukan rasmi. Sekadar perjumpaan biasa.

"Tak salah, jika pemimpin PH dan BN berjumpa dan bertukar pandangan selepas penat dengan kempen pilihan raya," katanya.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim.Selepas lebih 24 jam berakhirnya PRU15, belum ada mana-mana parti yang mampu membentuk kerajaan secara sendiri ekoran situasi parlimen tergantung.

Keputusan rasmi menunjukkan PH menjadi parti yang memiliki kerusi terbanyak dengan 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi.

BN yang menjadi kerajaan sejak merdeka sebelum dikalahkan pada PRU ke-14 pada 2018 pula hanya menguasai 30 kerusi.

Petang tadi Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan kesediaan mereka untuk menyokong kerajaan pusat yang menggabungkan PN dan BN.

Yakin diberi peluang

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pula memberitahu dia yakin akan dapat mencukupkan bilangan kerusi minimum di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan, seterusnya menjadi perdana menteri sekali lagi.

Bagaimanapun BN kemudian mengeluarkan kenyataan balas menafikan mereka ada berunding sama ada dengan GPS atau BN.

Berdasarkan keadaan semasa kerjasama di antara PN dan GPS masih belum cukup untuk mereka mendapat penguasaan majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Gambar fail, Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Mohamad Hasan.Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada adanya persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan itu

Ahmad Zahid mengingatkan semua ahli parlimen BN yang menang PRU15 telah menandatangani akujanji pilihan raya.

Menurutnya aku janji itu memberi mandat kepadanya selaku presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

"Katanya, mana-mana ahli parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi parlimen, selaras dengan undang-undang larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Anwar pula berkata dia juga gembira kerana isu mencukupkan bilangan ahli parlimen bagi membentuk kerajaan sudah diselesaikan oleh PH.

"Dengan tahap sokongan yang diterima, saya yakin akan diberikan peluang untuk memimpin negara ini," katanya dalam temu bual yang disiarkan Astro Awani.

Yang di-Pertuan Agong memberi tempoh sehingga jam 2 petang esok untuk pemimpin utama parti yang terlibat dalam PRU membuktikan mereka mempunyai majoriti di Dewan Rakyat sebelum mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/pemimpin-ph-bn-berjumpa-pagi-esok-21-11.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

Pemimpin Ph Dan Bn Berjumpa Di Hotel Seri Pacific Kl Pagi Ini Adakah Anda Teruja Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 174 hits
Pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dilaporkan akan mengadakan perjumpaan pada jam 10 pagi Isnin di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur namun tidak dinyatakan tujuan perjumpaan itu diadakan Menurut sumber Saya diberitahu memang ada pe...
Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

Lagi Pemimpin Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 158 hits
MalaysiakiniAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya menyiasat Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berhubung sumber dana parti gabungnya Dalam satu hantaran di Face...
Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

Pemimpin Umno Gesa Sprm Siasat Sumber Dana Perikatan Nasional Muhyiddin Yang Didakwa Berbelanja Mewah Ketika Pru

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 505 hits
Pemimpin UMNO gesa SPRM siasat sumber dana Perikatan Nasional Muhyiddin yang didakwa berbelanja mewah ketika PRUDitubuhkan pada Februari 2020 namun perbelanjaan gabungan politik Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 15 yang didakwa t...
Pemimpin Bn Pn Jumpa 3 Petang Hari Ini Sumber

Pemimpin Bn Pn Jumpa 3 Petang Hari Ini Sumber

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 139 hits
malaysiakini comPemimpin Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan berjumpa pada pukul 3 petang hari ini di Hotel St Regis Kuala Lumpur Satu sumber terdekat Umno mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini Ada perjumpaan antara BN dan PN...
Sejarah G20 Dan Apa Yang Akan Dibahas Para Pemimpin Dunia Di Bali

Sejarah G20 Dan Apa Yang Akan Dibahas Para Pemimpin Dunia Di Bali

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 236 hits
Para pemimpin negara yang tergabung dalam G20 akan berkumpul di Bali pada 15 16 November mendatang
Pemimpin Umno Bn Tercorot Dalam Kajian Tokoh Boleh Dipercayai Uum

Pemimpin Umno Bn Tercorot Dalam Kajian Tokoh Boleh Dipercayai Uum

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 231 hits
agendaily com10 11 2022Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tokoh paling dipercayai dalam kalangan 13 pemimpin politik negara Kepemimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional berad...
Pengundi Cheka Perlu Menolak Pemimpin Rela Makan Kiri Kanan Untuk Berkuasa

Pengundi Cheka Perlu Menolak Pemimpin Rela Makan Kiri Kanan Untuk Berkuasa

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 145 hits
Pengundi seharusnya menolak pemimpin yang bertanding di dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kerana perbuatan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri Pada Pilihan Raya Umum ke 15 kali ini Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yan...
Ph Buat Laporan Polis Kempen Perkauman Agama Pagi Ini

Ph Buat Laporan Polis Kempen Perkauman Agama Pagi Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 164 hits
Pakatan Harapan akan membuat laporan polis di seluruh negara jam 11 30 pagi hari ini ekoran isu perkauman dan agama yang digunakan secara agresif semasa kempen pilihan raya umum ke 15 baru baru ini Menurut kenyataan Biro Mobilisasi PH lapor...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple

Plan For Your Retirement Wisely

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Api Dapur Bertukar Oren Jangan Panik Cuba Cara Ni Dulu

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta