Padu Kudrat Macam Lelaki Bekas Hso Tak Kisah Berhujan Panas Siapkan Mural Panjat Tinggi Tinggi Pun No Problem
KEPUTUSAN wanita ini untuk bergelar pelukis sepenuh masa ketika pandemik c0v1d-19 sedang melanda bukanlah satu perkara mudah.
Menurut Syal Sepehee yang sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (HSO) dalam bidang pembinaan, sambutan yang diterima tidak menentu, sekaligus memberi cabaran buatnya dalam mengharungi kerjaya barunya.
“Saya sebenarnya baru setahun jagung dalam bidang ini. Saya bermula secara sepenuh masa pada tahun 2020. Sebelum ini saya bekerja sebagai HSO selama tiga tahun tapi kemudiannya berhenti sebab berasa tanggungjawab kerja itu sangat besar.
“Selepas berhenti, saya buat bisnes kecil-kecilan dengan keluarga, saya jual kerepek. Tapi macam tak boleh pergi jauh. Akhirnya saya fokus melukis. Kalau tiada kerja melukis mural, saya akan buka tempahan untuk lukisan potret.
“Ketika musim pandemik, sambutan ada naik turunnya. Kita pun tahu semua orang tengah susah. Jadi kalau ada orang tempah lukisan, memang ia rezeki untuk saya,” ujarna yang senang disapa Syal.
Terbaharu, projek lukisan mural sepanjang 250 kaki (76.2 meter) di Taman Chai Leng, Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dihasilkan Syal turut meraih perhatian ramai.
Video mural berkenaan yang dikongsi ke laman TikTok meraih lebih sejuta tontonan, malah turut dihujani dengan pujian daripada netizen.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Syal berkecimpung sebagai pelukis sepenuh masa sejak tahun 2020.
Bercerita lanjut, Syal berkata projek daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu berhadapan dengan cabaran cuaca, namun berjaya dilengkapkan dalam tempoh 10 hari.
“Saya iklankan khidmat saya menerusi page Facebook. Kemudian MBSP minta saya buat mural tersebut. Saya rasa dalam 250 kaki, di bahagian pagar dari paras lutut ke pinggang. Saya ambil masa 10 hari untuk siapkan. Setiap hari saya buat dalam enam ke tujuh jam.
Majoriti dalam keluarga saya boleh melukis, tapi hanya saya seorang yang jadikan ia sebagai kerjaya.SYAL“Kalau panas, saya akan pasang khemah atau pakai topi payung. Kalau hujan, memang kena berhenti. Makan pun kadang-kadang tepi pagar, sebab nak kejar masa. Saya sebagai pelukis utama turut dibantu adik, kadang-kadang abang datang tolong.
“Memang MBSP minta saya buat luksian makanan. Bila dah siap, saya rasa tak percaya. Macam kerja g1la sampai dah bertukar warna kulit. Kulit jadi gelap pun saya anggap macam satu pencapaian. Ini merupakan tanggungjawab yang saya perlu lunaskan.
“Bila video dapat lebih sejuta tontonan, saya memang tak sangka. Ramai netizen komen, mereka kata kagum sebab saya dah cantikkan tempat tu. Ramai juga yang mesej dan bertanya untuk dapatkan khidmat saya,” ujarnya.
Lukisan mural di Pulau Pinang yang tular menerusi TikTok.
Dalam pada itu, Syal yang menetap di Selangor akui bidang tersebut memerlukan kudrat yang kuat, namun ia tidak pernah menjadi penghalang buatnya untuk terus berkarya.
“Ramai juga yang kagum sebab perempuan buat kerja begini. Bagi saya, tak ada masalah mengenai jantina, cuma tak ramai yang boleh harung panas terik, kemudian kena panjat lagi untuk melukis mural di tempat tinggi.
“Apapun, saya nak ucap terima kasih kepada semua yang beri sokongan, Bermula dengan lukisan potret biasa sehinggalah ke tahap ini. Mereka semua selalu beri sokongan dan kata-kata semangat.
Antara karya yang pernah dihasilkannya.
“Dulu masa bermula, biasalah apabila dikritik. Hasil tak cantik, tapi dari situ saya bangkit. Kena perbarui kemahiran kita. Saya sendiri tiada asas dalam bidang ini. Saya cuma suka melukis sebagai hobi sejak kecil.
“Memang majoriti dalam keluarga saya boleh melukis, tapi hanya saya seorang yang jadikan ia sebagai kerjaya,” ujar anak kelima daripada tujuh beradik itu.
Selain projek mural di Pulau Pinang baru-baru ini, Syal juga pernah terlibat dalam penghasilan mural berskala besar di sebuah kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/03/padu-kudrat-macam-lelaki-bekas-hso-tak.html