Othman Wok Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura


OTHMAN WOK : Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura.by Zulhairi 2012Semoga kita tidak mati dalam kehinaan, kerana kuasa politik orang Cina, Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia. Dan Othman Wok adalah dalang yang paling banyak membantu mempengaruhi orang Melayu Singapura yang kemudiannya dijadikan menteri dalam kerajaan regim Lee Kuan Yew sebagai ganjaran.
Ketika itu UMNO tewas dikesemua kerusi di Singapura. Kerana peranan pengkhianat Othman Wok yang mirip seperti yang sedang Anwar lakukan iaitu memperdaya orang Melayu supaya memberi undi kepada sekutu kuasa politik kepada orang Cina.Singapura wujud sehingga kini sebagai pengajaran kepada orang Melayu agar peristiwa yang pahit kehilangan sebuah negeri dahulu tidak berulang lagi. Namun sayang hanya sebilangan sahaja yang benar2 mahu mengambil pelajaran. Ini bukan soal rasuah atau kronisme. Ini adalah soal mempertahankan legasi nenek moyang kita
Pada awal 70'an, Lee Kuan Yew telah mencadangkan agar semua jenazah orang Islam Singapura dibakar kerana kawasan kuburan sangat terhad. Pengkhianat Othman Wok yang juga menteri ketika itu yang mewakili orang Melayu membuktikan ketaatannya dengan menyokong pendirian Lee Kuan Yew itu sehingga mencetuskan bantahan MUIS dan seluruh masyarakat Islam
Sikap yang ditunjukkan oleh Othman Wok saling tak tumpah dengan apa yang ditunjukkan oleh sebilangan pemimpin Melayu dalam Pakatan Harapan yang sentiasa akur dengan kehendak DAP sebagai kata pemutus muktamad
ADAKAH KITA MASIH LAGI BOLEH DIPERBODOHKAN DAN MENERIMA MELAYU SEPERTI OTHMAN WOK SEBAGAI PEMIMPIN KITA
MANUSIA PENGKHIANAT YANG BERNAMA OTHMAN WOKOthman Wok adalah bekas Menteri Sosial dan Ahli Parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya dia adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu yang kemudiannya menjadi Timbalan Editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura
Beliau menyertai PAP selepas beberapa hari sahaja penubuhannya pada tahun 1954. Ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada Raja-raja Melayu (sama seperti apa yang sekarang ini PKR sedang perjuangkan). Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata serta dasar anti Raja-raja Melayu di dalam akhbar "Petir" sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP (sama seperti akhbar tabloid "Keadilan")
Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli Dewan Editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput dia untuk menjadi Ketua Cawangan PAP Geylang Serai/ Tampines pada tahun 1959
Othman Wok adalah seorang penyokong kuat Lee Kuan Yew dan dia-lah orangnya yang kerap kali lantang menentang perlaksanaan Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu. Setiap kali dia berceramah, setiap kali itu juga dia akan mengatakan yang Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu dan Raja-raja Melayu ini hanyalah retorik dan mainan Tunku. Kononnya Tunku ada agenda lain, iaitu untuk merampas tanah orang Melayu di Singapura. Beliau juga mendakwa rusuhan kaum yang terjadi pada Julai 1964 telah dirancang oleh UMNO dan Tunku-lah dalangnya. Beliau amat gembira tentang berita pemisahan Singapura daripada Malaysia dan ada juga yang mengatakan yang beliau-lah yang menulis skrip temuramah BBC dengan Lee Kuan Yew sewaktu malam terpisahnya Singapura dari Malaysia, yang mana ketika itu Lee Kuan Yew menangis tersedu-sedu kononnya terlalu sedih dengan terkeluarnya Singapura dari Malaysia, padahal itu semua skrip yang dikarang oleh Othman Wok semata-mata untuk mengaburi orang Melayu supaya berasa simpati dengan Lee Kuan Yew dan membenci Tunku
Sehingga hari ini Othman Wok masih dianggap sebagai pengkhianat Melayu oleh kebanyakan orang Melayu Singapura, kerana hasutan dia-lah, Lee Kuan Yew mengharamkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS aka UMNO Singapura) salah satu sayap UMNO di Singapura. Dia bersama-sama dengan berberapa pemimpin sayap Melayu dalam PAP antaranya Ishak Rahim, Rahmat kenap, Ariff Suradi, Buang Omar Junid, Mahmud Awang dan Yaacob Mohamed turun ke kampung-kampung orang Melayu dan menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan Tunku
Pada tahun 1959, dia bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, dia tewas dalam pertandingan itu, akibat terlalu malu dengan kekalahan itu beliau menuduh UMNO yang mengugut pengundi di situ supaya tidak mengundi dia. Apabila penduduk kampung mengetahui tentang cerita itu maka seluruh penduduk berkumpul di hadapan pejabatnya di Tampines dan menghalau dia keluar dari pejabatnya dan memaki hamunnya sebagai pengkhianat Bangsa Melayu
Othman Wok sekali lagi bertanding di Parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang atas bantuan dan sokongan dana dari Kuan Yew. Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, dia telah dilantik oleh Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial. Satu jawatan menteri yang tidak mempunyi apa-apa fungsi kerana Kuan Yew telah melantik seorang Cina untuk menjaga hal ehwal sosial dan Cina ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selepas 14 tahun beliau menjadi menteri goyang kaki maka pada 1978 dia pun tidak lagi menjadi menteri kabinet Lee Kuan Yew
Sekarang ini dia menjadi salah seorang penulis cerita seram yang paling top di Singapura. Sesungguhnya manusia pengkhianat bangsa Melayu yang bernama Othman Wok ini adalah seorang pengkhianat bangsa Melayu yang terhebat dalam sejarah Melayu moden. Cara jalan cerita Othman Wok ini seakan sama dengan jalan cerita yang berlaku sekarang ini di negara kita. Apakah kita orang Melayu di sini ingin jadi seperti orang Melayu di Singapura
Ibarat melukut di tepi gantang, merempat di bumi sendiri. Jangan sampai petualang dan pembelot bangsa Melayu seperti Pengkhianat Othman Wok ini ada dan hidup membiak di dalam negara kita
Allahuakbar, semoga ALlah selamatkan kita daripada golongan munafik agama dan bangsa
Kredit: Abu Muadz Mateen
Susun: #lebaikampung

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/othman-wok-pengkhianat-bangsa-melayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Liciknya Singapura Mengabaikan Hak Perlembagaan Bangsa Melayu

Liciknya Singapura Mengabaikan Hak Perlembagaan Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 318 hits
Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2 3 majoriti tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu Jangan bimbang tak bertempatlah Perkara 152 P...
Khatijah Sidek Srikandi Bangsa Yang Radikal Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu

Khatijah Sidek Srikandi Bangsa Yang Radikal Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 811 hits
1 Jun 1982 sebuah rencana khas dari majalah Nadi InsanIBU KHATIJAH SIDEK DALAM KENANGAN Pada awal pagi 1 Jun 1982 seorang pejuang nasionalis telah dengan penuh tenangnya menghembuskann nafasnya yang terakhir setelah lama mengidap penyakit l...
Jenama Melayu Demi Bangsa Dan Ugama Yang Meraih Untung Siapa

Jenama Melayu Demi Bangsa Dan Ugama Yang Meraih Untung Siapa

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 419 hits
Sila ikuti secara langsung Ucapan Dato Dr Ibrahim Ali Presiden Perkasa bertajuk MALAPETAKA BANGSA sempena Perasmian Persidangan Agung Tahunan ke 9 Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia Jam 2 30 petang 2 Disember 2018 Tonton demi MELAYU di htt...
Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

Warkah Wasiat Raja Haji Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 2147 hits
WARKAH WASIAT RAJA HAJI Pengkhianat Melayu Dijulang Pejuang Melayu Islam Dibunuh Wajah Melayu Berhati Belanda Wajah Melayu Berhati Inggeris Wajah Melayu Berhati Portugis Kini kita merasakan Wajah Melayu Berhati DAP WARKAH WASIAT RAJA HAJI F...
Sokong Icerd Pengkhianat Bangsa Agama Ydp Isma P Putih

Sokong Icerd Pengkhianat Bangsa Agama Ydp Isma P Putih

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 364 hits
MANA mana Melayu Muslim yang menyokong ICERD boleh digelar sebagai pengkhianat bangsa dan agama Pengkhianatan mereka akan dicaci dan dilaknat oleh generasi akan datang hingga ke batu batu nisan sebagaimana tokoh tokoh terdahulu yang bersama...
Kependekaan Akal Politik Bangsa Melayu

Kependekaan Akal Politik Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 324 hits
SUSUPAN PAGIMALAM tadi telah berlangsung himpunan menentang ICERD di Kampung Gajah Perak Himpunan itu membawa makna besar kepada bangsa Melayu dalam kerangka politiknya Ia menjadi tapak kepada penyatuan Melayu dua parti terbesar Melayu Pas ...
Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 552 hits
Ucapan Tun Sambanthan pada 1965 Apa yang kita boleh belajar Nak jadi cerita tadi den ada ternampak ada orang share pautan hansad parlimen yang mengandungi quote kata kata Tun Sambanthan yang memuji dan mengangkat kepimpinan kesudian pemurah...
Icerd Benarkah Melayu Terlebih Paranoid Ini Jawapannya

Icerd Benarkah Melayu Terlebih Paranoid Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 558 hits
APA YANG BERLAKU DI SINGAPURA BOLEH DIJADIKAN CONTOH KESAN RATIFIKASI ICERD BAGAIMANA MELAYU SINGAPURA DIPINGGIRKAN KERAJAAN PAP TANPA MENUKAR PERLEMBAGAAN Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever