Kependekaan Akal Politik Bangsa Melayu


SUSUPAN PAGI
MALAM tadi telah berlangsung himpunan menentang ICERD di Kampung Gajah Perak. Himpunan itu membawa makna besar kepada bangsa Melayu dalam kerangka politiknya. Ia menjadi tapak kepada penyatuan Melayu dua parti terbesar Melayu; Pas dan Umno. ICERD yang dilontarkan untuk direaktifikasikan telah dijadikan modal dan penarik untuk berhimpun.

Tidak menjadi masalah apakah isu itu relevan atau tidak, tidak perlu dipersolkan. Politik itu sendiri digerakan dan bergerak oleh kekreatifan para pemainnya. Apa-apa isu dan umpan yang baik perlu digunakan yang penting adalah untuk memperdaya ikan kemudian menangkapnya.

Tapa prejudis penyatuan dan kerjasama Umno dan Pas seuatu yang cukup baik untuk survival orang Melayu dan menjaga segala kepentingannya. Sepatutnya penyatuan ini berlaku sejak lama dulu. Penyatuan itu bukan terdesak waktu ini, tetapi ia terdesak sejak lampau lagi. Tidakkah keberadaan kita hari ini kerana penyatuan dan uhkwah?
Secara peribadi sudah lama saya mengimpikan perkara ini agar menjadi kenyataan. Berbagai pandangan dan gesaan dibuat sepanjang waktu menerusi berbagai nama dan istilah. Pemnyatuan Melayu, kerajaan perpaduan ummah dan sebagainya.

Atas kesedaran demi bangsa dan agama perlu untuk orang Melayu berada di atas landasan yang sama. Tetapi usaha dan seruan dibuat selama ini sia-sia sahaja. Memanggil untuk menyatukan politik Melayu seperti memanggil sang sita dan wak-wak yang liar. Semacam kebimbangan mengenai nasib Melayu tidak wujud, ini semua kerana keyakinan besar yang disangkurkan terhadap kerajaan UBN itu sebagai penongkat langit orang Melayu.

Saya telah menyebut beberapa kali orang Melayu harus berpolitik seperti orang Cina yang meletakkan kepentingan mereka dihadapan dalam keadaan apa jua. Orang Cina walaupun mereka terasing atas berbagai platform politik dan persatuan, tetapi mereka sepakat dalam memperjuangkan hak mereka. Kedudukan mereka sebagai kaum pendatang dan minoriti juga menjadikan mereka senantiasa peka memperkukuhkan tapak.

Misalnya, dari sudut politik mereka berada dalam tiga parti berbeza, MCA, Gerakan dan DAP. Keterasingan itu tidak menjadi masalah kepada mereka. Walaupun ketiga-tiga parti itu berbeza ideologi, tetapi semangat (chauvenisme) mereka sama sahaja. Orang Cina sepanjang masa memahami kaum mereka adalah kaum pendatang yang terdedah kepada diskriminasi. Inilah azimat kekuatan dan penyatuan mereka.

Mereka fokus dan mempunyai garis tegas untuk sama-sama memperjuangkan nasib kaum mereka. Mereka senantiasa menyedari keadaan diri mereka di negara ini sebagai monoriti. Mereka saling bantu membantu dan berstrategis. Mereka berbeza dengan kaum India yang repot-repot.

Apa-apa isu yang tidak dapat diperjuangkan oleh MCA kerana kedudukannya dalam kerajaan sebelum ini ia akan dibangkitkan oleh DAP, atau pun oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu seperti Huazong dan Dong Jiao Zong. Manakala mana-mana isu yang tertentu dimainkan DAP dengan MCA akan menyokongnya dari belakang dengan mengambil sikap mendiamkan diri. Entiti mana mengungguli kerajaan orang Cina tetap mendapat kelabaan. Mereka secara maufakat dan under standing saling berperanan dari dalam kerajaan dan di luar kerajaan.

Itulah politik orang Cina golongan minoriti yang bersifat majoriti.

Hari ini saya lihat stail politik sama dipraktikan oleh penduduk atau rakyat Sabah dan Sarawak. Kesungguhan orang Sabah dan Sarawak memperjuangkan hak mereka terutamanya yang digariskan dalam Perjanjian 63, (MA63) sangat ketara sekali. Semua orang Sabah dan Sarawak tanpa mengira apa warna parti mereka memperjuangkan hak mereka itu. Di Sabah orang Warisan, DAP, PKR dan Umno tetap bersatu suara menuntut “kebebasan” Sabah.

Nah orang Melayu sepatutnya berbuat hal yang sama. Mempunyai idealisme perjuangan yang sama tanpa mengira mereka berada di atas landasan apa. Para politis Melayu perlu sedar intipati perjuangan mereka adalah bangsa dan agama bukan peribadi dan puak.

Justeru permaufakatan di antara Umno dengan Pas hari ini sesuatu yang baik dan positifi bagai orang Melayu. Ia mungkin lewat selepas lebih setengah abad, setelah Umno hilang kerajaan, tetapi tidak mengapa, janji orang Melayu masih ada cita-cita itu. Janji jiwa orang Melayu masih hidup. Masih belum terlewat untuk Umno dan Pas mengagaskan penyatuan itu demi survival orang Melayu. Berbuatlah sebelum badan dan jasa orang Melayu kehilangan deria dan rasa. Buatlah sebelum orang Melayu dilanda stroke.

Jika kita sesat dalam hutan, jangan kita mendiamkan diri, duduk berteleku di banir merintih nasib, tetapi berjalanlah untuk keluar dari kesesatan itu. Jika kita hanya mengulik kesedihan dan merintih nasib tanpa berbuat sesuatu maka kita akan berada dalam kesesatan itu selama-lamanya.

Umno dan Pas perlu segera menyatukan diri secara global agar gelombang membela Melayu yang mereka yakin nasib Melayu kini terabai mendapat pembelaan. Usah peduli kepada sindiran dan cemuhan atas usaha itu. Trims. [wm.kl. 8:17 am 18/11/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/11/kependekaan-akal-politik-bangsa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Boestamam Tertubuhnya Parti Politik Melayu Yang Pertama

Ahmad Boestamam Tertubuhnya Parti Politik Melayu Yang Pertama

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 524 hits
MENUBUHKAN PKMM oleh Ahmad BoestamamParti politik Melayu yang julung julung sekali ditubuhkan setelah Jepun menyerah kalah pada 1945 dulu dan yang tunggal di Malaya ketika itu ialah PKMM Kenyataan ini nampaknya telah diakui oleh semua pihak...
Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

Video Bukan Isu Parti Politik Tetapi Mempertahankan Islam Dan Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 488 hits
Walaupun termaktub dalam perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kita tak pernah pun edar Al Quran di sekolah bukan Islam Ni ada pulak berani edar bible d sekolah Islam BERTAM Belum reda isu berkaitan pengedaran Bibl...
Othman Wok Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura

Othman Wok Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 1027 hits
OTHMAN WOK Pengkhianat Bangsa Melayu Singapura by Zulhairi 2012Semoga kita tidak mati dalam kehinaan kerana kuasa politik orang Cina Singapura terpaksa dipisahkan dari Malaysia Dan Othman Wok adalah dalang yang paling banyak membantu mempen...
Liciknya Singapura Mengabaikan Hak Perlembagaan Bangsa Melayu

Liciknya Singapura Mengabaikan Hak Perlembagaan Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 318 hits
Orang Melayu ni paranoid Kalau kita ratifikasi ICERD pun hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2 3 majoriti tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu Jangan bimbang tak bertempatlah Perkara 152 P...
Kisah Tiga Perang Bangsa Melayu Melawan Penjajah

Kisah Tiga Perang Bangsa Melayu Melawan Penjajah

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 566 hits
Orang orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegem...
Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

Bangsa Melayu Berperang Gadai Nyawa Pertahan Tanah Air

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 730 hits
Orang orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara menerusi beberapa empayar maritim yang pernah diterajui mereka Kedatangan penjajah Barat bermula kurun ke 16 telah secara perlahan menghakis kegem...
Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

Ucapan Tun Sambanthan Tiada Bangsa Seperti Orang Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 552 hits
Ucapan Tun Sambanthan pada 1965 Apa yang kita boleh belajar Nak jadi cerita tadi den ada ternampak ada orang share pautan hansad parlimen yang mengandungi quote kata kata Tun Sambanthan yang memuji dan mengangkat kepimpinan kesudian pemurah...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa