Otak Menipis Masa Hamil Emosi Kuat Menangis Itu Petanda Besar Nak Jadi Ibu


Kehamilan bukan sekadar mengubah bentuk badan dan emosi semata-mata tetapi juga struktur dalam otak. Penyelidik dari NIH (National Institutes of Health) mengkaji seorang wanita secara intensif dengan membuat imbasan di otaknya sebanyak 26 kali bermula sebelum hamil, semasa hamil, sehinggalah dua tahun selepas bersalin.

Hasil kajian ini membuka mata! Otak seorang ibu memang benar-benar berubah demi menyesuaikan diri dengan fasa keibuan.
Gray Matter: Kawasan Pemikiran & Emosi Sepanjang mengandung, jumlah gray matter dalam otak berkurang. Gray matter merupakan bahagian otak yang penuh dengan neuron (sel saraf utama) dan berfungsi untuk berfikir, mengingati, mengawal emosi serta memproses hubungan sosial.
Bila ia menipis, itu bukan bermakna otak rosak. Ia sebenarnya petanda yang otak sedang “membuat kemas kini” untuk beri ruang kepada fungsi lebih penting, contohnya menjadi lebih peka pada tangisan bayi atau lebih cepat faham keperluan si kecil.
Tak hairanlah kalau ada ibu rasa cepat emosional atau lebih sensitif semasa mengandung kerana otak memang sedang diatur semula untuk lebih rapat dengan bayi.
White Matter: Kabel Penghubung Dalam Otak Selain gray matter, ada juga perubahan pada white matter, iaitu bahagian otak yang terdiri daripada serabut saraf (macam kabel elektrik) yang menyambungkan pelbagai kawasan otak.
Semasa trimester awal, white matter meningkat, seolah-olah otak sedang “memasang lebih banyak wayar” untuk kuatkan komunikasi dalaman. Selepas bersalin, tahap ini kembali seperti asal.
Cecair Otak (Cerebrospinal Fluid) Kajian juga tunjukkan peningkatan cerebrospinal fluid, iaitu cecair jernih yang mengisi ruang dalam otak dan saraf tunjang. Cecair ni bertindak macam ‘kusyen’ yang melindungi otak daripada hentakan atau sebarang gangguan lain. Jumlahnya meningkat pada trimester kedua dan ketiga, kemudian menurun lepas bayi lahir.

Hormon: Pengarah di Sebalik Layar Kenapa semua perubahan ni berlaku? Jawapannya terletak pada hormon. Semasa mengandung, tahap estrogen dan progesteron naik mendadak. Hormon-hormon ni memacu neuroplasticity iaitu keupayaan otak untuk berubah bentuk, sambungan, dan fungsi.
Dalam erti kata lain, otak ibu sedang dilatih untuk lebih responsif terhadap bayi, lebih sabar, dan lebih penuh empati.
Apa Maknanya Untuk Ibu? Kajian ini bawa mesej besar: “mom brain” bukan mitos. Bila ibu rasa cepat lupa atau emosional, itu bukan tanda kelemahan. Ia sebenarnya proses biologi semula jadi yang menjadikan otak lebih “ibu” daripada sebelumnya kerana ia akan menjadi lebih peka, lebih terikat dengan anak, dan lebih bersedia menghadapi cabaran baru.

Lebih penting, pemahaman ini juga membantu saintis cari jalan menyokong ibu, khususnya dalam isu kesihatan mental selepas bersalin seperti postpartum depression. Dengan peta otak yang lebih jelas, pakar boleh kenal pasti faktor risiko lebih awal dan tawarkan bantuan lebih tepat.
Anugerah Istimewa Buat Seorang Ibu Jadi, buat semua ibu kalau ada hari terasa penat, pelupa, atau mudah menangis, ingatlah, otak anda sedang buat kerja yang luar biasa. Ia sedang mengubah diri ibu untuk menjadi lebih dekat dengan bayi, untuk sayang tanpa syarat, dan untuk jadi pelindung sejati. Perubahan ini bukan kelemahan, tapi anugerah istimewa yang hanya dimiliki wanita bergelar ibu.
Sumber: National Institutes of Health 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/otak-menipis-masa-hamil-emosi-kuat-menangis-itu-petanda-besar-nak-jadi-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kajian Dedah Otak Wanita Berubah Semasa Hamil Ini Punca Ada Alami Baby Blues

Kajian Dedah Otak Wanita Berubah Semasa Hamil Ini Punca Ada Alami Baby Blues

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3232 hits
Ramai yang tahu bila hamil tubuh wanita akan melalui pelbagai perubahan hormon Tapi mungkin ramai tak sedar otak ibu juga sebenarnya berubah semasa mengandung Kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik dari University of California menunjukk...
Mudah Lupa Susah Fokus Dan Penat Mental Kajian Dedah Otak Wanita Mengecil Ketika Hamil

Mudah Lupa Susah Fokus Dan Penat Mental Kajian Dedah Otak Wanita Mengecil Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2915 hits
Kehamilan memang mengubah banyak perkara dalam diri wanita Dari bentuk fizikal emosi hormon hingga cara berfikir semuanya mengalami transformasi besar Namun tahukah ibu bahawa kajian saintifik mendapati otak wanita juga boleh mengecil ketik...
Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia

Stretch Mark Makin Jelas Bila Perut Besar Ibu Boleh Ambil Langkah Awal Untuk Bersedia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 3447 hits
Pelbagai perubahan fizikal akan berlaku pada tubuh seorang ibu sepanjang tempoh kehamilan Antara yang sering menjadi igauan ngeri buat bakal ibu ialah kemunculan kesan regangan kulit atau lebih dikenali sebagai stretch mark Hampir semua ibu...
Hari Graduasi Sarat Emosi Anak Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga

Hari Graduasi Sarat Emosi Anak Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 803 hits
Hari Graduasi Sarat Emosi Anak Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga Penderitaan rakyat Palestin masih lagi belum menemui titik noktahnya Sejak berdekad tanah air diserang mereka perlu menelan realiti pahit kehilangan insan tersay...
Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2272 hits
Ada kes ibu bersalin tiba tiba Belum sampai waktu tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus ...
Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

Masa Ada Kuasa Nak Tolong Oeniaga Kecil Melayu Ni Bawa Anak Muda Naik Motor Jaga Petani Pun Tidak Maki Pandai

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 1477 hits
Ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke 50 Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia saya tegaskan bahawa dalam arus pembangunan negara prasarana gerai warung dan restoran rakyat tidak boleh diketepikan Kemudahan asas ...
Nor Fatihah Menangis Panggil Ibu

Nor Fatihah Menangis Panggil Ibu

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 538 hits
KUALA LUMPUR DIKEMAS KINI Seorang pengasuh menangis sambil memanggil ibunya ketika dibawa ke lokap Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sejurus didakwa atas satu pertuduhan tidak mengawasi sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki be...
Nak Mudah Faham 90 Pengunjung Industri Hiburan Seberang Sungai Golok Itu Adalah Orang Kelantan

Nak Mudah Faham 90 Pengunjung Industri Hiburan Seberang Sungai Golok Itu Adalah Orang Kelantan

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1854 hits
Selepas pangkalan haram dipotong tali industri hiburan seberang Sungai Golok jatuh 90 HarapandailyMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 212 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok di sempadan Malaysia ...
Pak Cik Shell Tunjuk Demo Isi Minyak Guna Mykad Tebus Subsidi Ron95

Makluman Penambahan Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu Dan Pelbagai Pada 27 September 2025 26 Oktober 2025

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Makluman Sistem Subsidi Bersasar Petrol Ron95 Bermula Secara Berperingkat Mulai 27 September 2025

Govt Hints At Good News For Crucial Semiconductor Sector In 2026 Budget

Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

15 000 Peserta Hadir Memeriahkan Larian Bersarong Di Malaysia Sarong Music Run Edisi Ke 3


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Brunch Dengan Beef Soondubu Jigae Di Restoran Dubuyo Mid Valley Jb

Ppim Bongkar Realiti Tersembunyi Di Sebalik Buli Sidang Media Ppim 23 09 2025

Surah Yusuf Ayat 28 Maksud Dan Pengajarannya

Main Badminton Lagi

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Ikan Berenang Dalam Blog