Nor Fatihah Menangis Panggil Ibu




KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seorang pengasuh menangis sambil memanggil ibunya ketika dibawa ke lokap Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, sejurus didakwa atas satu pertuduhan tidak mengawasi sehingga menyebabkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan di sebuah taska Mei lalu.
Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, gagal menahan air mata apabila diberitahu akan ditahan reman melainkan dia membayar ikat jamin RM20,000 bagi pertuduhan berkenaan.
Dia yang memakai jubah kuning kemudiannya ditenangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa keluar selepas prosiding di hadapan Hakim, Siti Shakirah Mohtarudin.
Semasa prosiding, tertuduh yang masih bujang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tidak membuat persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan sehingga menyebabkan kematian Muammar Aidil, tujuh bulan sembilan hari, di sebuah taska di Wangsa Maju di sini jam 11.08 pagi pada 26 Mei lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latip tidak mencadangkan ikat jamin memandangkan pertuduhan yang dihadapi sangat serius terutama menyebabkan kematian terhadap bayi tersebut.
“Bagaimanapun, jika mahkamah berhasrat memberikan jaminan, pendakwaan mencadangkan ia ditetapkan pada kadar tinggi, iaitu RM30,000.
“Ia termasuk syarat tambahan, melapor diri di balai polis sekali setiap sebulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.
Sementara itu, Nor Fatihah yang tidak diwakili peguam, merayu diberikan jaminan yang rendah kerana keluarganya tidak berkemampuan.
“Saya akan berkahwin hujung tahun ini malah perlu menanggung ibu dan adik termasuk bapa kandung yang sakit saraf di kampung,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim, Siti Shakirah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 29 September depan untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan, seorang bayi ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska, sebelum disahkan meninggal dunia pada hari kejadian.
Pada 28 Mei lalu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, berdasarkan siasatan awal, punca kematian bayi malang itu, dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.
 
 
 


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/22/nor-fatihah-menangis-panggil-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

Ibu Zara Menangis Ketika Pengecaman Jenazah Peguam Nafi Dakwaan Tular

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 476 hits
KOTA KINABALU Suasana sayu menyelubungi Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I apabila Noraidah Lamat ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menitiskan air mata ketika proses pengecaman jenazah anak tunggalnya Ahad Peguam yang me...
Ibu Ayah Titip Anak Sertai Palapes Pulangnya Dalam Kain Kafan

Ibu Ayah Titip Anak Sertai Palapes Pulangnya Dalam Kain Kafan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 726 hits
Bila kita hantar anak ke universiti dan mereka sertai aktiviti kokurikulum perkara utama yang kita harapkan sudah tentu keselamatan mereka Baru baru ini kisah pemergian seorang pelatih Palapes dari Universiti Teknologi Malaysia telah menari...
Doktor Sahkan Ramai Ibu Alami Tekanan Mental Semasa Menyusu

Doktor Sahkan Ramai Ibu Alami Tekanan Mental Semasa Menyusu

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 331 hits
Penyusuan susu ibu sering digambarkan sebagai detik indah penuh kasih sayang antara ibu dan anak Iklan buku keibubapaan dan media sosial memaparkannya sebagai momen bahagia yang mengukuhkan ikatan Namun di sebalik senyuman yang terukir ada ...
Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

Syamsul Haris Sering Diejek Diprovokasi Ibu Kadet Palapes Harian Metro 12 08 2025

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 738 hits
Kuala Lumpur Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin 22 seringkali diejek dan diprovokasi dengan panggilan nama tertentu Mendedahkan perkara itu ibunya Ummu Haiman Bee Daulatgun 45 mendakwa ada pihak tertentu yang melakukan provokasi terhadap a...
Saya Bukan Pukul Untuk Dera Ibu Anna Jobling Luah Isi Hati

Saya Bukan Pukul Untuk Dera Ibu Anna Jobling Luah Isi Hati

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 517 hits
Setiap ibu pasti mahu melihat anaknya membesar menjadi insan yang baik beradab dan sentiasa menghargai pengorbanan keluarga Namun tidak semua perjalanan keibubapaan berjalan lancar Begitulah yang diluahkan oleh Ariz Arop ibu kepada pelakon ...
Hati Ibu Mana Yang Tahan Badan Anak Penuh Luka Cengkaman Kuku Pengasuh Gen Z Pula Nafi

Hati Ibu Mana Yang Tahan Badan Anak Penuh Luka Cengkaman Kuku Pengasuh Gen Z Pula Nafi

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 1051 hits
Badan anak penuh luka cengkaman kuku pengasuh nafikan perbuatan ibu pula trauma melihat keadaan si kecil yang ditatang bagai minyak yang penuh Kisah ini tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai ibu bapa terutamanya mereka yang p...
Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

Gelombang Haba Ragut Nyawa Kanak Kanak 4 Tahun Ibu Ayah Peka Tanda Bahaya Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 707 hits
Gelombang haba ragut nyawa kanak kanak 4 tahun di Itali sekali gus menjadi amaran kepada semua ibu bapa betapa seriusnya ancaman cuaca panas melampau terhadap kesihatan si kecil Dalam insiden menyayat hati ini seorang kanak kanak lelaki war...
Kemelut Anna Jobling Ibu Kandung Memuncak Dah Macam Taraf Anjing Kurap

Kemelut Anna Jobling Ibu Kandung Memuncak Dah Macam Taraf Anjing Kurap

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 420 hits
Hubungan antara pelakon popular Anna Jobling dan ibu kandungnya Ariz Arop nampaknya semakin tegang apabila Ariz tampil meluahkan isi hati penuh emosi di media sosial Menerusi satu video di Instagram Story Ariz kelihatan menangis teresak esa...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selasa Dak Jasmine

Lirik Lagu Terang Bulan Zamzuriah Zahari

Siapakah Ahmed Al Ahmed Wira Yang Menyelamatkan Nyawa Dalam Serangan Tembakan Sydney

Sambal Bawang Homemade Paling Sedap Padu Resipi Viral Buka Selera

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec