Baby Tak Sabar Nak Keluar Awal Ibu Bersalin Mengejut Doktor Jelaskan Apa Perlu Buat Paling Penting Jangan Panik


Ada kes, ibu bersalin tiba-tiba. Belum sampai waktu, tetapi tanda kontraksi sudah datang dan ibu perlu melahirkan bayi. Situasi ini dikenali sebagai kelahiran kecemasan atau Born Before Arrival.
Bagaimana si ibu dan ahli keluarga terdekat harus bertindak ketika berhadapan dengan kes begini? Paling penting, ibu harus sentiasa berada dalam keadaan mental dan fizikal yang bersedia.

Dr Nurul Azwa Hasny, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, SALAM Shah Alam Specialist Hospital menerangkan lebih lanjut tentang isu ini.
“Kelahiran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan sudah melewati usia 37 minggu.”
Tambah Dr Azwa, sebaik-baiknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.
RASA BERSALIN DATANG KETIKA MEMANDU ATAU KESEORANGAN
Bagi kes yang melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran yang selamat.
Sekiranya ibu terbabit sedang memandu, maka dia perlulah berhenti di tempat yang selamat seperti di lorong kecemasan, stesen minyak atau tempat rehat R&R, yang mana terdekat. Minta bantuan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan, diikuti dengan ahli keluarga yang terdekat.a Jika tidak ada orang lain bersama, hubungi 999 sendiri dan ikut arahan paramedik MERS dengan tenang. Paramedik MERS memerlukan maklumat akan lokasi ibu bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan. Bagi ibu yang berseorangan di rumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal. Dengar arahan paramedik MERS dengan teliti. Pastikan ibu menarik nafas yang dalam dan perlahan di antara kontraksi.
TANDA-TANDA KELAHIRAN AMAT DEKAT Ibu perlu tahu tanda-tanda ini supaya boleh mengenal pasti bahawa kelahiran akan berlaku dan tidak sempat untuk ke hospital. Pada kebiasaannya bagi anak pertama, kelahiran akan mengambil masa lebih lama manakala bagi kehamilan anak kedua dan seterusnya akan berlaku lebih cepat.
Kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga tiga minit sekali. Gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar. Air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba. Dapat melihat atau sentuh kepala bayi di kemaluan faraj. 4 KEPERLUAN ASAS PERLU ADA Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sekiranya masih sempat, sediakan peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.
Sediakan alas tempat perbaringan seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal. Ini kerana proses kelahiran akan melibatkan pengeluaran lendir dan darah yang banyak dan alas tersebut memudahkan proses membersihkan kelak.
Kain cadar, kain selimut, kain batik atau tuala bersih dan kering. Kain lampin untuk menyambut bayi dan kain untuk membalutnya. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. Ia diperlukan untuk membuang kekotoran lendir pada bayi dan mencuci tangan. * Sekiranya tiada sebarang kain seperti dinyatakan, kertas atau surat khabar kering boleh digunakan.
JANGAN PANIK, BERTINDAK SEGERA!

Ibu perlulah berkeyakinan diri untuk melalui proses bersalin walau pun terpaksa melakukannya seorang diri atau tanpa sempat ke hospital. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, kelahiran akan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.
Walau pun begitu, pastikan faktor kebersihan dititikberatkan untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada ibu dan anak. Ibu perlu mencuci bahagian intim dengan air atau dengan sabun dan air sebelum proses kelahiran.Dalam keadaan cemas begini, suami, ibu atau sesiapa sahaja yang akan menyambut bayi juga perlu bersih.

Ibu tidak perlu meneran bagi kes kelahiran seperti ini. Sebaik-baiknya jangan meneran. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan “panting”; iaitu bernafas dengan kuat dan cepat.
Pernafasan ini penting bagi mengelakkan ibu meneran dan bayi meluncur keluar dengan sendirinya. Ia juga dapat membantu mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkannya menyambut bayi.
APA NAK BUAT BILA BAYI SUDAH KELUAR?
Saat ini ibu atau orang yang menyambut bayi perlulah bersedia untuk mengampu kepala, bahu bayi dan badannya keluar untuk mengelakkan koyakan teruk pada ibu. Berhati-hati semasa menyambut kelahiran kerana bayi selalunya licin. Perhatikan kedudukan tali pusat. Longgarkan untuk mengelakkan ia mencerut leher atau badan bayi. JANGAN POTONG TALI PUSAT UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN! Lap seluruh badan bayi terutama pada bahagian mulut dan hidung yang mungkin mempunyai lendir dengan kain lembut seperti kain lampin. Sambil mengelap, urut perlahan bahagian belakang bayi dan kaki untuk merangsang bayi menangis supaya dia boleh bernafas dengan baik. Letakkan bayi di dada ibu (atau perut ibu jika tali pusat pendek) secara menangkup atau melekap untuk sentuhan kulit ke kulit. Selimutkan tubuh bayi untuk mengelakkan kesejukan.
7. Sambut uri keluar dan biarkan tali pusat tidak dipotong. Tunggu sehingga paramedik atau bidan  memotongnya menggunakan peralatan yang steril.
8. Dapatkan posisi yang selesa untuk ibu boleh memulakan penyusuan kali pertama. Elakkan ibu sejuk dengan membersihkan ibu dan menukar kain yang basah.
9. Sementara menunggu kehadiran paramedik, duduk bersama ibu dan bayi sepanjang masa bagi memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik. Peralatan bayi dan ibu boleh disediakan kerana kemungkinan ibu dan bayi akan ditahan di hospital.
Dr Nurul Azwa menegaskan bersalin di rumah amat tidak digalakkan tanpa dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih. Ini adalah kerana komplikasi bersalin boleh meragut nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Sekiranya sudah hampir dengan tarikh bersalin, anda perlu memastikan yang;
Anda menyimpan nombor telefon klinik atau jururawat berdekatan untuk dihubungi sekiranya berlaku kes sebegini. Pastikan telefon boleh berfungsi sebagai persediaan. Tidak berada keseorangan di rumah atau membuat perjalanan jauh seorang diri apabila kandungan mencecah 37 minggu atau tarikh bersalin semakin hampir. Sumber: Majalah Pa&Ma
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/baby-tak-sabar-nak-keluar-awal-ibu-bersalin-mengejut-doktor-jelaskan-apa-perlu-buat-paling-penting-jangan-panik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Darah Beku Lepas Bersalin Ibu Jangan Pandang Ringan

Bahaya Darah Beku Lepas Bersalin Ibu Jangan Pandang Ringan

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 5631 hits
Kelahiran cahaya mata adalah detik paling membahagiakan buat seorang wanita Namun di sebalik kegembiraan itu ibu tetap berdepan dengan risiko kesihatan serius sekiranya tidak diberikan pemantauan yang rapi Salah satu komplikasi paling berba...
Seronoknya Nak Lawat Bayi Baru Lahir Tapi Kena Tahu 10 Perkara Penting Ni

Seronoknya Nak Lawat Bayi Baru Lahir Tapi Kena Tahu 10 Perkara Penting Ni

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2969 hits
Comelnya bayi ni boleh saya dukung mungkin ini antara ayat yang sering kita dengar bila ada ahli keluarga atau rakan datang menziarahi ibu yang baru melahirkan anak Namun tanpa disedari kunjungan yang sepatutnya membawa kegembiraan boleh me...
Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

Tanda Awal Alahan Pada Anak Yang Ramai Ibu Ayah Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 6751 hits
Sebagai ibu bapa kita sering bimbang bila anak tiba tiba demam batuk atau naik ruam Namun adakalanya masalah kesihatan si manja bukanlah kerana jangkitan kuman tetapi sebenarnya disebabkan oleh alahan Malangnya ramai ibu ayah kurang sedar t...
Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

Tanda Anak Kena Buli Ibu Bapa Perlu Peka Dari Awal

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 2238 hits
Buli di sekolah atau mana mana tempat bukan perkara kecil Ia boleh tinggalkan kesan mendalam pada emosi keyakinan diri dan juga masa depan anak Ramai anak sebenarnya dibuli tapi mereka diam sebab takut atau malu Sebab itu ibu bapa perlu pek...
Paling Awal Orang Ramai Mula Turun Putrajaya Seawal 4 30 Petang

Paling Awal Orang Ramai Mula Turun Putrajaya Seawal 4 30 Petang

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 978 hits
Paling Awal Orang Ramai Mula Turun Putrajaya Seawal 4 30 Petang Kurang beberapa jam lama kita bakal menyambut Sambutan Ambang Merdeka 2025 dan Hari Kebangsaan pada esok sudah tentu ramai yang sudah tidak sabar menantikan kiraan detik 31 Ogo...
Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

Ibu Ayah Jangan Sampai Ai Jadi Teman Setia Anak Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2671 hits
Dalam dunia digital serba canggih dan automasi hari ini teknologi hadir dalam setiap sudut penjuru kehidupan kita Dari telefon pintar aplikasi pendidikan kenderaan hinggalah platform hiburan hampir semuanya berhubung rapat dengan teknologi ...
Taska Tadika Tabika Jangan Keliru Ini Panduan Bijak Pilih Didikan Awal Anak

Taska Tadika Tabika Jangan Keliru Ini Panduan Bijak Pilih Didikan Awal Anak

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 2470 hits
Pendidikan awal kanak kanak adalah asas penting dalam membentuk perkembangan minda emosi dan sahsiah anak sejak kecil Malah pakar menegaskan tempoh 1 000 hari pertama kehidupan merupakan fasa emas otak anak berkembang paling pesat Justeru p...
Anak Anda Mungkin Rabun Tapi Tak Tahu Nak Beritahu Ini Tanda Tanda Awal

Anak Anda Mungkin Rabun Tapi Tak Tahu Nak Beritahu Ini Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2984 hits
Rabun pada kanak kanak bukan sekadar tak nampak papan hitam semasa sekolah Ia melibatkan gangguan pembentukan penglihatan ketika mata masih berkembang dan jika tidak dikesan awal boleh menjejaskan pembelajaran perkembangan koordinasi dan ku...
Otak Menipis Masa Hamil Emosi Kuat Menangis Itu Petanda Besar Nak Jadi Ibu

Otak Menipis Masa Hamil Emosi Kuat Menangis Itu Petanda Besar Nak Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4375 hits
Kehamilan bukan sekadar mengubah bentuk badan dan emosi semata mata tetapi juga struktur dalam otak Penyelidik dari NIH mengkaji seorang wanita secara intensif dengan membuat imbasan di otaknya sebanyak 26 kali bermula sebelum hamil semasa ...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Muda Duit Kawan Atau Lawan

Tiramisu Sds

De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa