Hari Graduasi Sarat Emosi Anak Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga


Hari Graduasi Sarat Emosi, Anak-Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga
Penderitaan rakyat Palestin masih lagi belum menemui titik noktahnya. Sejak berdekad tanah air diserang, mereka perlu menelan realiti pahit kehilangan insan tersayang, tempat tinggal dan kebebasan.
Lebih memilukan apabila ramai kanak-kanak yang menjadi yatim piatu sekelip mata, terpaksa membesar dan berdikari tanpa kelibat keluarga di sisi. Bayangkan perlu menghadapi momen bermakna di dalam hidup, tetapi ibu bapa tiada untuk melihatnya.
BACA JUGA: “Kelaparan Yang Tidak Pernah Dilihat Sebelum Ini” Cengkam Gaza, UNRWA Beri Amaran Seperti yang dialami oleh 1,000 kanak-kanak di Perkampungan Anak Yatim Al-Wafa yang bergraduasi baru-baru ini.
Video yang dikongsikan oleh wartawan, Abdallah Alattar di laman Instagram mencuri tumpuan apabila memaparkan kanak-kanak tersebut yang seakan menahan emosi di hari penuh bermakna itu. Cuba menutup rasa pilu dengan senyuman.
Namun dapat dilihat juga beberapa orang kanak-kanak yang menangis, mungkin terlalu mendambakan kehadiran ibu bapa.
Seribu senyuman sembunyi seribu derita “Hari ini, 1,000 kanak-kanak dari Perkampungan Anak Yatim Al-Wafa telah bergraduasi. Seribu senyuman cuba menyembunyikan seribu derita.
“Di celah barisan, ada air mata yang mengalir tanpa suara iaitu air mata anak-anak yang mengenal erti kehilangan sebelum sempat mengenal erti persekolahan.
“Setiap seorang membawa kisahnya sendiri, kisah yang bermula dengan ketiadaan seorang ibu, syahidnya seorang ayah, atau sebuah rumah yang kini tinggal kenangan.
“Mereka bergraduasi dengan air mata, menggenggam sijil di satu tangan dan menggenggam gambar insan tercinta di tangan yang lain.
“Luka apa yang mereka tanggung selama ini? Masa depan apakah yang mampu dibina di atas runtuhan segala kehilangan ini?,” tulis Abdallah di kapsyen Instagram.
https://www.instagram.com/p/DNgdeLYsYzP/
Ramai yang tidak dapat menahan tangis melihat semua kanak-kanak tersebut. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan, hanya doa yang dapat dilangitkan dari kejauhan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberi kegembiraan kepada kamu semua,” kata salah seorang netizen.
“Semoga Allah memberkati hati mereka dan menjadikan Palestin yang merdeka dan bebas sebagai masa depan paling cerah buat mereka,” kata seorang lagi.
Sumber: Abdallah Alattar
The post Hari Graduasi Sarat Emosi, Anak-Anak Yatim Di Palestin Menangis Kenang Keluarga  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/19/hari-graduasi-sarat-emosi-anak-anak-yatim-di-palestin-menangis-kenang-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petugas Menangis Pilu Terpasang Bendera Indonesia Terbalik Semasa Hari Kemerdekaan

Petugas Menangis Pilu Terpasang Bendera Indonesia Terbalik Semasa Hari Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 661 hits
Petugas Menangis Pilu Terpasang Bendera Indonesia Terbalik Semasa Hari Kemerdekaan Seorang peserta yang terlibat tidak sengaja telah memasang bendera Indonesia secara terbalik semasa sambutan Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ...
Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 620 hits
GURUN Luluh hati saya apabila lihat anak tidak sedarkan diri kata seorang ibu yang juga jururawat menceritakan detik tragis menyambut anaknya dalam keadaan sawan selepas terbabit dalam kemalangan akhir bulan lalu Norliza Mohd Salleh 44 berk...
Ucapan Hari Lahir Buat Anak Sulung Ibu Ke 24

Ucapan Hari Lahir Buat Anak Sulung Ibu Ke 24

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 1147 hits
Anakku yang sulung Selamat hari lahir wahai permata hati ibu yang pertama Hari ini genap usiamu setahun lagi dan seperti setiap tahun yang berlalu ibu terkenang kembali detik pertama kau hadir dalam hidup ini Saat kau lahir dunia ibu beruba...
Ibu Anak You Dah 4 Tahun Shuib Sebak Kenang Detik Cemas Kelahiran Ayash

Ibu Anak You Dah 4 Tahun Shuib Sebak Kenang Detik Cemas Kelahiran Ayash

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 410 hits
Ayash si kecil yang hadir dalam duka kini membesar penuh kasih sayang Pelawak dan usahawan ternama Shuib Sepahtu sekali lagi menyentuh hati warganet apabila memuat naik satu hantaran menyentuh perasaan di Instagram sempena ulang tahun kelah...
Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak

Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1201 hits
Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak Perjalanan untuk mencari jodoh bukanlah mudah ada orang yang mendapat rezeki berkahwin awal ada pula perlu menunggu lama untuk menamatkan status bujang Namun seti...
Dahi Jendul Jadi Bahan Ejekan Ning Baizura Tekad Jumpa Keluarga Pelaku Demi Anak

Dahi Jendul Jadi Bahan Ejekan Ning Baizura Tekad Jumpa Keluarga Pelaku Demi Anak

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 315 hits
Buli zaman sekarang bukan main main Dah tak macam dulu Kata kata pun boleh jadi senjata Itulah luahan hati penyanyi terkenal tanah air Ning Baizura yang berdepan situasi menyayat hati apabila anak tunggalnya Ryan Sky Dalton menjadi mangsa b...
Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

Ini Kali Pertama Keluarga Saya Jadi Sasaran Ini Kronologi Serangan Anak Rafizi

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 580 hits
Bahaya ada di mana mana Tak kira siapa pun kita anak menteri sekalipun tak terlepas daripada menjadi mangsa serangan Kejadian di Putrajaya petang semalam membuktikan bahawa keselamatan anak anak sentiasa perlu diberi perhatian walau di temp...
7 Hari Bertarung Nyawa Ibu 5 Anak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

7 Hari Bertarung Nyawa Ibu 5 Anak Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1349 hits
Tiada yang lebih memilukan apabila anak anak masih memerlukan belaian seorang ibu namun takdir menentukan sebaliknya Lima beradik kini kehilangan insan tersayang tempat mereka menumpang kasih dan bermanja apabila ibu mereka Darna Tajudin 41...
Kegembiraan Tak Perlu Barang Mahal Ibu Bapa Ini Sambut Hari Jadi Anak Dengan Berkongsi Ais Krim Malaysia

Kegembiraan Tak Perlu Barang Mahal Ibu Bapa Ini Sambut Hari Jadi Anak Dengan Berkongsi Ais Krim Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 572 hits
Hari ulang tahun kelahiran pastinya menjadi detik yang sangat dinanti nantikan oleh anak anak Saat ini jugalah ibu ayah sering berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik buat si anak dari dekorasi meriah kek kartun idaman hinggalah...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

Kedai Cikgu Ipoh Suasana Santai Rasa Macam Masakan Rumah

New Contractor To Be Appointed For Delayed Pulau Mabul Base By Oct 16 Home Ministry

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Indra 3 Sisi

Perbezaan Marjerin Dan Mentega Rahsia Rasa Dan Tekstur Sebenar Dalam Masakan

Terdapat Potensi Penurunan Pembetulan Dalam Usdx Hari Ini Khamis 09 Oktober 2025

Doa Buat Seluruh Umat Muhammad

Polis Menjangkakan Kira Kira 2 1 Juta Kenderaan Akan Berada Di Jalan Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Deepavali

Semakan Spr Pengundi Daftar Pemilih Tambahan 2025