Orang Tionhua Bijak Dan Tak Akan Beri Sokongan Pada Mca


 
Jangan berharap MCA akan beri undi Cina, BN diberitahu


Ahimsya Karu -February 13, 2022 1Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA, kata penganalisis politik.PETALING JAYA: Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya, kata seorang penganalisis politik.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.“Peranan MCA dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) agak kurang penting, dalam erti kata bahawa gabungan itu tidak boleh mengharapkan MCA untuk memberikan undi Cina,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai prospek parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.
Beliau berkata, MCA mungkin berjaya di kawasan campuran terutama di mana terdapat pertembungan pelbagai penjuru di kalangan parti-parti politik Melayu walaupun ia adalah kerana undi daripada penyokong Umno.
Fauzi berkata walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah berkurangan sejak pilihan raya umum (PRU) 2018, namun ia tidak bermakna undi Cina akan beralih “beramai-ramai” kepada MCA.
Dengan MCA yang terpaksa bergantung kepada Umno untuk mendapat undi, Fauzi berkata BN mungkin mengambil semula beberapa kerusi majoriti Melayu yang pernah diberikan kepada MCA untuk ditandingi sebelum ini.
“Umno mungkin berdepan tekanan daripada penyokong tegarnya untuk menunjukkan kepada MCA siapa ‘bos’ mereka.”
Oh Ei Sun.Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kebergantungan MCA terhadap Umno bermaksud parti itu berkuasa dalam menentukan pengagihan kerusi.
“Sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN dirampas Umno dalam keadaan peratusan pengundi Cina yang tinggi di Johor telah menceritakan segala-galanya,” katanya kepada FMT.
Oh berkata beliau percaya BN telah “berputus asa” dalam usaha memenangi kerusi majoriti Cina dan akan menyerahkan kerusi itu kepada MCA.
“Saya percaya Umno mengintai kerusi campuran dengan populasi Melayu yang ketara. Bagi saya, MCA lebih kepada komponen ‘hiasan’ dalam BN.
Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mungkin melihat penurunan sokongan kerana peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kekecewaan sesetengah pihak yang mengundi mereka sebelum ini, ia tidak semestinya memberi manfaat kepada MCA.
“Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA. Walaupun keluar mengundi, mereka mungkin akan mengundi MUDA atau Warisan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/orang-tionhua-bijak-dan-tak-akan-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Berharap Mca Akan Beri Undi Cina Bn Diberitahu

Jangan Berharap Mca Akan Beri Undi Cina Bn Diberitahu

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 385 hits
PETALING JAYA Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya kata seor...
Tersebutlah Kisah Umno Dengan Mca

Tersebutlah Kisah Umno Dengan Mca

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 381 hits
Satu hari sebelum tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969 Presiden MCA Tan Siew Sin mengumumkan partinya akan keluar daripada Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman Ini berikutan prestasi tidak cemerlang Perikatan pada Pilihan Raya Umum yang diadaka...
Keh Keh Mengaku Juga Ya Jadi Khadom Mca

Keh Keh Mengaku Juga Ya Jadi Khadom Mca

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 176 hits
MOHD AFENDI ABASAkhirnya mengaku jugak pernah jadi khadam MCA
Ismail Sabri Bimbang Jadi Pm Paling Singkat Rayu Jangan Tarik Sokongan

Ismail Sabri Bimbang Jadi Pm Paling Singkat Rayu Jangan Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 389 hits
AGENDA DAILY Kerajaan Keluarga Malaysia Ismail Sabri hanya mempunyai majoriti empat kerusi di Parlimen Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilihat seolah olah merayu Perikatan Nasional yang turut membentuk kerajaan Kel...
Don T Expect Mca To Deliver Chinese Votes Bn Told

Don T Expect Mca To Deliver Chinese Votes Bn Told

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 231 hits
The Chinese voters who don t want to vote PH will not back MCA says a political analyst PETALING JAYA Despite an encouraging campaign in Melaka where it won two state seats MCA will continue to struggle to win Chinese votes and will have to...
Kerusi Tradisi Tak Relevan Lagi Yang Kalah Umno Mca Menang Selesa

Kerusi Tradisi Tak Relevan Lagi Yang Kalah Umno Mca Menang Selesa

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 269 hits
TERUJA dengan pandangan seorang Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai Jefridin Atan menggesa Barisan Nasional lebih terbuka dalam pemilihan calon untuk Pilihan Raya Negeri Johor dengan mengikut selera pengundi berdasarkan majoriti kaum di setiap...
Kekayaan Mereka Diketika Umno Memerintah Dikatakan Ahli Mca

Kekayaan Mereka Diketika Umno Memerintah Dikatakan Ahli Mca

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 283 hits
LIM KOK THAY PEMILIK TANAH MSIA 145 000 HEKTAR BUKAN CALANG2 ORGNYAPATUTPUN BALUN RM2 51 BILION DUIT MAYBANK CIMB RHB MELALUI GENTING HONG KONG BIKIN MUFLIS GENTING HONG KONG TAPI TETAP MEWAH DGN HARTANAH SEPATUTNYA SITA SEMUA ASET YG DIA A...
Brew Bread Wisma Mca Jalan Ampang

Brew Bread Wisma Mca Jalan Ampang

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 185 hits
hai assalammualaikumBrew Bread Wisma MCA Jalan Ampang Lagi tempat makan yang menarik korang boleh cuba Kali ni nad dengan geng ampang terjah makan di Brew Bread dekat Wisma MCA Jalan Ampang Siapa yang suka kopi boleh cuba dekat sini Ada jua...
Mca Survives On Malay Votes Not Chinese Votes

Mca Survives On Malay Votes Not Chinese Votes

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 299 hits
Despite an encouraging campaign in Melaka where it won two state seats MCA will continue to struggle to win Chinese votes and will have to rely on Umno for its survival says a political analyst MCA s role in Barisan Nasional s victory is fa...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Budget 2026 Cushions The Poor Squeezes The Middle

Mcmc Told To Block Melaka Student Gang Rape Video Online

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Menyingkap Usunan Budaya Etnik Suku Kaum Bajau Dalam Majlis Perkahwinan

Irresistible Beef Torta Filipino Recipe

Pensyarah Uitm Ditemui Lemas Di Kolam

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Merk Jas Hujan Anti Rembes Dan Sobek Dengan Harga Terjangkau

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru

Dari Jeriji Besi Ke Galeri Seni Menjejak Sejarah Di Kotajail Johor Bahru Part 2

Hang Putaq Lagi Tar Senik Orang Bonbkar Lagi Kes Hang Dok Pekena Kutip Duit

Bajet 2026 Siapa Dapat Lebih Siapa Dapat Sisa Adalah Propaganda Jahat Admin Fb Friend Of Mb Terengganu

Hukum Sujud Sahwi Dalam Shalat Membahas Bagian Yang Ditinggalkan Keraguan Rakaat Dan Waktu Pelaksanaannya