Kerusi Tradisi Tak Relevan Lagi Yang Kalah Umno Mca Menang Selesa
TERUJA dengan pandangan, seorang Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Jefridin Atan, menggesa Barisan Nasional (BN) lebih terbuka dalam pemilihan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan mengikut selera pengundi berdasarkan majoriti kaum di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pandangan ini telah lama saya lontarkan, tetapi tidak dipedulikan. Tahniah saudara Jefridin atas keberanian menyuarakan pandangan. Harap pimpinan tertinggi UMNO buka mata, buka minda
Ketua UMNO itu berharap BN akan melakukan pembaharuan dalam pemilihan calon untuk PRN Johor dengan tidak mengambil kira kerusi tradisi sebagai kriteria utama yang tidak lagi relevan, susulan perubahan kehendak dan keperluan pengundi
Istilah kerusi tradisi sama ada bagi UMNO, MCA dan MIC tidak lagi relevan digunakan pucuk pimpinan tertinggi BN dalam pembahagian kerusi pada PRN Johor
Katanya lagi, jika majoriti di sesuatu kawasan DUN itu Melayu, sudah tentu kena akur wakil rakyat di situ mestilah daripada UMNO, begitu juga sekiranya kawasan itu majoritinya masyarakat Cina, MCA yang perlu bertanding, janganlah sesekali diletak calon Melayu
Hairannya, kenapa masih beri kerusi kepada MCA di kawasan majoriti Melayu, atas nama kerusi tradisi
Keadaan ini, bukan sahaja di Johor tetapi semua negeri. Jika UMNO mahu menang besar dalam PRN Johor dan PRU15, kata-kata ketua bahagian UMNO itu mesti diambil perhatian serius
Amat tidak adil MCA menang selesa di kawasan majoriti Melayu dan kalah teruk di kawasan majoriti Cina, sedangkan MCA itu, parti Cina tulen, lebih Cina daripada DAP
Saya cukup bersetuju dengan pendapat ini, “kehendak rakyat perlu diberikan keutamaan, kita sudah tidak boleh terima parti komponen yang rakyat sendiri sudah tidak selesa dengan mereka.”
Sudah sampai masanya MCA menunjukkan kekuatan dan kejantaan mereka di kawasan orang Cina kalau benar namanya Malaysia Chinese Association
Cuba fikir sejenak, DAP tidak letak nama Cina dalam partinya, tetapi menang besar kawasan majoriti Cina. Kenapa
Contoh, Parlimen Tanjung Piai, kerusi ini sepatutnya ditandingi UMNO bukan MCA. MCA hanya layak diberikan satu DUN sahaja (Pekan Nanas), dalam Parlimen Tanjung Piai. Itu pun atas belas ehsan, bukan atas nama kerusi tradisi
Buat masa ini UMNO Bahagian Tanjung Piai cuma mempunyai satu kerusi DUN di Kukup. Manakala kerusi DUN Pekan Nanas dan Parlimen Tanjung Piai adalah kerusi MCA. Tidak adilkan
Jika terus kekalkan pembahagian sebegini, tidak mustahil UMNO akan menerima tempias dan kelalahannya. MCA tidak rugi apa-apa
Untuk makluman, masyarakat Melayu kini menjadi majoriti di Pekan Nanas apabila merekodkan peningkatan 57%, manakala di Kukup meningkat 60% perlu dipandang serius pucuk pimpinan BN sewaktu membuat pertimbangan, sebelum sebarang keputusan berhubung parti dan calon diputuskan
Cukup-cukuplah memberikan talian hayat kepada MCA. Jika parti ini mesra Islam, masih boleh diterima lagi. Masalahnya perkaumannya sangat menebal. Sentuh sahaja Sekolah Cina, dialah yang akan melompat lebih DAP daripada DAP
Sebut sahaja RUU355, parti inilah yang paling kuat menentang…fikir-fikirkan
Oleh: PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/kerusi-tradisi-tak-relevan-lagi-yang.html