Jangan Berharap Mca Akan Beri Undi Cina Bn Diberitahu


PETALING JAYA: Walaupun kempen di Melaka begitu memberangsangkan di mana ia memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun MCA akan terus bergelut untuk memenangi undi Cina dan terpaksa bergantung kepada Umno demi kelangsungannya, kata seorang penganalisis politik. 
“Peranan MCA dalam kemenangan Barisan Nasional (BN) agak kurang penting, dalam erti kata bahawa gabungan itu tidak boleh mengharapkan MCA untuk memberikan undi Cina,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai prospek parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang

Beliau berkata, MCA mungkin berjaya di kawasan campuran terutama di mana terdapat pertembungan pelbagai penjuru di kalangan parti-parti politik Melayu walaupun ia adalah kerana undi daripada penyokong Umno.

Fauzi berkata walaupun sokongan masyarakat Cina terhadap DAP telah berkurangan sejak pilihan raya umum (PRU) 2018, namun ia tidak bermakna undi Cina akan beralih “beramai-ramai” kepada MCA

Dengan MCA yang terpaksa bergantung kepada Umno untuk mendapat undi, Fauzi berkata BN mungkin mengambil semula beberapa kerusi majoriti Melayu yang pernah diberikan kepada MCA untuk ditandingi sebelum ini

“Umno mungkin berdepan tekanan daripada penyokong tegarnya untuk menunjukkan kepada MCA siapa ‘bos’ mereka.” 
Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata kebergantungan MCA terhadap Umno bermaksud parti itu berkuasa dalam menentukan pengagihan kerusi

“Sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN dirampas Umno dalam keadaan peratusan pengundi Cina yang tinggi di Johor telah menceritakan segala-galanya,” katanya kepada FMT

Oh berkata beliau percaya BN telah “berputus asa” dalam usaha memenangi kerusi majoriti Cina dan akan menyerahkan kerusi itu kepada MCA

“Saya percaya Umno mengintai kerusi campuran dengan populasi Melayu yang ketara. Bagi saya, MCA lebih kepada komponen ‘hiasan’ dalam BN

Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mungkin melihat penurunan sokongan kerana peratusan keluar mengundi yang lebih rendah dan kekecewaan sesetengah pihak yang mengundi mereka sebelum ini, ia tidak semestinya memberi manfaat kepada MCA

“Pengundi Cina yang tidak mahu mengundi PH tidak akan sokong MCA. Walaupun keluar mengundi, mereka mungkin akan mengundi MUDA atau Warisan.” - freemalaysiatoday

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/02/jangan-berharap-mca-akan-beri-undi-cina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

Risiko Bayi Tanpa Tempurung Kepala Ibu Hamil Ada Gdm Jangan Buat Main Ini Pesanan Doktor

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 206 hits
Benar kita tidak cukup ilmu mengenai kehamilan yang kita lalui Namun bila mana setiap pemeriksaan bulanan atau apa jua rutin kehamilan yang diminta doktor jangan sekali kita abaikan Setiap temujanji amatlah penting lebih lebih lagi bagi ibu...
Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

Gagal Tarik Pelaburan Ke Terengganu Jangan Undi Pas Lagi

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 138 hits
Pas sejak menjadi sebahagaian Kerajaan Persekutuan dengan bangganya menyatakan rakyat semakin yakin dengan prestasi pentadbiran mereka Malah menghadapi Umno di kubu kuat parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Johor pun Pas tidak gentar Malah d...
Elak Ganggu Spm Jangan Jadikan Sekolah Menengah Pusat Undi Spr Digesa

Elak Ganggu Spm Jangan Jadikan Sekolah Menengah Pusat Undi Spr Digesa

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 142 hits
Radzi Jidin berkata sekolah rendah boleh digunakan sebagai pusat mengundi untuk PRN Johor tetapi bukannya sekolah menengah bagi mengelakkan ia mengganggu pelaksanaan peperiksaan SPM PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya diminta tidak menja...
Jangan Biarkan Undi Kita Dibeli

Jangan Biarkan Undi Kita Dibeli

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 141 hits
SIMBIOSIS1 Simbiosis satu perkataan sains yang bermaksud hubungkait rapat antara dua benda Kalau satu tiada maka satu lagi boleh mati jua 2 Contoh dalam biologi hubungan ikan badut dan kerumbu karang Ikan badut perlu kekarang untuk makanan ...
Vide0 Kan Comel Tu Individu Minta Jangan Panggil Gadis Cina Amoi Tapi Lain Pula Kata Netizen

Vide0 Kan Comel Tu Individu Minta Jangan Panggil Gadis Cina Amoi Tapi Lain Pula Kata Netizen

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 249 hits
Pernah tak korang panggil gadis berbangsa Cina dengan panggilan amoi Takpun korang sendiri kena panggil amoi dengan aunty uncle Chinese Benda biasa lah kan tu Walau bagaimanapun ada satu perkongsian di TikTok yang jadi perdeb4tan netizen ba...
Jangan Undi Parti Dedalu Suka Tumpang Kejayaan Orang Lain

Jangan Undi Parti Dedalu Suka Tumpang Kejayaan Orang Lain

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 149 hits
Niat dihati nak belat sungaiTapi tak terlaksana sehingga kiniKalau cakap tak pakai akaiJadilah MB seprti NusiBuah pelaga buah kedondongNaik perahu mengayuh lelahkalau Pas suka cakap bohongTengok Nusi sebagai kaki kelentongBanyak sungai airn...
Brew Bread Wisma Mca Jalan Ampang

Brew Bread Wisma Mca Jalan Ampang

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 130 hits
hai assalammualaikumBrew Bread Wisma MCA Jalan Ampang Lagi tempat makan yang menarik korang boleh cuba Kali ni nad dengan geng ampang terjah makan di Brew Bread dekat Wisma MCA Jalan Ampang Siapa yang suka kopi boleh cuba dekat sini Ada jua...
Kekayaan Mereka Diketika Umno Memerintah Dikatakan Ahli Mca

Kekayaan Mereka Diketika Umno Memerintah Dikatakan Ahli Mca

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 196 hits
LIM KOK THAY PEMILIK TANAH MSIA 145 000 HEKTAR BUKAN CALANG2 ORGNYAPATUTPUN BALUN RM2 51 BILION DUIT MAYBANK CIMB RHB MELALUI GENTING HONG KONG BIKIN MUFLIS GENTING HONG KONG TAPI TETAP MEWAH DGN HARTANAH SEPATUTNYA SITA SEMUA ASET YG DIA A...
Harga Sawit Terkini Semakan Harga Semasa

Contingency Plans For Tourist Accidents And Incidents

Akaun Media Sosial Rasmi Pejabat Sultan Pahang Hanya Di Bawah Nama Kesultanan Pahang

Sarapan Di Perak Lunch Di Penang Dinner Di Kedah

Sg Bakap Sanusi Pkr S Akmal Laud Mature Politics In Football Friendly

Sarawak Id Login Daftar Akaun Portal Kerajaan Sarawak

Scaffold House By Ant Nio Costa Lima Arquitectos In Lisbon Portugal

Bela Talapia Depan Rumah Selesai Masalah Rakyat



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Nuh Dan Nayla Slot Akasia TV3

Resepi Nasi Goreng Seafood Paling Mewah dan Terliur Meriah Ramuan Didalamnya

5 Perangai Pemandu Malaysia Yang Buat Memandu Jadi Tak Seronok

Bagaimana Ikan Minum Air Bila Dahaga


The Last 6 Decades Of Ai And What Comes Next

Usia 1 Hingga 3 Tahun Fasa Anak Memang Tengah Banyak Akal Banyakkan Bersabar Ye Mak Ayah

Cantik Anak Eira Syazira Pak Azad Amarra Sofea Rose Kurus Tinggi Macam Ibunya

Tenaga Luar Biasa Selama 3 Jam Konsert B I 2024 Tour Hype Up Di Kuala Lumpur Raih Sambutan Hebat

Lupa Daratan Ke Ramai Kesal Baca Ucapan Lisa Bp Buat Peminat Dah Kenapa Pula

Gurauan Yang Pedih