Makan Kenduri Putu Mayam Station Bubur Nasi No 1


 Assalamualaikum WBT


MALAS betul ya nak kemaskini blog sekarang. Tengoklah, semalam pun tak update padahal sebelum ni kalau hari sabtu tu, pagi-pagi dah masukkan entri sarapan, hihi. Tengoklah kelmarin, cuma masukkan gambar jer masa blog tentang Rumah Kayu 1953 tu. Entah apa tah jadi pemalas sangat tu tak tahulah. Mungkin tanda-tanda nak bersara jadi blogger kot, hahahah. Ni nak letak tajuk apa pun tak pasti masa mula menaip ni sebenarnya.



Kita cerita pasal semalam la ya. Kami ada jemputan pengantin di Eco Palladium, Kira-kira 50 minit perjalanan dari rumah. Tu takpa, PI perlu bertugas perlawanan Liga JDT vs Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim. Jadual perlawanannya pukul 5 dan biasanya PI akan keluar rumah dua jam awal untuk tempoh bertenang, hahaha. Jadinya kenalah pergi pengantin awal. PI kata, gerak pukul 11.30. Pagi tu PI ajak sarapan dekat Restoran Thoufeeq tapi Sk rela masak sarapan dari keluar dua kali. Maka terjadi mihun goreng dan telur separuh masak untuk sarapan. Mihun goreng letak udang dan sotong




Pukul 12.30 sampai tempat kenduri Majlis Perkahwinan anak kawan PI yang kami panggil King. Ini kali kedua menerima jemputan dari King. Kali pertama dulu juga diadakan di Bizmilla Wedding Hall Eco Palladium yang Sk blog DI SINI


Buat pasangan mempelai 
Raja Nur Haziqah dan Imran Hafiz

BAARAKALLAHU LAKA WABAARAKA ALAIKA WA JAMA’A BAINAKUMA ALA KHAIRIN
Semoga Allah memberkahimu dan juga memberkahi isterimu serta mengumpulkan kalian berdua pada kebaikan. Amiiinnn YRA



Menu utama ada Nasi Beringin dan Nasi Putih juga. Lauk-pauknya ada Dalca Sayuran, Pajeri Nenas, Ayam Masak Rose, Ikan Dory Masam Manis dan Kambing. Tapi, kambing masak apa, lupa.. hihi. Selain tu ada Laksa Johor jugak, Sk geram jer tengok tetamu semeja makan LJ tapi malas pulak nak ambil di buffet line sebelah sana



Ada Bread Butter Pudding, ni rajin ambil sebab dekat dengan meja kami duduk.Pi kemudian merajinkan diri ambil buah tembikai dan bubur kacang hijau



Faham-fahamlah kalau PI yang tolong snap pic, memang asbol jer la. Angin kuat dekat Eco Palladium ni. Pakai baju baru, beli kat Tik Tok, RM39.90, hihi. Shawl tu ready made tapi beli dah lama sebelum ni kat TT jugak, RM11.90

Asbol : asal boleh


Masa dalam perjalanan balik, ternampak Restoran Putu Mayam Station ni, terus singgah. Beberapa kali PMS ni fyp di Tik Tok, jadi walaupun kenyang makan kenduri, kenalah singgah jugak



Putu Mayam ni kategori street food, kan. Pertama kali rasanya jumpa restoran jual putu mayam sebagai signature dish. Sk tak pastilah sejak tahun 1980 tu mereka meniaga di mana. 


Kami kongsi satu set Putu Mayam. Cuaca panas tapi macam tak kena pulak makan putu mayam dengan minuman sejuk



Satu set ni ada tiga keping. Putu mayam tak besar tapi tebal dan gebus. Lembut jer dan memang sedaplah makan suam-suam panas gitu. 


Nak lagi puas, tabur terus kelapa dan gula timbang (gula merah) atas putu mayam. Susah nak jumpa putu mayam makan dengan gula timbang sekarang. Kalau yang jual atas motor tu, biasa mereka bagi gula perang



Hantar gambar dekat grup, Angah terus kirim 5 bungkus. Selain putu mayam ada jugak mi goreng mamak dan pasembur. Kalau ada cendol lagi best



Meh tengok gelagat anabul kat rumah semalam. Diam tak diam dah lebih setahun bela anak yang jumpa bawah tangga asrama ni. Tengok tu tengah berangan apa tataw



Yummy yang suka menyendiri dan layan perasaan sekor-sekor, hehe



PI balik bola mengadu lapar. Dia ajak pergi makan buburrrrr. Jomlah kita, Sk sebenarnya memang teringat-ingat Bubur Nasi No 1



Kami pesan bubur seorang semangkuk. 


Gaul semua lauk dalam semangkuk bubur nasi, itulah cara kami menikmati bubur berlauk. Lepas makan, PI ajak pergi pasar borong tapi Sk malas. Balik rumah tidur lagi syokkk, hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/makan-kenduri-putu-mayam-station-bubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Nasi Mueh

Bubur Nasi Mueh

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 98 hits
Ada rindu yang tak perlu dijelaskan cukup ia hadir dalam diam dan air mata jadi bahasanya Dua tiga hari ini rindu itu datang perlahan menjengah celah kenanganyang tak pernah benar benar pergi Terbayang senyuman yang pernah jadi tenang yang ...
Nasi Lemak Abang Pagi Pagi

Nasi Lemak Abang Pagi Pagi

papar berkaitan - pada 21/12/2025 - jumlah : 73 hits
Nasi Lemak Abang Pagi Pagi Pagi ni singgah Nasi Lemak Abang untuk tapau Standard rutin bila sampai sini ayam 3 biasa 5 bungkus Tambah bubur nasi khas untuk mama Tak lengkap kalau tak ambil karipap sardin dan dangai Semua on point Yummy Bonu...
Nasi Lemak Kegemaran Saya Dan Mengingati Kematian

Nasi Lemak Kegemaran Saya Dan Mengingati Kematian

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 122 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang bab kematian Bersembanglah realiti bab kita akan mati Seorang ayah seorang ibu seorang suami atau isteri bercakaplah bab kematian sekarang kita bersama anak anak kita berdoa semoga ...
Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 156 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Apa apa kita buat semua kena matlamatnya adalah untuk taat perintah Allah Kenapa kita berpuasa Kalau semata mata kerana kita nak kurus kurangkan gula dan lemak maka kita tak dapat k...
Misi Bubur Ayam Berjaya

Misi Bubur Ayam Berjaya

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 95 hits
Misi Bubur Ayam Berjaya Semalam dinner bubur ikan So pagi ni awal awal mama dah pesan jangan lupa bubur ayam Alang alang keluar aku pusing dulu port biasa Hutan Bandar Dari hujung ke hujung langsung tak jumpa Patah balik ke KPJ MB Cafe Belu...
Ziarah Jenazah Sepupu Di Senawang Makan Di Restoran Megat Kitchen Melewar Kitchen

Ziarah Jenazah Sepupu Di Senawang Makan Di Restoran Megat Kitchen Melewar Kitchen

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 134 hits
Assalamualaikum WBTJUMAAT pagi yang lepas Sk dah siap siap nak pergi kerja buka whatsapp dan baca Angah dan Cik Ani akan menziarah jenazah sepupu kami yang meninggal dunia pada tengah malam tersebut di Senawang Negeri Sembilan Cik Ani tanya...
Pergi Kenduri Sepupu Kahwin

Pergi Kenduri Sepupu Kahwin

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 183 hits
nbsp Pergi Kenduri Sepupu Kahwin Bulan 12 mesti banyak undangan kenduri kahwin kan nieyl start munggu lepas dah ada undangan Balik je pasar pagi terus siap siap untuk pergi kenduri kahwin sepupu nieyl anak makcik belah ayah nieyl kahwin cum...
Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 171 hits
Kalau sebut nasi goreng pasti terlintas aroma bawang putih goreng telur dan nasi yang berderai Tapi bila ditambah elemen masam pedas tomyam rasa terus naik satu tahap Nasi Goreng Tomyam bukan sekadar nasi goreng biasa ia adalah gabungan ras...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 218 hits
Pagi ni aku bangun awal sikit anak anak dah merengek nak nasi lemak homemade Syabil tujuh tahun dah bangun dan datang pegang pinggan cantik dari dapur Umie ajar Syabil hidang hari ni katanya dengan mata berbinar Aku senyum okay sayang kita ...
Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Pengalaman Melancong Ke Turki Dengan Arba Travel

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Nabi Benarkan Untuk Kita Mengambil Keuntungan Maksimun Dalam Bisnes

Sejarah Yang Disorok Tragedi Berdarah Melaka 1511


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Easy Achari Beef Recipe Bangladeshi

Ziell Ferdian Egomu Egoku Chord

Penutup Bahagian 21

Makan Kenduri Putu Mayam Station Bubur Nasi No 1

G Dragon Sapu 7 Anugerah Di Mma 2025 Aura Raja K Pop Undang Perhatian

Hiburan Isu Gender Reveal Depan Kaabah Suami Neera Azizi Digantung Tugas Sebagai Mutawif