Brew Bread Wisma Mca Jalan Ampang
hai assalammualaikum
Brew & Bread Wisma MCA Jalan Ampang - Lagi tempat makan yang menarik korang boleh cuba. Kali ni nad dengan geng ampang terjah makan di Brew & Bread dekat Wisma MCA Jalan Ampang. Siapa yang suka kopi boleh cuba dekat sini. Ada jua pelbagai menu yang disediakan
Masa kitaorang sampai, staff layan baik sahaja. Mula takda tempat sebab masa kitaorang sampai pun penuh,ada dekat ruang luar. Tapi nasib baik ada pelanggan tu dah siap dan kitaorang dapat tempat kat bahagian dalam.
Brew & Bread Wisma MCA Jalan Ampang
Cafe Brew & Bread ni 2 tingkat, tengok dari luar, tingkat atas macam ramai je, tak pasti keadaan atas macam mana, sebab tak naik atas pun. Kitaorang dapat tempat kat bawah, betul-betul sebelah pintu masuk. Memang sampai je terus duduk dan order, perut masing-masing dah lapar. Hehehe
Suasana cafe ni memang santai dan selesa je. Nak kata kecik ok je kitaorang duduk. Dekorasi kedai pun nice je
Jom tengok menu apa kitaorang order ye. Masing-masing order berlainan sebab nak rasa lain-lain menu kan.. Hehhee
Ok, yang ni Cici order Calamari Salted Egg Yolk pasta. Harga pasta ni RM 22. Mungkin boleh mintak pedas ke tak oedas, tapi cici mintak tak pedas. Dia tak tahan pedas-pedas ni.. Hehehe
Nad ada rasa pasta Calamari Salted Egg Yolk ni, sedap juga rasa dia. Takda rasa muak ke apa. Ok je rasa dia
Nad pulak order Whole Leg Fried Chicken Burger Mala sicy. Yup, nad mintak spicy, sebab lidah dah biasa makan pedas. Hehehe. Harga burger ni RM24
Burger memang besar, patty ayam tu besar, memang kalau nak makan gitu kena mulut besar. Hahaha. Pedas dia takda pedas sangat pun, pedas tahap rendah bagi nad. Tapi cici makan pedas pulak ye.. Hehehe. Patty ayam sedap, rangup, masak sempurna. Puas hati.
Sally pulak pesan Braised Beef Korean Bibimbap. Suka tengok orang korea makan, bila sally order, kita pulak tengok sedapnyaa. Ada beef, telur cair atas dia, kalau goyang-goyangkan telur tu memang bergoyang cantik.. Hahaha. Ada sayuran
Cara makan, pecahkan telur, lepas tu gaul semua sekali. Rasa beef macam masak kari melayu.. Hehehe. Tapi ok je, sedap juga. Oh lupa.. Harga Braisee Beef Korean Bibimbap ni RM26
Dayah pulak order Fettuccine Pomodoro Meatball. Ni pun sedap, matball masak elok je. Harga RM18 campur meatball RM5
Air semestinya tak lupa. Siapa yang suka minum kopi, ya ni la tempat sesuai. Kedai ni memang bau kopi yang sedap. Ada macam-macam jenis kopi, air lain pun ada, jangan risau
Air yang kitaorang order Iced Chocolate (RM13) Chrystanhemum Lemon (RM13), Matcah Latte ( RM11) dan Caramel Iced (RM14)
Dah nama kedai bread kan, mestila ada bread dan dessert lain. Tapi tak try pulak sebab nad perut dah kenyang.. Hehehe. Tapi orang cakap bread dia pun sedap. Takpa next time boleh cuba
Bagi nad semuanya ok, staff ok, tempat ok. Lepak, santai-santai, berehat sekejap ok la. Boleh cuba korang.
Brew & Bread Wisma MCA Jalan AmpangAlamat: Wisma Mca, Suite G-03, 163, Jalan Ampang, 50450 Kuala LumpurFacebook: https://www.facebook.com/Brew.n.Bread/Instagram: https://www.instagram.com/brewnbread/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2022/02/brew-bread-wisma-mca-jalan-ampang.html