Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong sinonim dengan sosok tubuh yang ideal dan langsing.
Mana tidaknya, ibu kepada empat orang anak itu tampil berkeyakinan tinggi dengan menggayakan fesyen rambut berwarna merah dan tampak ranggi.
“Bomba kerengga . Hahaha Bawak anak g birthday party kt balai bomba pandan indah… Budak2 dgn mak budak sekali excited nak naik fire truck..pastu jakun tgok dekat2 haha…
“After naik fire truck rania habis basah kuyup kena simbah air .. Mummy xboleh kena simbah air, kang takut bertukar jadi ikan..
“Well… I xde niat nak tarik perhatian sesiapa pun.. Paling penting perhatian shuben i dan keyakinan diri i sebagai seorang mak yg dah ada anak 4 org.
Pernah digelar Mermaid Malaysia, Beby turut mendedahkan berat badannya ketika mengandung.
“Bila org tgok body lentik mak dara ni berjalan, org xpercaya yg i dah dah pernah kembang kecut mengandung dan pernah kembang sampai 86kg..
“And ada yg iols dengar membawang berbisik2, “ohhh ni la dia mermaid tu, dia byk buat operation tu utk kurus, sedut lemak and potong rusuk tu,” tulis Beby.
Lalu,netizen turut mengagumi ibu kepada empat orang anak ini yang memiliki fizikal bak anak dara.
“Suka Cari Publisiti Murahan… Tak Malu” – Anjur Senaman Tarian Sambil Pakai Bengkung, Beby Maembong Kena Kecam
Instafamous yang terkenal dengan jolokan Mermaid Malaysia, Beby Maembong menerima kecaman netizen selepas menganjurkan aktiviti senaman tarian ‘salsation’ pada 9 Februari lalu.
Menerusi entri terbaru laman Instagram milik Beby, pemilik nama penuh Nurulaini Ismail ini berkongsi beberapa paparan skrin kecaman netizen yang mengkritiknya.
Tetap optimis biarpun menerima kritikan netizen, Beby yang merupakan usahawan bengkung Slimdoolz dan minuman minuman diet Bebydollz Chocolate Slim ini mempunyai alasan tersendiri.
“[NETIZEN OVER] Adoi…. Baru nak senyum sepanjang hari banyak dapat komen positif dan yang baik-baik pasal aktiviti BebyDollz Salsation. Tetiba malam ni bukak DM ramai pulak yang carut. Cari salah.. Apa masalah korang ni eh?
“Rambut I merah hati I tak hitam macam kaki bawang macam you! Kalau lelaki pakai bengkung means dia orang pondan ke? Hello orang Malaysia, jangan narrow minded sangat boleh tak?
“Macam manalah nak jadi negara bebas obesiti dan diabetes nie, kalau benda baik kita buat tetap nampak tak elok!
“Abang abang yang kecam cakap pakai bengkung jadi macam bapok tu, dah terasa sado sangat ke dengan perut besar macam bela cacing tu?
“Laki bini kat rumah sorang macam bibik sorang macam clown.. Macam mana rumah tangga nak happy? Bila kita ikhlas nak ajar jaga kesihatan badan bagi alasan… Sebab nak sedapkan diri sendiri la tu,” tulis Beby.
Menerusi aktiviti senaman tarian ‘salsation’ yang disertai oleh wanita dan lelaki, Beby menerima kecaman kerana mewajibkan peserta memakai bengkung ketika bersenam.
Terdahulu, Beby pernah menjadi viral kerana berpenampilan seperti duyung dengan memiliki pinggang bersaiz 23 inci dan berambut merah.
Foto : IG Beby Maembong via Media Hiburan/ Gempak
The post “Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung,”- Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/03/17/orang-tak-percaya-i-dah-kembang-kecut-mengandung-beby-maembong-dedah-rahsia-berat-badan-ketika-hamil/