Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan


Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi-jadi dan boleh di katakan agak luar biasa. Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah.
Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain. Adakah ia juga akan memberi kesan pada saya di kemudian hari. Pa&Ma dapatkan jawapan daripada Pensyarah kanan & perunding laktasi Unit perkembangan kesihatan wanita, Pusat Pengajian sains Perubatan Kampus Kesihatan USM iaitu Dr Zaharah Sulaiman.
Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu. Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.

Berkenaan kebimbangan ibu-ibu yang menyusu tentang berat badan bertambah. Jika bayi sudah berusia tujuh bulan dijangkakan ibu pasti sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi daripada usia bayi puan enam bulan. Di samping itu ibu masih juga meneruskan penyusuan susu ibu.
Namun apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga akan berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi. Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.
Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.
Pemakanan Seimbang
Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.
Senaman
Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan ibu memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.
 
The post Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak. Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/biasalah-lapar-selepas-menyusukan-anak-tapi-ada-caranya-untuk-mama-kawal-berat-badan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menulis Sebenarnya Boleh Kurangkan Berat Badan Tidak Percaya Lihat Inilah Caranya

Menulis Sebenarnya Boleh Kurangkan Berat Badan Tidak Percaya Lihat Inilah Caranya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 297 hits
Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan bole...
Anak Suka Mengamuk Bermacam Cara Cuba Tapi Semua Tak Jalan Mama Papa Perlu Periksa 5 Perkara Ini

Anak Suka Mengamuk Bermacam Cara Cuba Tapi Semua Tak Jalan Mama Papa Perlu Periksa 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 343 hits
Sebagai Ibu bapa kadang kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk Sakit ke dia Lapar ke terangkan kenapa anak suka mengamuk Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk Serius sa...
Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

Anak Speech Development Delay Semakin Baik Caranya Ibu Latih Berdikari Belajar Anggota Badan Peralatan Bilik Air

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 678 hits
Walau pun anak didiagnosis mengalami speech development delay ibu ini tidak putus asa melatih menerusi beberapa perkara pengurusan diri mengenali anggota badan dan barangan bilik mandi Akhirnya perkembangannya menjadi semakin baik Puan menc...
7 Tip Naikkan Berat Anak Underweight Saranan Dietitian Teknik Goreng 2 Kali Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera

7 Tip Naikkan Berat Anak Underweight Saranan Dietitian Teknik Goreng 2 Kali Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 366 hits
Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini Amar berumur 12 bulan tetapi berat badanny...
Pernah Tak Jerit Panggil Anak Lelaki Tapi Dia Buat Tak Dengar Jaga Anak Lelaki Tak Sama Dengan Anak Perempuan

Pernah Tak Jerit Panggil Anak Lelaki Tapi Dia Buat Tak Dengar Jaga Anak Lelaki Tak Sama Dengan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 605 hits
Cara penjagaan anak lelaki dan anak perempuan memang tidak sama Anak lelaki memerlukan ibu bapa lebih fokus dan lebih tenaga untuk menjaganya berbanding anak perempuan kerana kebiasaanya anak perempuan memang patuh pada arahan Anak lelaki m...
Kadang Preman Lebih Beradab Pada Kyai Daripada Anak Pengajian Tapi Suka Mencela Di Medsos Ustadz Oemar Mita

Kadang Preman Lebih Beradab Pada Kyai Daripada Anak Pengajian Tapi Suka Mencela Di Medsos Ustadz Oemar Mita

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 293 hits
Video kajian Islam kali ini membahas tentang akhlak Ternyata tak jarang kita jumpai para preman yang langsung tunduk ketika ada kyai mendatangi mereka Mungkin di antara mereka masih ada yang suka melakukan perbuatan haram Tapi dalam memulia...
Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 558 hits
Jangan hanya lihat siapa suami isteri anak anak tapi lihat siapa yang beri kita amanah ini Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selaman...
Tolak Ajakan Hubungan Badan Karena Baru 40 Hari Melahirkan Ibu Dan Anak Tewas Dibunuh Suami

Tolak Ajakan Hubungan Badan Karena Baru 40 Hari Melahirkan Ibu Dan Anak Tewas Dibunuh Suami

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 962 hits
AP dan bayinya tewas dibunuh suaminya AR diduga karena menolak ajakan berhubungan badan AP diduga menolak ajakan hubungan badan oleh AR karena baru 40 hari melahirkan bayinnya Diketahui pelaku dan korban bekerja sebagai pegawai di Rumah Sak...
Tanam Kesum Tak Perlu Siram Hari Hari Ibu Anak 3 Ni Kongsikan Caranya Memang Mudah

Tanam Kesum Tak Perlu Siram Hari Hari Ibu Anak 3 Ni Kongsikan Caranya Memang Mudah

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 632 hits
Bercerita tentang apa tujuan ramai antara kita menanam pokok kunyit cili kesum dan sebagainya di laman rumah rasanya semua tahu Tanam Kesum Tak Perlu Siram Hari hari Ibu Anak 3 Ni Kongsikan Caranya Memang Mudah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut