Najib Jho Low Bayar Berjuta Untuk Baiki Imej Mereka Dedah Badan Pemikir


FMT Reporters Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho. (Gambar Bloomberg) KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho melantik beberapa firma perhubungan awam, peguam dan ejen untuk meningkatkan imejnya berikutan skandal 1MDB, kata sebuah badan pemikir di Washington DC.

Menurut Centre for Responsive Politics (CRP), rekod rasmi menunjukkan Low belanja lebih AS$1.38 juta (RM5.6 juta) dalam kempen untuk membersihkan imejnya.

Bagaimanapun, angka sebenarnya mungkin lebih tinggi jika mengambil kira yuran guaman.

Dalam laman webnya, opensecrets.org, CRP mendedahkan bekas perdana menteri Najib Razak juga melantik beberapa firma di AS termasuk sebuah yang diusahakan oleh bekas peguam negara AS, John Ashcroft dan sebuah lagi firma baru, yang dikatakan rapat dengan pentadbiran Trump.

Katanya, “foreign agent on record” Najib di Ashcroft Law Firm adalah Mark Corallo, bekas jurucakap pasukan peguam persendirian Presiden Donald Trump dalam siasatan berkaitan Rusia.

Akta Pendaftaran Ejen Asing AS (Fara) menetapkan ejen yang dilantik oleh ahli politik asing mendaftar dengannya dan membuat pengisytiharaan dari semasa ke semasa, termasuk wang yang diterima.

Walaupun Ashcroft Law Firm menyerahkan pengisytiharan Fara, memperincikan kegiatan dijalankan untuk Najib dalam tempoh 6 bulan pada separuh kedua 2018, firma itu belum melaporkan menerima sebarang bayaran, dengan alasan “gangguan dalam kerja dan keperluan bayaran”.

CRP menyedari terdapat sebuah lagi firma mempromosikan kepentingan Najib, the 45 Group, “dilaporkan dibayar 6 angka” oleh firma lain yang didaftar di Kepulauan Virgin British, tetapi mempunyai alamat di Malaysia.

Badan pemikir itu menyatakan Low, di tengah-tengah skandal 1MDB melibatkan berbilion dolar “senyap-senyap membina pasukan ejen dan firma asing” ketika siasatan terhadap urusan kewangannya dijalankan.

“Rekod dikenal pasti oleh Centre of Responsive Politics menggunakan alat Foreign Lobby Watch menunjukkan operasi Low terus menambah bilangan firma dan individu, mengaut sekurang-
kurangnya bayaran 7 angka untuk kumpulan pengurusan reputasi dan perkhidmatan komunikasi bertujuan mendapatkan pengaruh di AS.”

Low melantik firma guaman – Kobre dan Kim serta Schillings International – untuk membantunya.

CRP menyebut: “Operasi itu menjadi contoh kepada pelaksana komunikasi perundangan baru yang memainkan peranan di belakang tabir untuk menggilap imej individu-individu dan pertubuhan yang mewah yang terlibat dalam pergolakan undang-undang antarabangsa – dengan bayaran.”

Ia menyatakan tidak diketahui siapa yang membiayai operasi tersebut.

“Kenyataan pendaftaran kedua-dua firma termasuk dakwaan bahawa mereka ‘menerima wang bagi pihak prinsipal asing’ daripada pihak ke-3, tetapi mereka tidak mendedahkan identiti pembiaya itu.”

Menurut CRP, Levick Strategic Communications, firma yang baru-baru ini dilantik oleh Kobre dan Kim, meraih AS$50,000 sebagai ejen untuk memberikan “nasihat perhubungan strategik, khidmat kaunseling dan pelaksanaan dalam merancang siasatan profil tinggi dengan perhatian media” dan “pelbagai urusan perundangan berkaitan”, dari 21 Februari ke 6 Mac.

Bahan pendaftaran diserahkan kepada Jabatan Kehakiman untuk Levick dan sebuah firma baru, Reevemark LLC, menunjukkan Low ‘memperkenalkan dirinya sebagai dermawan, pelabur dan usahawan’.”

Reevemark sedia menerima AS$175,000 untuk tugasnya mempromosikan Low dari 15 Februari hingga hujung Mac diikuti oleh bayaran bulanan AS$125,000 menurut kontrak awalnya.

“Lain-lain rekod Fara sejak Jun 2018 menyediakan lain-lain urus janji seperti yuran bulanan AS$50,000 dibayar oleh Kobre dan Kim kepada RCG Haggerty LLC untuk 3 bulan pertama perkhidmatan.

“Firma-firma itu menyelaraskan struktur yuran tersebut pada Ogos, dengan menaikkan retainer bulanan kepada AS$100,000 atas alasan beban kerja.

“Di samping bayaran 6 angka itu, mereka membayar tambahan AS$20,000 sebulan untuk ‘rakan-rakan kongsi Ausralia’ untuk memberi liputan Asia/Pasifik dan strategi dan capaian ke media Asia dan Australia melalui anggota PRCG.

Menurut CRP, Kobre dan Kim setuju membayar AS$55,000 setiap bulan kepada Marathon Strategies – firma diasaskan oleh pelaksana kempen Parti Demokrat berpengalaman – Phil Singer – untuk perhubungan media dan perkhidmatan digital bermula Ogos 2018.

Peruntukan dalam kontrak juga memberi ruang kepada potensi untuk perbelanjaan tambahan seperti pengeluaran video.

“Bulan itu, Kobre dan Kim menandatangani kontrak untuk AS$70,000 sebulan dengan firma pengurusan reputasi FiveBlocks. Bulan berikutnya, September 2018, Kobre dan Kim menambah kontrak AS$13,315 dengan firma perhubungan awam berpusat di London, PHA Group.”

Katanya, Kobre, Kim atau Schillings International tidak memberi respons apabila diminta komen sebelum disiarkan.

Ia menambah: “Urusan fail Fara tiba beberapa minggu selepas berita DoJ sedang menyiasat sama ada sumbangan AS100,000 kepada jawatankuasa bersama kutipan dana dalam kempen pemilihan semula Trump, Trump Victory, mungkin daripada Low dan melanggar undang-undang kewangan kempen yang melarang wang asing dalam pilihan raya AS.”

Najib sedang berdepan pelbagai pertuduhan di Malaysia sementara Low didakwa tanpa kehadirannya berkaitan dengan kes 1MDB.

Di mana Low berada tidak diketahui tetapi ejen perhubungan awamnya menghantar kenyataan dari semasa ke semasa kepada media dan mengatakan dia tidak bersalah.

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/najib-jho-low-bayar-berjuta-untuk-baiki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej

Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 388 hits
Jho Low Berbelanja Besar Untuk Pulihkan Imej Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho melantik beberapa firma perhubungan awam peguam dan ejen untuk meningkatkan imejnya berikutan skandal 1MDB kata sebuah badan pemikir d...
Jho Low Slams Dr M Says Penang Home Built A Decade Before 1mdb

Jho Low Slams Dr M Says Penang Home Built A Decade Before 1mdb

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 328 hits
Fugitive businessperson Jho Low has condemned the seizure of his family home in Penang as an attempt by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to score political points The Low family property was built and completed around twenty years ago dur...
Hartanah Keluarga Dibangunkan Sebelum 1mdb Wujud Jho Low

Hartanah Keluarga Dibangunkan Sebelum 1mdb Wujud Jho Low

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 265 hits
Jutawan dalam buruan Low Taek Jho mempersoal sitaan terhadap rumah tiga tingkat milik ibunya di Tanjung Bungah Park Pulau Pinang Loading Hartanah keluarga Jho Low dibangunkan sekitar 20 tahun lalu ketika pentadbiran lama Tun Dr Mahathir Moh...
Rumah Jho Low Kena Sita

Rumah Jho Low Kena Sita

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 343 hits
Low Taek Jho atau Jho LowPULAU PINANG Pihak berkuasa telah menyita rumah keluarga ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low yang didakwa menjadi dalang skandal 1Malaysia Development Bhd Notis penyitaan ditampal...
Jho Low S Family Bungalow In Penang Seized

Jho Low S Family Bungalow In Penang Seized

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 323 hits
A bungalow belonging to the family of Low Taek Jho a key figure in the 1MDB corruption scandal has been seized by the authorities a report said The Star Online said the three storey bungalow in Tanjung Bungah Park is worth RM15 million It s...
Polis Sita Banglo Tiga Tingkat Jho Low Di Tanjung Bungah

Polis Sita Banglo Tiga Tingkat Jho Low Di Tanjung Bungah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 301 hits
GEORGE TOWN Sebuah banglo tiga tingkat di Taman Tanjung Bungah dimiliki oleh keluarga ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah dirampas polis lapor Adalah dipercayai pegawai polis dari Bahagian Pencegahan Akta Pengubahan Wang Haram d...
Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

Shilpa Shetty Dedah 4 Tips Genius Badan Kekal Langsing

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 307 hits
Shilpa Shetty adalah salah seorang aktres yang mengekalkan penampilan cantik jelita seiring dengan usianya mencecah 40 an Sejak debut dalam filem pertama Baazigar pada tahun 1993 aktres ini terus mendapat perhatian ramai Tona kulit yang saw...
Polis Sita Rumah Keluarga Jho Low Di P Pinang

Polis Sita Rumah Keluarga Jho Low Di P Pinang

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 679 hits
Polis menyita rumah tiga tingkat bernilai RM15 juta dipercayai milik keluarga Low Taek Jho di Tanjung Bungah Park di sini hari ini Loading Sitaan tersebut dibuat berdasarkan notis bertarikh 17 Januari 2019 yang dikeluarkan Pejabat Peguam Ne...
Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil

Orang Tak Percaya I Dah Kembang Kecut Mengandung Beby Maembong Dedah Rahsia Berat Badan Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 431 hits
Kakak kepada pelakon popular Emma Maembong iaitu Beby Maembong sinonim dengan sosok tubuh yang ideal dan langsing Mana tidaknya ibu kepada empat orang anak itu tampil berkeyakinan tinggi dengan menggayakan fesyen rambut berwarna merah dan t...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka