Orang Melayu Tak Sedar Masih Anggap Diri Tuan Tun M



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kekecewaannya terhadap sikap orang Melayu yang masih menganggap diri mereka tuan di negara ini walaupun hakikatnya mereka tidak mahu memperbaik nasib mereka sendiri.
(Astro Awani) – Dalam catatan terbaharunya di blog peribadi beliau, chedet.cc, Dr Mahathir berkata kaum Melayu sepatutnya sudah belajar daripada sejarah bagaimana generasi mereka terdahulu tidak mengambil peluang meningkatkan taraf ekonomi sewaktu pemerintahan British.
Namun, beliau berkata, orang Melayu masih enggan bekerja, sebaliknya membiarkan peluang itu direbut kaum lain di negara ini, termasuk tujuh juta orang asing yang masih berada di sini.
“Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar.
“Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita.
“Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu.
“Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi,” tulisnya lagi.
Mengimbas kembali sejarah negara melalui pemerhatian beliau, Perdana Menteri berkata orang Melayu dahulu lebih selesa bekerja sebagai pesawah padi dan nelayan serta ada segelintir yang bekerja di dalam sektor kerajaan. Katanya lagi, orang Cina dan India mula berkecimpung dalam bidang yang dikatakan kotor dan kasar – iaitu bekerja di ladang getah dan lombong biji timah yang dibuka kerajaan British ketika itu.
Malah, tambahnya, orang Cina juga mula menumpukan usaha meningkatkan ekonomi mereka dengan membuka perniagaan di bandar sedia ada.
“Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.
“Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina.
“Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India,” kata Perdana Menteri.
Orang Cina, kata Dr Mahathir, biasanya berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan. “Melihat kestabilan pemerintahan British dan peluang kerja, mereka datang dengan ramai ke negeri-negeri Melayu.
“Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan berbahaya.
“Mereka sanggup menarik ‘lanca’, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi ‘amah’ di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah,” katanya lagi.
Orang Melayu pula, menurut pandangan beliau, berasa senang kerana kerja berat, kotor dan berbahaya serta perniagaan dilakukan oleh orang asing.
“Jika mereka lihat kekayaan dan kemajuan orang asing ini, mereka tidak berasa khuatir sedikit pun. Kepercayaan mereka ialah negeri mereka kekal sebagai milik mereka,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Perdana Menteri beranggapan adalah tidak tepat untuk orang Melayu berasakan diri mereka masih ‘tuan’ di negara ini.
“Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain. Tuan, kah?
“Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah.
“Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya,” tulisnya mengakhiri catatan itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/09/06/orang-melayu-tak-sedar-masih-anggap-diri-tuan-tun-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

Dr M Melayu Masih Tak Sedar Rela Serah Kerja Pada Bangsa Asing

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 367 hits
PM berkata keengganan orang Melayu bekerja mendorong jutaan rakyat asing membanjiri Malaysia untuk mendapatkan kerja
Rayuan Anak Melayu Kepada Tun M

Rayuan Anak Melayu Kepada Tun M

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 320 hits
AMINUDDIN YAHAYA Assalamualaikum Tun Terlebih dahulu saya mendoakan YAB Tun dan keluarga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah SWT Yang dihormati Tun Saya bukanlah seorang yang layak memberikan nasihat kepada Tun...
Isu Zakir Naik Kelompongan Ketara Jati Diri Pemimpin Melayu

Isu Zakir Naik Kelompongan Ketara Jati Diri Pemimpin Melayu

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 338 hits
Aminuddin Yahaya Nasib Islam gelap kerana kelemahan pemimpin tunduk tekanan kecilKITA semua menyedari bahawa media mempunyai pengaruh yang kuat terhadap minda dan pemikiran rakyat Apabila berlakunya misquote ataupun unsur unsur misleading p...
Sokong Zakir Naik Bukti Pkr Ppbm Masih Menangguk Pada Undi Melayu Kata Mca

Sokong Zakir Naik Bukti Pkr Ppbm Masih Menangguk Pada Undi Melayu Kata Mca

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 346 hits
Naib presiden MCA mendakwa Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden PKR Anwar Ibrahim mengubah pandangan mereka terhadap Zakir Naik untuk meningkatkan sokongan pengundi parti masing masing Ia menunjukkan mereka hipokrit ...
Melayu Bukan Tuan Tapi Hamba Di Negara Sendiri

Melayu Bukan Tuan Tapi Hamba Di Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 412 hits
The New Economic Policy or NEP which was supposed to be the cure for the Malay disease that Mahathir and Anwar are talking about officially ended in 1991 Mahathir was the Prime Minister then while Anwar became Finance Minister in 1991 and D...
Bantulah Melayu Tun Bukannya Cerca

Bantulah Melayu Tun Bukannya Cerca

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 261 hits
Bantu Melayu Tun Bukan Cerca Bangsa ini Rakyat Malaysia juga Wahai Tun M untuk membantu sesebuah bangsa itu maju ia bukan boleh datang dengan cacian dan makian ianya juga bukan boleh datang dengan merendah rendahkan bangsa itu Ia datang den...
Ph Masih Menang Jika Pru 15 Sekarang Tun M

Ph Masih Menang Jika Pru 15 Sekarang Tun M

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 249 hits
PH menang jika PRU 15 sekarang Tun MOleh September 01 2019Meskipun mendapat beberapa reaksi negatif daripada penganalisis politik terhadap prestasi kerajaan Pakatan Harapan perdana menteri Dr Mahathir tetap gabungan itu akan menang sekirany...
Teringin Bersanding Lagi Che Ta Naik Angin Dilabel Tua Tak Sedar Diri Oleh Makcik Bawang

Teringin Bersanding Lagi Che Ta Naik Angin Dilabel Tua Tak Sedar Diri Oleh Makcik Bawang

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 505 hits
Lumrah hidup sebagai selebriti tidak boleh lari daripada menjadi bahan kecaman kerana apa sahaja yang dilakukan mereka pasti tidak mampu nak memuaskan hati semua orang Pada sesetengah selebriti ada yang sudah lali dengan kecaman dan kritika...
Syukur Masih Boleh Cakap Melayu Sarimah Ibrahim

Syukur Masih Boleh Cakap Melayu Sarimah Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 482 hits
Syukur masih boleh cakap Melayu Sarimah Ibrahim Warganet memuji pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim kerana tidak melupakan bahasa ibunda walaupun tinggal lama di luar negara Menerusi laman sosial Twitter warga net meninggalkan komen posit...
A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang