Isu Zakir Naik Kelompongan Ketara Jati Diri Pemimpin Melayu


Aminuddin Yahaya  Nasib Islam gelap kerana kelemahan pemimpin tunduk tekanan kecil

KITA semua menyedari bahawa media mempunyai pengaruh yang kuat terhadap minda dan pemikiran rakyat. Apabila berlakunya ‘misquote’ ataupun unsur-unsur ‘misleading’, pastinya mampu menimbulkan impak yang besar dalam masyarakat dan negara.
Dalam isu Dr Zakir Naik, saya juga berpendapat bahawa kenyataan beliau telah disalahtafsir akibat pelbagai faktor termasuklah perasaan prejudis terhadap beliau, ‘overeaction’ dan kurangnya amalan tabayyun dan berbaik sangka dalam masyarakat kita.
Ini menyebabkan ramai pihak menyalahkan beliau yang dikatakan seolah-olah menghasut kebencian kaum walhal jika di teliti kata-kata beliau, ia tidak membawa maksud sedemikian. Namun permainan media, yang dikawal oleh mereka yang membenci Dr Zakir Naik, telah menyebabkan isu ini menjadi panas dan terkeluar dari kontek sebenar.
Lebih parah lagi, sikap sebegini diamalkan oleh para menteri yang sepatutnya bersikap profesional kerana segala kenyataan yang keluar dari mulut mereka adalah sesuatu yang besar dan memberikan pengaruh kepada orang awam.
Rakyat Malaysia pasti kesal dengan sikap hipokrit sesetengah pemimpin yang selama ini kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara. Namun, apabila Islam atau Melayu dihina, tidak pula dikenakan tindakan yang serius. Apa yang paling mengecewakan kita semua ialah perpecahan kesatuan umat Islam merupakan antara sebab utama Dr Zakir Naik dilihat tidak dapat dipertahankan.
Kita lihat sejak kebelakangan ini, apa-apa usaha dan cubaan untuk memperjuang dan memartabatkan Islam akan gagal dan dibantah tetapi dalam masa yang sama, kita tidak nampak kemasukan mubaligh-mubaligh luar ke dalam negara dihalang sebegini rupa.
Saya pasti, umat Islam di negara ini sekarang sedang menilai sikap kerajaan yang dilihat tidak serius melindungi kepentingan dan kedaulatan Islam. Apa yang tinggal hanyalah desakan-desakan NGO-NGO Islam sahaja. Ini menunjukkan betapa lemahnya pemimpin-pemimpin Melayu yang beragama Islam kita.
Sebenarnya, isu Dr Zakir Naik ini hanya merupakan kesinambungan daripada siri-siri isu yang sudah berlaku dan yang akan berlaku kerana mempunyai corak dan trend yang agak sama. Semuanya berkisarkan kelemahan pemimpin-pemimpin Melayu Islam kita.
Apa implikasi kepada semua ini?
Jika trend sebegini terus berlarutan, saya pasti rupa bentuk dan identiti negara pasti akan berubah dalam jangka masa panjang.
Pertama sekali, negara akan dan sedang menuju pengamalan demokrasi secara total dan mutlak di mana tiada komuniti, kaum atau kelompok yang dominan walaupun bangsa Melayu adalah majoriti. Ini adalah satu bom masa (time bomb) yang menunggu masa sahaja untuk memusnahkan negara.
Kedua, peranan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan semakin ketara dan mendapat dokongan kuat rakyat kerana kepercayaan terhadap badan-badan politik akan semakin pudar. Ini kerana rakyat semakin kecewa dengan pemimpin-pemimpin politik yang sibuk berbalah dan bermain politik berbanding memelihara kepentingan negara dan rakyat.
Ketiga, pemikiran liberalisma agama akan semakin mendominasi fikrah umat Islam dan agama hanya tinggal sebagai upacara ritual fizikal semata-mata. Ini kerana kita lihat badan-badan agama semakin hari semakin disalahgunakan untuk kepentingan politik. Menteri yang bertugas menjaga agama Islam semakin hari semakin hilang kepercayaan dan kewibawaannya di mata rakyat.
Keempat, kita menuju ke arah pencairan dan kehancuran identiti negara bangsa. ‘Bangsa Malaysia’ yang wujud tanpa mana-mana sandaran identiti kaum dan agama hanya menjuruskannya kepada sebuah negara yang liberal dan sekular. Rakyat pula akan semakin hilang kesetiaannya kepada negara kerana tiada gambaran jelas terhadap identiti yang mahu dipegang dan dipautnya.
Kelima, Perlembagaan Persekutuan gagal melindungi kedaulatan agama Islam di negara kita dan tidak lagi menjadi dokumen prima yang perlu dipatuhi. Ini kerana walaupun sudah jelas agama Islam mempunyai kedudukan istimewanya di dalam Perlembagaan, tetapi kita lihat kepimpinan negara semakin mengabaikannya. Malah, suara-suara yang mahu menghapuskannya semakin lantang, kuat dan diraikan.
Keenam, masa depan umat Islam semakin gelap dalam konteks pelaksanaan nilai-nilai dan tuntutan-tuntutan Islam. Semua ini kita boleh lihat kerana kelemahan pemimpin kita mudah tunduk dengan tekanan-tekanan walaupun hanya tekanan yang kecil.
Akhirnya, isu Zakir Naik ini menampakkan kelompongan yang sangat ketara, baik dari segi jati diri pemimpin Melayu, kelemahan dalam kalangan umat Islam yang berpecah serta kegagalan pihak berkuasa mengawal keadaan.
Kalau pun ada kesilapan di pihak Dr Zakir Naik, saya tidak nampak ia sesuatu yang begitu besar sehingga menyebabkan beliau perlu ‘dihalau’ balik kerana ramai lagi pemimpin-pemimpin di negara ini yang mengutarakan kata-kata kebencian kaum tetapi bukan saja tidak ‘dihalau’ tetapi berjaya menjadi pemimpin negara.
*Aminuddin Yahaya, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/isu-zakir-naik-kelompongan-ketara-jati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 274 hits
Diterbitkan Hari ini 9 52 pagiKeputusan kerajaan untuk membenarkan pendakwah Dr Zakir Naik terus bermastautin di negara ini dilihat tidak akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap PH Penganalisis politik berpendapat masyarakat itu aka...
Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

Isu Dr Zakir Naik Bukti Kedudukan Islam Dan Melayu Sudah Tidak Lagi Dominan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 275 hits
SAYA yakin ramai umat Islam belum peka dengan istilah dominan berbanding demokrasi Pagi ini kita menerima berita Dr Zakir Naik dilarang berceramah di seluruh negara Saya bukan mahu bercakap tentang pendakwah itu tetapi mengenai ciri dominan...
Pkr Bincang Isu Zakir Naik Rabu Ini Anwar

Pkr Bincang Isu Zakir Naik Rabu Ini Anwar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 286 hits
Bernama Biro Politik PKR kata Anwar Ibrahim akan menyatakan pendirian parti itu mengenai isu Zakir Naik tulisan Jawi dan Dong Zong Gambar fail SHAH ALAM Biro Politik PKR akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan tiga isu iaitu b...
Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 357 hits
oleh Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul JalilKetua Dewan Pemuda PAS Kawasan PuchongTarikh 20 Zulhijjah 1440H 21 Ogos 2019Saya memerhati dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara PAN terhadap tokoh perbanding...
Majlis Raja Raja Perlu Campur Tangan Isu Dr Zakir Naik

Majlis Raja Raja Perlu Campur Tangan Isu Dr Zakir Naik

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 367 hits
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin Apa niat mereka beri kesetiaan kepada India lebih dari Malaysia BANGI Majlis Raja Raja digesa campur tangan berhubung isu pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kerana menyentuh kepentingan antara agama terutam...
Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

Kula Segara Bangkitkan Isu Zakir Naik Lagi Menteri Ph Suka Sembur Api Kebencian Ke

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 276 hits
Status penduduk tetap yang dimiliki oleh penceramah terkenal Dr Zakir Naik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Itulah penegasan disuarakan oleh Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang pada masa sama menyifatkan keberadaan Zakir di negara in...
Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 330 hits
Beliau telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu isu ini kata Shankar Ganesh
Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 299 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
T Kasih Pm Bertegas Isu Dr Zakir Naik Ap Kuala Krai

T Kasih Pm Bertegas Isu Dr Zakir Naik Ap Kuala Krai

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 326 hits
Zakir Naik DAP tidak bersendirianKL 16 Ogos Ahli Parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan tindakan segelintir pemimpin DAP yang sangat berlebihan menyasar Dr Zakir Naik tanpa memahami ucapan penuh pendakwah antarabangsa t...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Layan Madu Sesekali