Orang Ipoh Pernah Cuba Makan Di Labu Sayong Signature Meru


Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru? | Orang yang duduk Ipoh atau kawasan berhampiran, kome pernah tahu atau makan di Labu Sayong Signature Meru? Ke kome tak perasan? Di Bulatan Amanjaya Meru je. Ke kome pernah nampak tapi tak pernah singgah disebabkan stylenya yang nampak mewah? Kome silap dan cik en sendiri pun sama sebab fikir Labu Sayong Signature itu makanan mahal atau untuk orang orang berada je. Disebabkan cik en sendiri dah merasai masakan dan melihat sendiri harga yang dikenakan untuk makanan dan minuman di Labu Sayong Signature ini, sebab itu cik en berani nak berkongsi dengan korang mengenai Labu Sayong Signature Meru ini. Manatau terlalu atau planning ke Bulatan Meru ini, boleh la singgah dan menikmati makanan dan minuman di sini. Semestinya korang merasakan berada di dalam rumah opah dan atuk kita dulu dulu. | Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?




Orang Ipoh! Pernah Cuba Makan di Labu Sayong Signature Meru?

Terletak di Bulatan Meru atau dulu dipanggil Bulatan Amanjaya Meru Ipoh, ramai menyangkakan harga makanan di Labu Sayong Signature ini mahal dan terhad kepada golongan berada atau korporat. Disebabkan suasana, tempat dan rumah tradisional itu sendiri yang buat ianya mungkin kurang diberi perhatian oleh orang marhain macam kita. Hahhahaha. Kali ini cik en nak berkongsi dengan korang keunikan rumah tradisional ini dan berkongsi menu dinner terbaru mereka yang mana cik en sendiri dah merasainya minggu lepas. 



Menggunakan rumah tradisional bernama Rumah Kutai yang merupakan rumah tradisional yang ada di Negeri Perak. Cik en berkongsi sikit mengenai Rumah Kutai ini kerana konsep inilah menjadikan Labu Sayong Signature ini berbeza dengan restoran yang lain. Kutai adalah loghat Perak yang bermaksud tua jadi kebanyakan rumah kutai ini berusia lebih daripada 80 tahun dan berada berhampiran tebing Sungai Perak seperti di Teluk Intan, Bota dan Kuala Kangsar. Pembinaan tidak menggunakan sebarang paku tapi hanya menggunakan pasak seperti Istana Kuning di Kuala Kangsar. Ukiran yang ada di pintu dan tingkap menjadikan Rumah Kutai ini sangat bernilai dan nostalgia buat korang yang pernah tinggal di rumah sebegini dulu. Cik en tak sempat la, cuma rumah arwah moyang dulu masih ada dan pernah la tinggal masa kanak kanak. 



Selain daripada itu, terdapat beberapa perhiasan perbuatan rakyat perak seeprti tudung saji, pelita dan paling cik en tertarik ukiran labu sayong. Labu sayong berasal daripada Sayong Kuala Kangsar dan menjadi salah satu tarikan utama di Perak. Pertandingan telah dibuat dan labu sayong yang menang telah di pamerkan di dalam Labu Sayong Signature ini. Yang menjadi juara pertandingan tersebut adalah berkonsepkan Royal Belum dibawah ini



Labu Sayong Signature mempromosikan masakan masakan asli di seluruh Perak. Awalnya berkonsepkan makanan dalam tiffin atau dipanggil siae (sebut pandai nak tulis jadi serba tak jadi. ahahahha) tapi telah diperbagaikan untuk semua lapisan masyarakat yang ada. Labu Sayong Siganture ini kerap mengadakan promosikan dan set makanan terbaru bagi variasikan menu yang sedia ada. Semua itu korang boleh tengok di Instagram Labu Sayong Signature. Di sini juga, korang boleh buat majlis hari jadi, perjumpaan keluarga, perjumpaan kawan kawan atau kalau nak buat majlis bertunang, berkahwin, berendoi dan lain lain lagi pun boleh. Kawasannya yang startegik dan tempat parking kereta yang luas menjadikan Labu Sayong Signature ini tempat paling tepat untuk korang. Harga pula boleh disesuaikan dengan bajet korang. 
Berbalik kepada percubaan cik en bersama adik dan kawan cik en mencuba menu di Labu Sayong Signature ini, kami mencuba Dinnet Set mereka yang hanya berharga RM45 untuk 2 orang. Tapi cik en selit seorang lagi dan rasanya cukup kenyang buat kami. Dinner Set tersebut adalah 



Itu versi poster kan? Ini pula versi original dari cik en 











Lauk Pauk yang disediakan dimakan pula bersama nasi panas memang menaikkan selera makan cik en. Portion nampak sikit tapi sebenarnya plate yang besar buat nampak sikit. Tapi kalau kami bertiga pun makan kenyang kalau dialih kepada pinggan yang sederhana, mesti nampak banyak. 
Pendapat Cik En Mengenai Hidangan Dinner Set Labu Sayong Siganture

Pendapat ikhlas cik en mengenai set hidangan ini 
1. Nasi perfect cuma kurang panas, mungkin sibuk bergambar masa itu. 2. Fillet ikan dia sedap dan kuah dia cukup rasa dan pekat3. Daging Salai tidak berapa pedas tapi boleh adjust dengan beritahu semasa order. Kalau pedas sikit maybe lagi umpphh gitu4. Sayur Campur sedap dan boleh tahan 5. Ayam Tepet sedap dan lembut dan sebenarnya tak cukup. Hahhaha6. Air selasih rasa macam biasa but cik en suka tidak terlalu manis7. Dessert dia memang sedap. Sagunya ada 2 warna. Atas warna merah bawah warna putih. Langsung tak manis dan dengan kuah gula melaka yang sederhana manis buat dessert ini seimbang. Cik en kalau pergi akan repeat dessert ini. Simple tapi kena dengan tekak cik en. 
Selain daripada menu ini banyak lagi menu menu lain seperti western dan goreng goreng. Nak ekslusive seperti hidangan tiffin kena berhubung dengan mereka dan buat tempahan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Labu Sayong Signature ini korang boleh ke 
Facebook : https://www.facebook.com/labusayongsignatureBMRLaman Web : http://www.labusayong.com.my/Whatsapp : www.wasap.my/601111224924

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurfuzie.com/2020/10/Labu-Sayong-Signature-Meru-Ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

Tak Nak Anak Memilih Makan Sejak Dari Bayi Mama Cuba Buat 5 Tip Ini Pasti Membantu

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 427 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Penduduk Taman Meru 2c Ipoh Beri Kerjasama Baik Laksana Pkpd Kata Polis

Penduduk Taman Meru 2c Ipoh Beri Kerjasama Baik Laksana Pkpd Kata Polis

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 309 hits
SERAMAI 2 168 penduduk di sekitar Zon B dan Zon C Taman Meru 2C di Ipoh yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan selama 14 hari bermula hari ini memberikan kerjasama nbsp baik kepada pihak berkuasa Ketua Polis Daerah Ipoh AC...
Video Gigih Hantar Pesanan Mengayuh Basikal Rider Foodpanda Ini Kekal Semangat Sebab Pernah Cuba Diragut

Video Gigih Hantar Pesanan Mengayuh Basikal Rider Foodpanda Ini Kekal Semangat Sebab Pernah Cuba Diragut

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 384 hits
Motosikal merupakan pengangkutan yang lazim digunakan oleh penghantar makanan seperti Foodpanda dan GrabFood misalnya Namun agak berbeza sekali apabila seorang penghantar Foodpanda Siti Khadijah memilih basikal sebagai medium untuknya mengh...
Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

Tak Boleh Makan Ubat Sebab Susukan Anak Terpaksa Tahan Sakit Belakang Cuba 10 Cara Ni

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 417 hits
Ketika hamil bebanan yang berat di bahagian perut membuatkan ibu hamil lebih mudah sakit pada bahagian belakang badan Pun begitu sakit ini adakalanya tidak pulih selepas melahirkan malah kembali sakit selepas melahirkan anak Sakit yang tera...
Ada Kemungkinankah Kita Semua Pernah Makan Bangkai Ini

Ada Kemungkinankah Kita Semua Pernah Makan Bangkai Ini

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 318 hits
Foto Sinar Harian 1 500 tan Bayangkan daging bangkai yang kita terlepas pandang sebelum ini Ada kebarangkalian dan kemungkinan kita pernah membeli dan menjamah daging bangkai itu Allah Maha Pengampun semoga kita diampunkan kerana tidak meng...
2 Kali Makan Tengahari Kat Paparich Nusentral

2 Kali Makan Tengahari Kat Paparich Nusentral

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 299 hits
Nampak sangat dah tak tahu nak makan apa kan macam dah takde pilihan sangat SA lak bila dah PKPB ni macam makin malas nak bawak bekal Lepas tu melilau pening fikir tak tau nak makan apa kan dah la kerja ikut rotation 3 hari kerja dan 2 hari...
Makan Di Kome Thai

Makan Di Kome Thai

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 623 hits
Assalamualaikum SEJAK beberapa hari ni Sk agak sibuk di pejabat Tapi bagus jugak sibuk yang penting bukan BDR Kerja normal maka rasa rutin lebih tersusun dan mudah diatur Pagi masuk pejabat petang balik Lepas tu baru fikir pasal rumah Kalau...
Resipi Kek Coklat Sedap Cair Di Mulut Memang Ketagih Nak Makan

Resipi Kek Coklat Sedap Cair Di Mulut Memang Ketagih Nak Makan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 358 hits
Siapa saja yang tak gemar dengan kek coklat Tambah pula topping diletak dengan cheese memang buat tak henti nak makan Nak sedap simpan dalam peti sejuk baru dimakan Memang berhantu sungguh kek ni Kek CoklatBahan bahan 4 biji telurEsen vanil...
15 Meme Dialog Lakonan Filem Tamil Dengan Jawapan Makan Penampor

15 Meme Dialog Lakonan Filem Tamil Dengan Jawapan Makan Penampor

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 820 hits
Sungguh kreatif dan laju tangan netizen dalam update benda benda viral di media sosial Salah satu scene daripada filem tamil Sethupathi sebuah filem aksi thriller berbahasa Tamil India 2016 yang ditulis dan diarahkan oleh S U Arun Kumar ini...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids